Thursday, June 25, 2009

Nafsu makan







Aku sangat terdera dengan nafsuku sekarang. Jangan salah anggap ye...aku sengsara dengan nafsu makanku yang seakan tidak mahu surut. Menurut tuntutan perut dan mengarut apabila tidak diisi.


Terus-terang aku takut sangat kembali ke berat dulu. Berat yang selalu mengundang perli dan gelak orang. Jangan tak tau dulu beratku pernah mencecah 85kg sebelum turun mendadak ke angka 50. Kini, nampaknya jarum timbang semakin meningkat dan meningkat.


Aku jadi takut, gerun, resah, sengsara, derita dan ingin muntah hijau. Sesiapa yang pernah mengalami situasi ini dan ada petuanya, silalah perturunkan ilmu mengekalkan berat ideal padaku ye..aku amat terhutang budi.


P/s: Fiza kenapa ko tak bagi aku buat gastric bending (betul ke ejaannya gini) ?

Tuesday, June 23, 2009

Rehat sejenak

Lepas lunch mata memang asyik nak terkatup. Jiran sebelah (abang Azis) menghadiri kursus kewartawanan Islam di PJ Hilton. So, aku tak de geng dan tak de orang aku nak sakat. Kebetulan ada kamera di tangan. Aku pun, ambil le gambo meja aku yang berselerak...hahaha..dah tak de kerja la ni...walaupun, kerja memang melambak. Rehat sekejap lah ye...

Meja jiran sebelah...kemas je...orangnya tak de, gi kursus. Aku agak surely dia tensi dok sebelah aku kan. Suka sepah-sepahkan barang. Tengok mug kucing abang Azis tu..dia memang tak leh hidup tanpa mug tu. Pantang ilang je cari...Telefon kat tengah tu...selalu jadi rebutan saat2 kritikal...kotak buruk dekat telefon tu aku punya. Dari sehari ke sehari nak buang...hahaha aku memang penyegan.



Ini le meja aku. Macam kapal karam. Nampak tak handbag dan make up case Le Sport Sac aku. Aku memang giler brand ni. Nampak ceria je..tapi bukan le Le Sport ori, yang sebenonya ku borong masa di Taiwan tiga bulan lepas. Nak beli yang ori, mahal beb...malas nak bazir duit.


















Monday, June 22, 2009

Ragam dunia, saham akhirat..mana satu kamu mahu?

ISNIN. Aku sorang je yang bekerja di desk aku ni. Assignment cuma satu, pagi, di Bukit Indah, Ampang. Selepas itu, memang aku relak sesangat. Kesempatan ini, kugunakan untuk berjumpa dengan rakan2 di tempat keje lama. Sesekali ingin melawat mereka dan saling bertukar cerita. Dan, kebetulan aku punya sebab. Ingin menghantar bagasi yang dah lama, aku pinjam dari seorang teman. Dua tiga kali teragak nak hantar, tapi masing2 sibuk. Ini pun, dia cuti tapi kerana dah terbawak aku hantar je la..

Lama juga melepak di tempat kerja lama tu. Baru hendak pulang, ada saja yang menahan mengajak borak. Sudahnya, dari sejam berlarutan hingga tiga jam. Terasa berdosa plak, makan gaji buta. Ampun bos, esok saya cover balik yer...saya bereskan semua story esok.

Pulang opis setengah jam sebelum 4.00 petang. Berjanji pula dengan rakan lama. Alamak, muka lesu, melekit dan berpeluh, lalu ke toilet 'touch up' semula. Hiss, agaknya dah gemuk aku ni, terlucut pulak butang baju. Memang benarlah, komen diterima dari teman lama mengatakan aku dah berisi. Bukan sorang dua ye...tapi rata2 yang kujumpa. Senang hati, kata dorang. Memang ye...tapi, mungkin juga disebabkan selera makanku yang kian memuncah. Apapun, harus le berdiet selepas ni.

