Aduh, adikku yang sorang ini membuatku senak perut. Bukan kerana dia buat perangai tapi sikap pendiamnya itu mencemaskan. Kisahnya, sabtu lepas aku turun function yang dihadiri Menteri Kesihatan. Aku ditugaskan membuat liputan mengenai wabak Bacterial Meningitis yang menjangkiti 13 pelatih di Akademi JPJ, Ayer Molek, Melaka.
Oleh kerana tenggelam dalam kesibukan, aku lupa adikku salah seorang pelatih di situ. Patut pun hati rasa tak sedap semacam. Apa ye yang tak kena? Namun, tugas tetap kulakukan sehingga selesai.
Beberapa lama sebelum pulang, baru teringat. Mak ai, apa ceritanya dengan adikku? Puas kuhubungi talian tidak bersambung, sms tidak berhubung. Apa dah jadi ni? Selepas menanyakan no dia kepada salah seorang adik, baru tahu rupa2nya dah bertukar nombor.
Segera kuutuskan sms, tidak berjawab juga. Dalam hati, dah berfikir bukan-bukan. Selepas setengah jam , "Kak, Yap ni...kenapa akak call?" huh, baru lega rasa hati. Macam pengembara padang pasir bertemu air rasanya.
"Yap ok?" "Ok, tak de apa2,"jawab dia. Relaks. Dia memang cool daripada dulu. Dalam anggota keluarga, dia paling payah hendak didengar suara. Macam ada emas dalam mulut.
"Yang meninggal tu kawan ko Yap? " Apa punya soalan, dah satu akademi, harus le berkawan2 kan.."Ye..", "Sekarang kat mana?" tanyaku. "Orang kat bangunan lain ni, dikuarantin. Tak campur dengan yang terkena jangkitan," biasa2 saja suara dia.
Sebelum terputus perbualan, sempat juga aku berpesan macam2. Maklum saja, ini penyakit berbahaya, radang selaput otak! Puncanya belum dijumpa, datangnya tanpa amaran.
Dari sehari ke sehari, menyelak akhbar, bertambah pula pelatih di akademi itu yang dijangkiti. Daripada 15 menjadi 21. Senak perut membacanya. Dari semasa ke semasa juga aku menelefon dia. "Asraffie jaga diri." "Ya kak..." suaranya tetap cool macam dulu.
Aku harap dan berdoa, bukan saja Asraffie yang selamat malah semua pelatih sihat seperti sebelumnya. Semoga penyakit itu berlalu bagai ribut yang singgah sementara... Mari lah kita sama-sama doakan.
5 comments:
skrg mcm2 penyakit ada...risau betoi la
harap2 tak ada apa2 lah adik ko tuh..
itu le..kita yang buat story tu lagi ler risau...macam Tan, Tie oiii
ben rindu sama kamu! :0
Ton, bila lagi le ko nak jumpa aku nih? Mai le NST nih...lawat KOOP :)
Post a Comment