Thursday, February 14, 2013

Sahabat dan kenangan, manis namun tidak mungkin berulang

Semalam dalam sejarah, berjumpa sahabat sekolah rendah yang dah berbelas tahun tak berjumpa. Sedang enak bersembang dengan seorang teman di salah sebuah restoran makanan segera di PJ, tiba-tiba ada satu suara menyapa.

Dia: Bennie!
Sepantas kilat aku menoleh, kuperhatikan lama. Berkerut2 dahiku mengingat, siapa lelaki ini? Seminit dua minit berlalu
Dia: Kau tak kenal aku lagi? Kawan sekolah rendah ni...
Sumpah, bukan aku sombong tapi memang aku benar2 tak cam dia...memang tiada langsung bayangan wajah sepertinya dalam kotak ingatanku
Dia: Aku la Hazrizal (beriya2 dia menekankan nama itu)
Aku: ooo budak nakal...(hah! Spontan keluar perkataan itu, tanpa niat melucur laju)

Aduh, betapa kecilnya dunia, kecil sangat. Memang dah bertahun2 tak bertemu dia tetapi kenapa berubah sangat? "Aku dah tua," jawabnya..habis aku? hahahaha...siapa sangka budak lelaki yang berkulit putih dan cute-mute kini sudah separuh botak dan muka dewasa amat...tapi, itu tak penting, yang paling penting dia kini sudah bergelar usahawan berjaya dan dalam kantungnya mmmm puluh ribu K sebulan ye...tak macam aku yang masih dok makan gaji, tiap bulan duit bagai angin lalu, tolak itu-ini tak berapa sen dalam genggaman.

Rupa2nya dia dibawa oleh seorang rakan bagi melorongkan jalan kepadaku. Terima Kasih ya Allah, ini aku ibaratkan pertemuan 2 in 1 !. Bertemu sahabat lama dan peluang mengubah nasib. Peluang yang Insya Allah, menjanjikan kebahagiaan yang aku cari2 selama ini.

Riuh kami bercerita perihal sekolah, membuka jalan kenangan yang sudah lama aku tanam. Sempat pula dia menunjukkan potret mulus dan muka suci kami zaman sekolah. Zaman kanak-kanak..

"Ini lah Bennie, dia memang lain dari yang lain.." giatnya.
"Macam mana kau boleh kenal lagi aku, tak berubah sangat ye?" tanyaku musykil. Tipu lah kalau kata muka kita tak terusik langsung dek perubahan usia. Zaman sekolah rendah hingga dewasa sekarang, tentu ada perubahannya.

"Aku kenal sangat dengan kau, cara bercakap pun masih sama," tekannya, mengundang hairan sahabat nan seorang lagi. Maklum, mungkin pada dia aku seorang yang serius kerana selalu menunjukkan riak muka tegas..

Hahahaha aku gelak besar. Sempat lagi aku menyelongkar cerita lama dengan niat mengusik, "Ala dulu2 tu kau bagi kad raya, selit dalam buku maths aku kan? Bila nak buat homework dan buka buku teks, tiba2 jatuh sekeping kad. Yang aku tak tahan, siap tulis 'pecah kaca, pecah gelas, sudah baca harap balas," dan ketawa kami sabung menyabung.

"Ala, korang jahat, korang tolak aku sampai jatuh pokok dan patah tangan kan?" dia menyambung.

"Ko yang nakal, kau bergayut kat pokok tu..hayun punya hayun, jatuh berdebuk. Ingat, kami yang bawa ko jumpa cikgu ye sebab kau menangis tak renti2," gelak lagi.

"Ala, budak darjah dua, mestilah sakit kalau kena macam tu," sambungnya..

Aduh, banyak betul yang ingin dibicarakan. Tetiba kenangan segar di ingatan dan tiba2 aku terasa seperti kembali semula ke era itu. Kala aku bertocang dua dan seronok bermain dengan kawan-kawan tanpa mengira warna kulit, jantina dan latar belakang hidup (kenapa sekarang tidak boleh begitu ye..kadang2 hal politik bisa membuatkan perpaduan lebur dan perhubungan hancur)

Seronok memang seronok sampai tidak sedar waktu menganjak ke pukul 12 malam. Dan, hampir dinihari kami beransur pulang, senyum meleret membawa kenangan manis yang tidak mungkin berulang lagi. Sesungguhnya aku amat rindu dengan kenangan itu.

4 comments:

hafizahiszahanid said...


Huhuhu nostalgia .. :D
Dan moga dilorongkan untuk yang
baik-baik juga. Amin.

p/s yang baik-baik ye !

hafizahiszahanid said...



Perghhhh... kenangan mengusik jiwa!

ennieva fauzi said...

Amin..tapi itu semua cerita lama Fiza :)

Rashidah Ibrahim said...

ada peluang tumpang kekayaan tu..