Dalam perjalanan ke toilet dan ketika jejari ini sibuk mengancing butang baju, terserempak dengan jiran di meja depan. Panik sekejap sampai terkeluar jeritan halus. Dia pun nampak terkejut..dalam hati agaknya, apalah minah ni..nak kancing butang pun tengok le orang.

Muka aku dah sah merah macam udang kena bakar. Mujur dia ketawa saja sebelum menyapaku. Aduh, malunya, rasa nak hantuk kepala ke dinding. Wrong timing hehehe...

Selesai bersolek lebih kurang, terima panggilan teman sudah menunggu di cafe. Bergegas pula berlari turun. Dengan dia hampir dua jam berborak. Ampun, mengular lagi. Ye lah, kawan dah setahun tak jumpa, tak sampai hati pula hendak minta diri di saat dia ghairah bercerita. Kak Nurul, ampunkan saya, nanti saya cover balik ye...saya hantar story bebanyak kat akak. Sayang akak hehehe

Bermacam2 cerita dan kisah terbit dari mulutnya. Paling panas tentulah cerita seseorang (aku tak tau nak kategori dia ni sebagai apa? Nak kata kawan, perilakunya macam mencari lawan. Nak kata teman, buat orang tidak siuman).

Meskipun, melompat dari satu tempat kerja ke tempat kerja (dia boleh masuk guinness book of record Malaysia la, pencari kerja paling aktif) namun dia tak pernah serik. Ada saja ulahnya yang bikin orang sesak nafas. Kukira dia ni ada bau2 bacang dengan ikan laga kot sebab kerjanya tak lain ialah melaga2kan orang. Kalau ada anugerah batu api terbaik, aku rasa harus dia menang.

Berkeluh-kesah le kawan aku sorang ni dan berkali2 ayat "kenapa awak tak cakap perangai dia begini pada saya," diulangnya. Sampai dah jadi irama lagu burung kakak tua. "Maaflah, saya tak suka membawa cerita. Saya hendak biarlah pengalaman perit dikhianati tu awak alami sendiri. Bukan saya tak fikirkan tentang awak. Kadang2 lagi banyak kita bercakap, lagi orang tak percaya. Silap2 kita dituduh jahat plak. Saya bukan orang jenis itu."

"Ya lah...Tuhan kan ada. Serah saja pada Tuhan." Pandai pula kawan saya ini bercakap pasal takdir walaupun jelas dia bukan beragama Islam. Tetiba, saya pula jadi malu. Orang yang tidak menganut agama kita, pandai jaga persahabatan. Orang yang seagama dengan kita, kerjanya memporak-perandakan orang lain.

Saya terdiam dan terfikir, bila lah dia ni nak insaf. Walaupun, tembelangnya pecah dia masih bermuka tembok. Sementelah, dia pandai bermuka2. Sehari dua bolehlah kot, tapi lama2...tembok pun orang boleh robohkan, betul tak?

Saya ingat, sudah sampai masanya saya mengikuti kelas usuludin. Belajar mengenal diri sebelum mengenal dan mencintai Allah. Kebetulah, rumah Puan Nor yang saya shoot tadi, anak bujangnya baru balik dari Yaman. Bergelar ustaz dan giat mengajar di surau dan masjid. Kadang2 dia mengajar orang persendirian juga. Saya kagum dengan dia. Walaupun umurnya baru 26 tahun tapi ilmu agamanya penuh di dada.

Saya cuma bertanyakan, "Ustaz, macam mana nak dapatkan khusyuk dalam solat?" Dia kata, "mari kita belajar. Belajar kenal diri dulu. Belajar Usuluddin. Di dalam tu ada Fiqah, Tauhid segala...Diajar adab dan tata tertib wuduk, sembahyang. Cara membaca dan menyebut Fatihah juga kena betul. Sebutkan Allah Hu Akhbar juga ada caranya. Kalau tidak jadi lain."

"Ustaz, saya nak juga belajar tafsir al Quran. Selama ini hanya baca al quran tapi tidak benar2 faham." Dia terdiam sejenak sebelum menyambung "Oh, jauh lagi tu...kena belajar kenal diri dulu. Itu pelan2, kemudian baru kita buat."

