Thursday, May 21, 2009

Selangkah ke alam mistik

Dah lama juga tak menulis blog ni rasanya...hanya sempat membaca nukilan kawan-kawan..sedangkan mood untuk menulis memang tak ada....

Banyak betul peristiwa dan kejadian yang berlaku pada aku baru-baru ini. Semuanya yang buruk2 dan bermula dari mimpi ngeri jam 3 pagi. Di situ, diberikan petunjuk supaya masalah ini diselesaikan segera. Sekarang, ikhtiar masih berlangsung dan aku harap diberikan kekuatan menghadapi semua ini.

Kejadian yang menimpa ini sedikit sebanyak mengubah pandangan dan tanggapan aku terhadap sesuatu perkara. Kalau sebelum ini, kuibaratkan ia sebagai angin lalu dan lelucon seram2 seronok tapi kini aku melihatnya dengan pandangan yang lain. Baru aku tahu benda itu ada dan sentiasa mencabar serta menggugat ketenteraman kita. Tapi, aku macam biasalah...kadang2 cuba meng'komik'kan cerita itu (pengaruh komik la ni...dasar hantu komik)....seboleh mungkin aku cuba menukarkannya kepada ilham dan idea lawak. Macam nak tergelak tapi bila terbayangkan wajah2 ngeri yang bersimpang-siur, mula la aku menyeringai takut. Yang pastinya, dia berjaya takutkan aku yang suka menonton filem Pocong Indon tetengah malam buta dalam lampu terpadam...hahaha....nak sangat...dapat yang 'live'...bersiaran langsung dari rumahku...baru tau langit tinggi-rendah.

Sekarang, aku belajar, kita tak boleh terlalu berani. Parking kereta di tingkat 17 opis, kemudian memandu turun jam 10 malam, malam khamis...apakah tandanya aku ni berani orangnya? Ye, itu perkara biasa....apa nak hairan...tapi masih juga anda sanggup sekiranya dimomokkan dengan cerita cleaner Indon pernah bunuh diri di tingkat itu suatu ketika dulu? Dan, apabila ko tiba di tempat itu, hanya tiga biji kereta saja yang tersadai...

Aku tak kata aku ni berani dan juga mengaku yang aku lemah semangat. Pengalaman sebelum ini pernah juga aku terserempak dengan lembaga perempuan cantik yang rambutnya menyapu lantai. Pernah juga bersaing jalan dengan penanggal mencari katak. Sekali pernah dikejutkan dengan lembaga botak bertelanjang bulat yang sosoknya hanya kulit nipis membalut tulang. Dua kali ternampak 'coklat' (pocong) kala ingin ke bilik air...apa lagi ye? Adalah dua tiga pengalaman lagi...dari kecil membawa ke besar..dari bertemu2 manja begitu hinggalah pernah dicakar ketika menaiki basikal jam 11 malam semata-mata nak ke kedai tandir (dia ni mandur estet tapi bukak kedai runcit) membeli coke dan cuba nasib permainan tikam...(masa ni bebudak lagi...10 tahun rasanya...biasa lah licik...mak kunci pintu depan, aku keluar pintu belakang)...

Mula2 terserempak dengan benda2 mistik ni...seram sejuk juga...demam pun ada...tapi dua tiga hari kemudian lupa terus. Lama-kelamaan langsung hilang dan fikir2 balik boleh jadi bahan gelak...paling aku kesian si hantu raya botak tu la...rasa nak je bagi baju pada dia sambil berkata ' pakcik nah lah saya sedekah kain pelikat...." hahahaha.

Ketika diperhati lembaga perempuan yang wajahnya mirip artis top 90 an, pelakon Shila Lama, aku masih boleh lawan pandang lagi. Kukira lima jam juga lah kami beradu pandang sehingga dia menjelma menjadi asap tipis menjelang azan subuh berkumandang. Meskipun, bagai lumpuh dikuncinya, dalam hati sempat juga berkata2...."Lawa pompuan ni walau kulit ko pucat...kalau Shila Lama...bleh mintak sain autograph.."...ni ayat2 yang keluar sebelum demam esoknya. Masa ni aku masih anak dara sunti...baru 13 tahun.

Tapi dugaan sekarang ni aku rasa lagi hebat sebab yang datang tak secantik Shila Lama, tak sedaif pak cik botak. Yang datang ini dalam pelbagai bentuk dan rupa. Kalu lah diorang ni cadbury choc..bermacam flavour lah ada...almond london, pure choc, raisin dan memacam lagi. Sayangnya, dia orang ni tak beri pekdah...makan tak buleh, kawan tak leh...kalu ler diorang ni sanggup isi application form sebagai maid..syok gak..bersih rumah aku...ni balik2 aku kena fikirkan cara macam mana nak bersihkan dorang....aduh letih betul lah...tanah kubur kan banyak lagi, hutan pun bersepah lagi...dan, kalu nak hiburan sensasi, pegi le ke Puncak Alam tempat Altantuya mati dibunuh tu..ni rumah aku gak korang nak berkampung....kalu aku nak kawan ngan korang ok la gak..ni aku tak perlukan langsung2 korang sumer...baik korang nyahhhh...aduh geram betul la aku...

