Saturday, November 5, 2011

Maaf, aku hanya mampu bertahan semusim




Esok Aidil Adha dan aku masih lagi di office, bekerja sampai petang. Makanya, tahun ini kali keempat aku beraya di ibu kota. Tapi, tahun ni adalah jugak penemannya, si Aydajihu yang tidak dapat pulang ke kampung kerana perlu menyiapkan reportnya. Ahhh, kerja memang menuntut pengorbanan dan selalunya Hari Raya Korban lah yang menjadi korbannya.


Hari ini aku mengaku mengorbankan sebuah persahabatan. Persahabatan yang tidak mampu aku pertahankan dan kerana aku lelah menjadi mangsa hentaman dan kritikannya. Orang kata persahabatan kalau dibina atas dasar keseronokan semata tidak akan bertahan lama dan kata2 itu kini, benar dan terbukti.


Aku cuba ikhlas, jujur namun sampai bila aku harus mengikut telunjuknya dan menjunjung egonya. Setiap kali, acap kali aku terpinga2 dengan tindakannya yang menghentam aku dalam facebook. Tanpa sebab, aku turut menjadi mangsa kemarahan dan ketidakpuasan hatinya. Semakin aku tidak membalas, semakin aku diam, semakin galak dia mengutuk. Dulu, aku berpegang kepada kata2 'diam tidak beerti kalah'. Dulu, aku tidak akan menjadikan facebook sebagai 'tools' untuk melepaskan amarah dan mengutuk sesama umat namun kerana kata2nya yang keterlaluan itu, segala prinsip aku langgar. Aku dah bukan diri aku lagi. Itu yang aku tak mau, berubah menjadi orang lain.
Apabila aku menjawab, semakin dia mengeluarkan kata-kata yang menyakitkan hati. Apabila aku menyanggah, dia menganggap aku menyerangnya.


Maka, tiada cara lain selain membenamkan persahabatan ini hingga ke dasar yang tidak akan kujejaki lagi. Daripada aku mengumpul dosa, lebih baik aku melangkah pergi. Daripada aku makan hati dan sentiasa berprasangka, lebih baik aku mengucapkan selamat tinggal. So Long.


So, buat dia, binalah persahabatan berlandaskan keikhlasan. Cubalah bertolak ansur dalam persahabatan demi kebaikan semua pihak. Jangan mencaci dan memaki sesedap rasa tanpa memikirkan natijahnya. Jangan pentingkan diri dan jangan memaksa orang mengikut telunjuk kamu.


Paling penting, jaga kata-kata, jangan sampai mengoyakkan hati dan perasaan orang lain. Tempatkan diri kamu di tempat sahabatmu, baru kamu akan belajar menghargai hati orang lain. Maaf, aku hanya mampu bertahan semusim. Maaf, aku tidak  menyambung persahabatan yang banyak hempedu dari madu kerana aku tidak sudi menjadi 'punch bag' kamu.


Selamat tinggal. Sayonara. Thanks for everything.

2 comments:

WATIE said...

inilah yang dinamakan asam garam kehidupan.. tak semua yang menghargai erti sebuah persahabatan.. tak semua ikhlas dalam bersahabat.. rambut sama hitam.. hati lain-lain.. yang penting, sabar bebanyak dgn sikap segelintir sahabat seperti ini.. hehehe..

ennieva fauzi said...

Itu lah Watie, sepatutnya kita ni menerima segala kelebihan dan kekurangan dan mahu bertolak ansur tapi kalau dah berat sebelah, asyik kita kena ikut telunjuk dia, hai hati mana yang tak sakit. Dan, sepatutnya, sahabat menjaga aib sahabatnya bukan mengaibkan kawan...entah, paling mudah blah je, hati pun tak menanah