Tuesday, May 26, 2009

Kerana aku wanita...

Sedap sungguh namaku apabila diserunya...serasa aku pemilik empunya nama Tun Teja dan Tun Fatimah (hatta biar dieja sekalipun tidak pernah ada titik temu antara keduanya....aku jelmaan gaya hidup Barat....dua tokoh tersohor Melayu lama ini mewakili sopan santun ketimuran)...

Sewaktu berbual dan bertentang mata, aku hanyut di dalam lembutnya tutur kata di sebalik wajah kemerahan menahan malu. Aku seperti Hang Jebat yang merangkai kata cinta buat dewi pujaan hati. Seperti Hang Tuah yang menawan sukma dengan budi bicara berkias namun menyentuh naluri.

Aku dan dia ibarat langit dan bumi. Aku dan dia seperti si Bongkok Tanjung Puteri mengidam puteri idaman. Aku ibarat Juliet yang menanggung lara gara-gara dihalang bersama Romeo belahan jiwa. Aku ibarat Qais yang tidak pernah jemu mengingati Lailanya...Aku ibarat hikayat dongeng 'Mimpi Di Pertengahan Musim Panas ( A Midsummer Dreams ) karya agung Shakespeare.

Namun, aku tidak peduli...kerana aku berhak bahagia. Kerana aku berhak sekali lagi mengecapi manisnya cinta. Kerana aku wanita moden yang ingin melorek hidupnya dengan percikan warna kasih sayang, diadun di atas kanvas kehidupan. Untuk dia, aku akan terus mencuba. Kalau bukan kerana dia pun, aku akan terus mencuba...aku akan mencuba dan berdoa. Amin.

6 comments:

rynas said...

moga bahgia ben..Amin

ennieva fauzi said...

hehehe...ko la sahabat yang selalu mendoakan dan yakin dengan aku. One in a million Tie...thanks...

Anonymous said...

Selamat segalanya...

Ben jom bertemu Jumaat ini

ennieva fauzi said...

Insya Allah, kalu tak de pe aral melintang bleh jers...hey, ton nak banjer ek...amboi murah rezeki hehehe

INTAN said...

semua org berhak rasa bahagia termasuk ko

ennieva fauzi said...

terima kasih Tan...terima kasih (sambil menunduk2 macam orang Korea..hahahaha)