Bertemu dengan orang berilmu dan mahu membawa ke jalan akhirat ini, sering membuatkan saya insaf. Sering mengingatkan kita ini tak akan kekal lama. Kesihan juga pada diri sendiri yang banyak kekurangan. Insya Allah, saya akan belajar dari dia, kebetulan ada sorang hamba Allah ini menawarkan kedainya untuk kami belajar. Kelompok kecil aje. Saham untuk akhirat.

"Menimba ilmu jangan bertangguh. Nanti terus tak jadi," pesan Ustaz muda sebelum saya keluar rumah. Insya Allah tapi hati bertekad akan dicari juga masa itu.

Wednesday, June 17, 2009

Takdir itu pasti, usaha mengubah nasib, doa memakbulkan harapan...untuk mereka yang terdera namun pasrah dan bangkit membina semangat

Dalam hidup ini berlaku macam2 perkara yang tak terduga. Terjadi kerana menguji keimanan dan kesabaran sekali gus mengajak manusia berfikir dan merenung kekhilafan lalu.

Seorang bos suatu ketika dulu disanjung dan dipuja sekelip mata hilang pangkat dan hilang kedudukan. Seorang teman yang suatu ketika dulu bak primadona, hilang kecantikan dan kemasyhuran setelah berkahwin dan beranak tiga. Seorang teman yang dulu mengungguli kerjaya pemasaran, beralih bidang menjadi mekanik. Macam-macam.

Sedang aku sibuk mengemas barang-barang akibat berpindah rumah tempoh hari, handphone ku berlagu. Senyum sampai ke telinga tatkala menatap nama yang kukenal di skrin telefon. Kukira ada berita baik yang ingin disampaikan. Ada cerita lucu yang ingin dikongsi bersama, rupanya khabar malapetaka yang merenyuk perasaan.

Dengan nada tenang, dia memberitahu disuruh menghantar surat berhenti kerja. Kenapa? Apa dah jadi? Mana yang silap? Bertalu-talu pertanyaan mengasak minda. Dalam hati simpati melimpah ruah, bala apa lagi yang menimpa dia? Ampun, banyak kali dia diuji, kalau aku di tempatnya, belum tentu aku bangkit semula.

Katanya, dia perlu kuat. Katanya, dia tak susah hati sebab adanya sokongan teman-teman. Bicaranya lagi, bumi Allah luas, rezeki ada di mana-mana. Tuturnya tenang namun ada luka yang terpendam. Aku tau dia cuba kuat dan memujuk diri.

Keluarga dah tau? Itu saja yang berlegar di kepalaku. Itu saja yang sempat kufikirkan kala otak membeku. Bagaimana suara dia boleh setenang itu? Sesungguhnya, aku tak akan sekuat dia.

"Belum,"jawabnya pendek. Katanya lagi, dia akan menggaris perancangan kemudian setelah berfikir secara tenang. Katanya, dia akan mengatur langkah perlahan-lahan. Katanya, dia cuba menganggap takdir Tuhan sebagai sesuatu yang positif. Macam-macam yang diperkatakan, semuanya yang muluk2 dan membayangkan masa depan yang bakal ditempuh menjanjikan sesuatu yang lumayan.

Sehingga saat entry ini ditulis, aku masih memikirkan dia. Mengenangkan masa depan dia dan keluarga. Memikirkan betapa ada hati manusia kejam yang tega menutup periuk nasi orang lain. Memikirkan bermacam2 perkara dan kemungkinan. Akhirnya, aku cuma terdaya mendoakan yang baik2 untuk dia. Untuk teman si R juga. Buat abang S ku juga. Buat abang Z ku juga...buat si dia... dan semua yang sekarang ini diuji kegetiran takdir. Jauh di sudut hati paling dalam, aku mengharapkan mereka mampu bangkit dari kegagalan. Semoga doa kecilku ini dimakbulkan.

Saturday, June 13, 2009

Pentas Anak Wayang atau Pertandingan Raja Lawak?

