Tanyalah mana-mana writer pun. Suku-sakatnya reporter, novelist, blogger dan sebagainya, mimpi ngeri dan ancaman paling menakutkan adalah WRITER'S BLOCK! Patutnya ada satu nama untuk penyakit ini.
Simptonnya; fikiran kosong atau ada juga kes berserabut hingga langsung tidak boleh menjelmakan ayat-ayat menjadi cerita. Andainya mata ini ada kuasa, pasti sudah berlubang skrin komputer ini ditenungnya. Puas bangun duduk meregangkan otot, puas berkisar duduk namun otak masih juga bejat, beku, kaku, kelam!
Puncanya: Buntu memikirkan skop, pening mengolah cerita, mana satu sesuai dijadikan intro, mana tengahnya dan mana pengakhirannya. Kekurangan bahan dan info namun berlaku juga kes, sulit menulis kerana dilonggokkan terlalu banyak info. Jadi, mana yang patut digunakan, mana pula patut dibuang. Sesetengah reporter menghadapi kesukaran menulis cerita di luar bidang dan kepakarannya; misalnya Meja General terpaksa menjadi bidang terjun menulis ekonomi, atau daripada Meja Wanita mendapat arahan bertukar ke Meja Sukan. Sekurang-kurangnya perlu mengambil masa enam bulan wooo untuk belajar balik. Untung enam bulan, ada juga yang setahun masih pening-pening lalat lagi.
Ada juga yang dihinggapi Virus M..M.A.L.A.S..hah yang ni tak boleh buat apa lah..macam situasi aku sekarang. Duduk berteleku di meja ini..setelah dua tiga kali melayari personal emel, facebook dan entah apa-apa lagi. Memandang ke luar jendela kaca menelah cuaca; hujan, tak hujan, hujan tak hujan? Empat lima kali selak, belek dan baca paper, tukar susun atur barang-barang yang entah apa-apa di atas meja ni. Namun, nampaknya tak boleh juga bantu, hah, mulalah rasa nak bertempik, biar bergema sampai ke langit ketujuh!!!
Aduh, seksa sangat seksa..betul lah kata seorang sasterawan, menulis adalah derita yang bahagia. Aku sedang dilanda derita, sedang menunggu saat bahagia menjelma. Huh, bagai berkurun rasanya..
No comments:
Post a Comment