So, yang melompat tu...bawak2 lah mendaftar olimpik untuk acara lompat jauh, kalau korang jadi johan, harum nama Malaysia...yang boleh terbang tu..gi le register sebagai atlet lompat galah... tak pun, korang gi le join group paragliding...yang bebudak lagi tu...apasal la ko kacau aku...aku bukan mak kau la...kawen pun belum..ada reti??? Dan, sekor lagi ni...kalu minat cakap minat..sekarang ni telefon ada, handphone canggih2 3G ada, apa G pun ada..yang tak de MGR je (dah mendiang)...hanto le msg..yang ko hanto belaan ko buat apa...aduh tensi aku...sabo je la...

15 comments:

hafizahiszahanid said...

Arrgghhh... mak takut ben! Walau secantik Shila Lama pun aku tak nak jumpa apatah lagi coklat atau pak cik botak! Ya ampun!
Baca tiga Kul tiga kali, usap seluruh badan sebelum tido. Itu petua opah aku dgn baca ayat kursi. Tapi kalau dia 'meneman' ko dr tengah malam hingga azan aduh.. ngakk tahu gik mana sih...

ennieva fauzi said...

terpaksa le aku telan gak....dah dok sorang2 gitu le kaedahnya...dah nasib...

rynas said...

ben baca tulisan ko ni nak tergelak pun ada. seram pun ada mau-maunyer dia pun leh baca blog ko ni dan tahu apa dlm hati ko ni "eeeiii ngumpat kita ekk" katanya tak ker haru.
Tolong sepanjng hidup aku mmg tak penah jumpa dan tak mau berjumpa..mintak simpang malaikat 44 kata orang. abang botak ker, pompuan lawo ker atau melompat lompat cam nak jadi atlit lompat jauh semuanya mintak dijauhkan dr aku dan keluarga aku.
ben pindah jer dr situ..dan usaha berubat. amalkan baca yasin dan ayat kursi dan 3 Qul tuh. mudah-mudahan ko selamat drp makhluk bencian Tuhan ni.

ennieva fauzi said...

memang nak pindah ni...nekad dah..kengkawan, kalu tau ada rumah nak disewakan tolong ye...aku dah malas dah ngan benda2 ni..kalu setakat sekilas takpe lagi, ini dah tahap kacau sampai tak leh nak lena yang aku bengang tahap gaban nih...

Anonymous said...

ukkkk terperanjt makcik aikkk
seram sejuk campur lawak la jgk citer ni ben hehehhe'...suh dorg rejister angkasawan la best hihihi
seram lak...aku hihihihi

Ben ko dh dpt kan website td...
hihihi hihihihihhhhhhhiiiii

Ben amalkan surat Al Baqarah tiap2 mlm kalo bole 3mlm berturut hbiskan 1 surah... elok utk suh dorg balik umh dorg..atau suh dorg jln2 x balik umh ko lg..
gud luck dear

INTAN said...

ben..kental ko yek......syukur le aku x pnh jumpa menda2 alah ni..mintak simpang la...

ennieva fauzi said...

mata aku halus sket..benda ni pun dari instinct dan mimpi...baru aku tau ada gangguan selama ini...

ada enam ekor, yang jahatnya yang baru ngikut aku balik nih...dia yang komplot dengan yang lain suruh ganggu.

Aku bukan berani sangat pun...cuba gak bertahan tapi gangguan bertubi2..sape la yang tak kalah...sebab kita tak nampak dia, dia nampak kita..

aku rasa lebih baik le aku pindah umah...so, aku mintak sangat kengkawan kalu ada calon rumah untuk aku...kontek la aku...

sekarang ni lima dah dikunci, yang jahat tu lepas lari dan masuk rumah orang lain. Tapi, aku ni selalu balik malam..nak tak nak, kemungkinan dia ikut semula tu ada...his nyusahkan aku je benda2 ni sumer..aku cukup anti spesis hantu nih...

Anonymous said...

Ben,,, kt umh sewa aku byk kosong..
ko duk sorg pun ok kot..
RM600 3 bilik 2bilik air..
nk kuar kl pun x jauh sgt..
tuko angin sket la

ennieva fauzi said...

aku tengah cari..sabtu ni aku reekee ngan adik aku...dia keje kat Putrajaya, aku kat Bangsar...maknanya, kitaorang kena cari yang terletak di tengah-tengah le...aku rasa sama ada Bukit Jalil atau Bangi la kot...dah suruh kak Bad tengok2kan gak...

Anonymous said...

ermmm... ok jgk tu ben tgh2
area umh kak Bad pun ok tuh
umh siti dkt nga bangi...
tmn desa?

ennieva fauzi said...

aku mintak tolong gak siti carikan...taman desa tak mau la...susah parking..ko pun tau kan ton...

BEAR ARE said...

cian awak Ben, anyway tabah ye, kita pi cari rumah sewa baru

ennieva fauzi said...

ye..harus...chayok2...

Rashidah Ibrahim said...

Ben,

klu akak dah jadi bahan novel seram dah tu... jenguk-jenguklah blog akak
idarashida.blogspot.com - tak ada citer hantu, citer realti je.

ennieva fauzi said...

wah, akak..dengan speknya...vouge gitu...nanti saya add akak ye...kak, dia masih ganggu lagi, sampai saya tak leh buat apa dah...main lantakkan je...