Saturday, November 12, 2011

Breaking Dawn is just around the corner

Wow! Twilight Saga: Breaking Dawn is coming out soon. Movie posternya dah terentang di jenjatas berdekatan office aku ni. Ini kiranya episode terakhir filem yang mempunyai peminatnya tersendiri ini, filem yang diadaptasi dari novel penulis yang dulunya kukira 'underdog' Stephenie Meyer namun namanya mencanak-canak naik selepas Twilight menggegar pawagam.

Bumbunya mudah, pontianak, Edward Cullen yang jatuh cinta dengan manusia biasa, si gadis polos Isabella 'Bella' Swan. Kemudian bertukar kepada cinta tiga segi apabila serigala jadian Jacob Black terjebak sama. Si Black yang asalnya kawan sepermainan ketika kecil2 dulu turut menaruh hati terhadap Bella.

Ringkas kan? Namun kerana sensualnya dan kebetulan dibintangi pelakon kacak dan lawa, mudah saja menarik berpusu-pusu orang ke panggung termasuk lah saya hehehe...Tidak cukup menonton di layar perak, rangkaian novelnya dibeli pula buat koleksi. Begitulah penangan Twillight terhadap saya.

Suka benar saya melihat permai pekan Folks, Washington yang dipaparkan dalam movie itu. Namun, membacanya lebih indah, imaginasi saya menerawang melampaui segar subur hutan painnnya, kabus tebal yang sentiasa menyelubungi seluruh pekan, pantai memutih diselangi kawasan berbatu khusus bersantai juga menghayati keindahan biru laut. Sesekali camar terbang lalu, ombak berdesir membawa bau manis seisi laut.

Rerumput basah hutan pain ditaburi bunga liar. Lereng pergunungan berbalam2 di waktu malam dan siang, indahnya bagai karya lukisan agung. Aduh, belum dicampur imaginasi rumah kaca Edward. Setiap bilik dilengkapi balkoni dan apabila menjengah ke luar, syahdu memandang hutan pain yang basah selepas hujan. Dan, apakala purnama mengambang, cahaya bulan merembes menerangi ruang bilik. Hahaha saya, rasa imaginasi saya lebih hebat dari layar filemnya. Itulah kuasa pembacaan ye. Dan, itulah penangan membaca penghasilan karya bermutu lagi terbilang. Dan, sebab itu juga saya sangat2 kecewa kalau membaca karya yang bagai melepas batuk di tangga, terawang-awangan atau dengan kata lain tidak berpijak di bumi nyata@ syok sendiri. Sangat2 kecewa.

Aduhai, jauhnya saya merepek. Dah menyimpang dari tujuan asal nak mewar-warkan filem ini bakal menjengah pawagam. Apa lagi, Twilight mania, jom serang panggung saksikan konflik yang menyenakkan perut. Bella bertukar menjadi pontianak, mengahwini Edward lalu dikurniakan anak perempuan bernama Renesmee. Menariknya, pembesarannya terlalu cepat melangkau fitrah manusia sebelum diimprint (kata mudahnya dicap mohor) Jacob Black...Jom tonton!
Kononnya inilah Renesmee
Mackanzie Foy aktres cilik yang melakonkan Renesmee...comey macam Suri anak TomKat

No comments: