Wednesday, December 21, 2011

Pembelit perosak masyarakat

Saya dah lama tak 'hangin' dan begitu marah, namun kali ini kesabaran saya menipis sangat. Macam angin semilir. Macam taufan. Macam tsunami pun ye...

Ceritanya....ceritanya...mana harus saya mula. Seorang taxi driver yang terlebih bijak namun tersangat kurang ajar ingin mengelak lampu merah, tetap juga ingin bergerak walau lampu isyarat kuning sudah bertukar merah. Memotong di sebelah kiri saya dan hasilnya, bumper kereta saya 'gugur' dihentamnya. habis 13 click, 1 braket, lampu pun terbakar. Melampau betul.

Walaupun belanja membaiki kerosakan hanya RM168 (saya rasa ticket FT Island lagi mahal, untuk 3 tiket saya membelanjakan RM800) tapi kerana sikap putar belitnya itu, membuatkan saya ingin mendapatkan juga ganti rugi, tak kira apa berlaku.

OMG (eh, bolehkah saya gunakan ayat ini?), nak menulis di sini pun, hati saya terasa bagai dilanyak2, tersangat geram, tersangat marah. Sudahlah sms tak dibalas tapi peliknya apabila telefon berani pula mengangkat. Kala ditanya, "prepaid saya habis"... laaa...kalu dah sengkek sangat, boleh tak jangan pandu kereta macam pelesit?(arghhhhh).

Dan, paling saya naik hantu, dia boleh kata "Kereta saya pun kemek..", lalu saya balas, "itu bukan masalah saya, saya langgar awak ke, awak langgar saya?". Dan, paling cerdik, boleh dia kata "bukan saya yang bawak kereta", lalu saya jawab, "habis tu, negro empat ekor dalam kereta awak tu la yang bawak?" (penumpang dia). Dan, paling saya nak elakkan tentunya ingin menghina orang sebab saya tahu, takdir Allah yang tentukan tetapi disebabkan banyak sangat dalihnya, terkeluar perkataan, "awak ni cerdik ke tidak? Patutlah Allah SWT jadikan awak pemandu teksi je..." Ye, saya tahu, perkataan saya sangat keras, sangat menghina tapi saya tak  boleh bersabar dengan putar alam.

Saya bukan nak perlekehkan dia mintak bayar dua kali, tapi instinct saya cepat mengatakan, dia cuba belit saya. Huh! Dah tau tak berduit, sengkek, tak sedar diri, tak ukur baju di badan sendiri, bawak kereta macam pelesit.

Geramnya...geramnya, siapa yang senasib dengan saya taulah bagaimana sakitnya hati berhadapan dengan kaki putar. Habis semua nak dikelentongnya. Tapi, saya tau, dia masih cuak sebab  saya ada bukti gambar. Tak dapat tidak, saya boleh fikirkan cara untuk memerangkap penipu ni.

Lagi cerita, lagi sakit hati, lagi banyak perkataan2 yang tidak enak akan keluar nanti. Saya paling tak suka marah2 sebab karektor saya akan berubah nanti. Arghhhh lebih baik saya senyap dulu, tunggu dia tunaikan janji sehingga hujung bulan ini. Saya harap dunia ini takkan ada orang putar pelit, pembohong kerana merosakkan masyarakat tapi bolehkah? Mungkin tinggi sangat harapan saya ni kot...wallahuallam

2 comments:

rynas said...

kdg-kdg kita ni boleh berlembut juga kalau cara orang tu kena pada tempatnya. ni kalau masih tak mengaku salah mmglah naik hantukan.
aku dulu pernah kena juga pompuan langgar kereta kena pintu habis RM350 jugaklah betulkan pintu dan cat balik nasib baik dia nak bayar bila aku cakap aku keje H.Metro cuak dia...terus dia bank in duit.

ennieva fauzi said...

memang tie, geram. At least, pompuan tu makan saman, yang si taxi driver ni ntah berapa orang jadi mangsa langgar dia, aku rasa dia dah biasa buat keje menipu ni...dah selalu sangat terlepas, sampai jadi selamba je menipu. Tapi, aku takkan lepaskan dia ni, ko tau la kan, betapa aku bencikan ketidakadilan...