Dalam sebuah sekolah ada dua tiga klik. Pelajar berpecah-pecah, menganggotai kumpulan tertentu. Dua tiga kelompok bergabung ingin mendominasi organisasi.
Entah dari mana munculnya, entah ilham dari langit. Salah satu kumpulan yang mengumumkan perikatan (semua tiga kumpulan dalam satu perikatan) merasakan satu resolusi perlu difikirkan untuk memastikan kemakmuran terus dikecapi di sekolah.

Kumpulan yang mempunyai kuasa paling sedikit di antara tiga ini mengumum penggabungan dengan kelompok lawan. Hasrat murninya menerima tentangan hebat dari dua lagi ahlinya yang mempunyai ideologi berbeza. Sedangkan di pihak yang ingin dijalinkan ikatan menyambut baik dan bersedia berunding.

Tentangan demi tentangan diterima. Kritik demi kritik dilemparkan. Yang tidak ada diada2kan menyebabkan pihak yang mengusul mula berbelah lagi. Kerana ditekan dan merasa tertekan, dia sampai menafikan bahawasanya dia pernah mencetuskan idea itu. Dia lah yang mengusul cadangan dan dia juga yang mahukan satu ketetapan dibuat.

Maka, demi menyelamatkan tengkuk sendiri, dia berdalih. Dia berhelah. Dia hilang ingatan. Dia buat2 lupa dia pernah mengusulkan satu cadangan yang difikirkan terbaik untuk warga sekolahnya. Dia menjadi teruna yang mungkir janji pada dara. Malah, tidak pernah mengaku sama sekali menyentuh dan mengusap dara.
Oleh kerana, dia berwatak alim. Ditambah mempunyai pengikut setia, membuatkan ramai yang percaya dia tidak pernah menabur janji. Dia macam hampir dilepaskan begitu saja.

Sampai bila dia mahu wayang? Kita tengok dan lihat langkah seterusnya. Kalau dah berbakat sangat kenapa tak register Pentas Anak Wayang, ataupun tunggu turn masuk Pertandingan Raja Lawak. Aku rasa dia lebih dari layak kot dan kalau dia masuk, aku nak simpan kredit banyak2 vote dia :)

Thursday, June 11, 2009

Tag dari CT

1.Apa Perasaan Anda Sekarang?
Bercampur-baur. Lately, saya memang begini, selalu terganggu dan diganggu. Semalam, saya didedahkan dengan satu rahsia yang amat menyayukan hati tetapi atas nama amanah, terpaksa saya pendamkan. Diam menyiksakan, tapi bercakap takut melanggar janji.
Nature saya memang begini, suka pendamkan macam2 perkara. Tenang ke, gembira ke, air muka saya susah untuk ditelah. Saya akan cuba menutup perkara dengan ketawa dan lawak jenaka.

2.Saya nak makan... Saya teringin nak makan ramen, bimbibap dan kimchi. Pengaruh drama Korea agaknya. Tapi, saya sukakan menu begini sebab difahamkan ia pedas dan sedap. Semalam, saya sempat membeli mee ramen, mungkin pulang ke rumah nanti saya akan menikmatinya.

3. Saya tak suka...ditipu, dipergunakan dan disalah anggap. Sebab, motto hidup saya adalah berlaku jujur, hidup dan lakukan sesuatu perkara dengan ikhlas. Saya juga benci difitnah dan dikhianati sebab saya tahu betapa sakit dan sengsaranya menerima pandangan serong dari orang lain. Sedangkan kita tak tau apa2. Dulu, saya selalu kena macam ni. Saya tak suka membalas sebaliknya terserah kepada Tuhan menentukan.

4.Impian saya?
Saya menyimpan banyak impian tinggi. Kalau nak senarai satu-satu, seribu entry pun belum tentu habis :) But for the time being, saya berhasrat nak melawat negara Sonata (Korea). Saya suka dengan pemandangan, gaya hidup, fesyen dan masyarakatnya yang berbudi bahasa. Bercakap lembut dan menghormati orang tua. Lelakinya kacak2 (hehehe saya cuba berlaku jujur di sini...bagi sayalah..lain orang lain seleranya).
Saya juga menyimpan hasrat melawat Makkah al Mukarammah. Saya ingin berkunjung ke rumah Allah, berdoa dan bermuahasabah. Banyak saya dengar cerita-cerita mengenai keindahan dan keajaiban kota suci ini dan terpanggil untuk merasakan sendiri pengalaman itu.
Saya ingin membahagiakan keluarga khususnya orang yang banyak berjasa pada saya. Biar saya susah, asalkan mereka gembira dan mendapat kesenangan. Itu sebabnya, walau apapun kepayahan hidup, saya akan cuba bersabar dan bangun dari kegagalan. Semuanya kerana memikirkan keluarga melebihi diri sendiri.

5.Haiwan yang saya tak suka?
Saya benci haiwan berkaki banyak macam lipan. Usah kata berjumpa, tengok gambar pun saya boleh melompat lebih tinggi ..kata Sheila On Seven.

6.Saya harapkan..
Bertemu bahagia dan dirahmati sepanjang masa. Tipu kalau saya katakan, saya tidak harap untuk hidup senang lenang. Bukan maksud saya untuk jadi jutawan, bermandi intan berlian dan emas permata dari kepala hingga ke kaki. Tetapi, biarlah saya mampu dapatkan apa yang saya inginkan dan juga menyenangkan keluarga.
Banyak lagi yang saya harapkan, tapi biarlah menjadi rahsia saya sebab ada beberapa perkara yang patut kita simpan untuk diri sendirikan?

7.Jika boleh putarkan masa?
Sudah tentu saya ingin belajar bersungguh dan tunaikan harapan ayah saya untuk bergelar seorang doktor. Menyambung legasi keluarga. Dulu, saya teringin belajar hingga seberang laut namun kerana masih muda dan banyak pengaruh sekeliling, saya banyak main2. Kalaulah, saya dapat pergi semula zaman dulu, saya akan cuba menjadi seorang yang boleh dibanggakan hari ini. Tapi, saya tak sesal kerana saya rasa banyak pengalaman yang dilalui mendewasakan saya.
Sehingga kini, ada sedikit sesal kerana cuba buat tidak peduli pada seseorang. Orang itu pun dah tak ada di dunia ini lagi. Dia pergi tanpa saya sempat memohon maaf. Kalau dia masih ada, saya ingin luahkan apa yang tidak sempat saya luahkan.

8.Saya pada 10 tahun akan datang?
Masa depan belum tentu, maka saya tidak berani menganyam impian yang indah2. Namun, saya harap kehidupan saya tidak berakhir di Rumah Seri Kenangan (hahahaha).
Apa ye...mmm..saya harap dapat hidup senang bersama keluarga. Bukanlah terlalu kaya, hingga mengecurkan air liur penyamun dan perompak, tetapi cukup membuatkan duit berbaki beribu-ribu menjelang hujung bulan. Insya Allah.

9.Handphone saya adalah sebuah?
Saya dah lebih enam kali bertukar handphone. Sama ada kerana rosak, disamun ataupun mengikut kata hati. Buat masa sekarang, saya pakai dua handphone Nokia. Biasa2 je, siri 5200 dan satu lagi 3200 (kalau tak salah).
Mujur, saya bukan jenis gila gadget dan handphone sekadar menelefon, membalas sms,mms dan mengabadikan gambar kenangan. Tapi, sekarang saya minat betul dengan LG Arena (touch screen). tengah berkira2 untuk membelinya. Ye la tu...hahaha

10.Saya pernah bercinta sebanyak?
Ada la dua tiga kali. Tapi, saya jenis cepat jemu. Bukan le bermakna saya ni seorang player. Tapi memang sikap saya, cepat2 angkat kaki kalau tak ada kesesuaian. Dengan kata lain, saya tak mau pening-peningkan diri.

