Setelah sekian lama dok sms dan sesekali call, semalam dimakbulkan juga hasrat berjumpa teman lama sewaktu bekerja di company sebelum ini, Puan Liza Shapiansuri. Tak merancang, tak apa, kami main terjah je..berjumpa pun kira lewat jugalah, pukul 9 di restoran Nirwarna, Bangsar.
Ibu mengandung ni rupanya teringin makan nasi daun pisang. Mengidam lah tu. Aku pulak masih di office menyelesaikan tugasan. Belas nak tolak permintaan kawanku yang baik budi ni, akhirnya dapat juga bersua muka, bertukar cerita.
She looks content! Itu pandangan pertama aku tatkala berlaga pipi dengan Liza. Ya, dia nampak sihat, ceria dan gelaknya masih manja, macam dulu-dulu. Mendengar gelak Liza, bagai seisi alam ditumbuhi bunga matahari. Untungnya suami dia kerana Liza kelakar dan pandai menghiburkan.
Dari satu topik ke satu topik kami berkisah. Bermula dengan kehidupan berumahtangga yang baru beberapa bulan ditempuhi (jelas Liza bahagia, terpancar gembira di wajahnya setiap kali nama Rashid meniti di bibir), ceritera 'ibu mentuaku' hinggalah ke gossip kawan-kawan dan tempat kerja lama. Apapun, pendapat Liza dan aku sama saja. Kehidupan baru membahagiakan dan mencabar. Kawan silih berganti, namun ada yang kekal dan bertakhta di hati dan ada juga yang sudah bertarikh luput.
Rancak berborak, tidak sedar masa pantas berlalu. Rasanya macam setengah jam duduk di situ, rupanya jarum jam hampir menunjuk ke pukul 11. Sayang pula hendak meninggalkan Liza yang irama gelaknya jujur dan menyejukkan telinga. Sungguhpun, bergelar ibu, dia masih macam dulu, tak suka menunjuk-nunjuk dan bersikap biasa-biasa saja. Kalau tak selalu minta diri ke ladies, aku hampir terlupa yang dia membawa budak. Hehehehe, cuma satu sajalah...sudah tidak seksi lagi. Berkemeja lengan panjang, berseluar slack dan kasut crocs leper merah jambu jauh sangat lari dari personaliti Liza. Apapun, dia nampak lebih manis lagi begitu.
Moga ada pertemuan lagi dengan Liza selepas ini. Berborak dan berkongsi cerita. Moga kesibukan tidak menjadi alasan dan sebab lagi ye Liza....sebab nyata kita seronok malam itu.....
4 comments:
wah..wah..makan nasi beralaskan daun pisang eekkk..
dah lama tak jumpa ibu mengandung itu..
ibu mengandung itu sangat comel sekarang...:)
comelke??? terharu di atas puji-pujianmu ben. slalulunya bila dirancang, plan slalu tak menjadi. baikle terjah ala2 abang nas keriting itiew. kak siti, sedap wo, makan nasik daun pisang...sure rupa dan seleranya anak saya ikut keturunan neneknya (mak rashid) amma!!! kekeke
nanti kita pi makan lagi nak???saya nak try nasi dia cik liz...terliur sebenarnya..tengok awak makan ari tu...tapi sengaja kutahankan...hahaha
Post a Comment