Tuesday, January 3, 2012

2012

Semua orang bercakap pasal azam menjelang tahun baru. Azam yang lama dan bersawang namun belum tertunai mungkin boleh dipungut semula untuk direalisasikan. Dan, bagi yang telah tertunai hasratnya, mungkin ingin merencana azam baru untuk digapai.

Terus-terang, aku akui sudah lama tidak menanam azam, sudah lama berhenti membaja impian. Maaflah, mungkin kasar bunyinya tapi aku tidak ada masa berangan-angan itu-ini namun kesudahannya, hanya tinggal habuk dan debu.

Aku lebih sukakan spontanious, hidup ikut flow dan yang ditakdirkan. Aku jenis yang sukakan surprises, tidak suka merancang tapi suka menggariskan apa yang aku mahu (macam mana tu?). Sebabnya, aku tidak sukakan harapan dan memang tidak mahu langsung menaruh harapan.

Bagi aku kejutan itu menarik. Bagi aku spontan itu menguji minda dan jiwa. Dan, bagi aku, hidup akan lebih berwarna-warni kalau kita tidak terlalu mengikut peraturan dan terkongkong dengan hasrat.

Namun, bagi yang percaya dengan azamnya, Selamat Menyambut 2012 tetapi bagi individu seperti aku, tidak kira 2012 atau 2020 atau 3000 sekali pun, selamat menempuh dunia penuh warna dan cerita!!!! Think positive, be wise, if god willing, you'll find ur treasure!!!

3 comments:

rynas said...

aku pun macam ko juga Ben..tak pernah ada azam..selalunya membiarkan kehidupan dilalui berjalan mengikut arus...direncana olehNya..kerana DIA perancang yang paling sempurna.

Bintang D'hati said...

salam cik ben. selamat tahun baru :-) ,last month aku ke ipoh,pegi greentown mall,nampak mcm kelibat ko . aku salah org barangkali :-)

ennieva fauzi said...

Cik Bintang, lama tak dengar cerita? Selamat Tahun Baru...bila nampak i tu? Kenapa tak tegur???