11.Saya suka pada...
Banyak benda di dunia. Saya suka dengan apa saja dan boleh benci dengan apa saja...hahahah peliknya. Saya suka mengembara mengelilingi dunia. Saya suka teroka budaya dan gaya hidup orang terutama yang belum pernah saya jumpa seumur hidup. Saya tak kisah mencuba makanan yang pelik2 (halal saja ye). Kalau dapat berjalan terutama ke luar negara, sehari suntuk mengukur jalan saya sanggup. Tanpa tidur dan salin baju. Berkelip mata pun saya tak mahu. Hahahaha...saya memang kuat berjalan, duduk diam, saya jadi letih.

12.Kawan-kawan
Ramai. Saya suka membuat kawan2. Saya boleh kawan dengan sesiapa saja asalkan orang itu jujur dan menghargai saya sebagai temannya.

13.Pernah dikhianati?
Dah tentu pernah.

14.Apa yang anda hendak lakukan terhadap orang yang mengkhianati anda?
Saya tak suka balas dendam sebab saya tau benda ini takkan berkesudahan. Sebaliknya, saya akan padamkan terus nama orang itu dari memori saya. Saya anggap tak pernah kenal dan berurusan dengannya.
Saya boleh bertemu muka dengan orang tu. Duduk bersebelahan biarpun berjam2 tapi macam orang asing. Dashyat kan? hahaha saya pun pelik...daya tahan saya begitu kuat :)

Kawan2 yang patut menerima tag ini:
1. Linda Majidi
2. Liza Suri
3. Fiza
4. Angah Mizan
5. Roha

Tuesday, June 9, 2009

Ketawa penawar duka




Hahahaha, hehehe, hihihi, kehkehkeh, hikhikhik, kahkahkah...gelap lepas, gelak tertahan2, gelak macam tercekik, gelak manja, semuanya ada...berkumandang, bergentayang di bilik berita ini. Mula2 meja paling hujung, di sambut meja tengah, kiri dan kanan.


Wah, gembira betul semua orang hari ini. Macam dapat durian runtuh. Entah apa yang menggelikan hati namun irama ketawanya, membuatkan hati ini bagai digaru2 ingin berdekah sama. Tapi, takut plak disalah anggap orang sasau. Maklum, jiran sebelah menyebelah bercuti. Yang didepan tak ada di opis. Haruslah dikata orang aku ni dah mereng, ataupun sengaja mencari publisiti murah...ayooo...tak sanggup.


Tapi, seriously, aku kagum betul dengan orang yang pandai menggembirakan hati sendiri. Dan, tanpa segan-silu menghamburkan tawanya. Bagiku, orang begini jenis yang confident dan tahu apa yang dimahunya dalam hidup.


Terkenang aku di zaman sekolah menengah dulu. Sorang teman yang terkenal dengan sopan santunnya, gemar menutup mulut apabila ketawa. Sungguh, walaupun bersahabat baik dengannya, jarang sekali aku mendengar bunyi ketawanya.


"Lepaskan la Ta...nak ketawa, ketawa sungguh2....tak de la bunyi dalam kelambu,"kataku.


"Mak kami tak kasi. Dia kata, anak dara tak elok gelak besar," alahai, baiknya dia. Dan, memang sampai sekarang, apabila dengar orang ketawa kuat2, aku terkenangkan dia.


Aku suka dengar ketawa seorang kawan di tempat kerja lama. Dia pun sudah berhijrah, menulis di portal sekarang. Ketawanya manja dan seksi, seseksi orangnya. Bukan dibuat2 tetapi lahir secara semulajadi.


Pernah dia ketawa tak berenti sewaktu kami berdua menonton wayang Kung Fu Hustle, Stephen Chow. Memangla movie tu kelakar tahap hangit tapi yang buat aku lebih2 bersemangat ketawa, apabila mendengar ketawa mengekeknya. Sekarang ni dah nak jadi mak budak dan dia...Puan Liza Shapiansuri.


Bab ketawa memang tak pernah habis; selagi manusia tahu membuat kelakar dan menghiburkan diri. Ketawa penawar duka, ketawa menceriakan hidup. Ketawa menjadikan dunia terus berseri.


Teruskan ketawa. Moga ketawa anda itu bisa membahagiakan dan menyuntik semangat orang di sekeliling anda....


Chiao...