Thursday, November 10, 2011

Kawan dan kebahagiaan

Lama tak dengar cerita encik Razak, bekas rakan sekerja di tempat lama, tiba-tiba dia call. Asalnya, dia menyuruhku menukar lay out blog kemudian bersembang panjang pula.

Encik Razak: Jangan le letak banyak2 sangat gambar kat blog tu, susah la nak baca..
Aku: Aiii baca jugak ke blog saya? entah2 en Razak tersalah blog tak? Blog orang lain dibacanya kot...
En Razak: Blog awak la, ada korea2, ada Island FT (hahaha correction; FT Island la en Razak oiii)

Lepas tu macam biasa lah en Razak...potpetpotpet..berkisah dari satu bab ke satu bab...termasuklah menanya "berapa kilo dah naik badan tu?,"tanyanya.

"Hehehe dah malas nak kira dah en Razak oiiii...,"jawabku lirih. Bersembang lagi sampai masuk topik makan ikan bakar belakang istana bagai.

Hakikatnya, seronok mendengar khabar dari kawan lama. Banyak sangat nak diceritakan maklum dah bertahun tak bersua muka dibatas dek kesibukan dan tiada kesempatan.

Lalu, saya terkenang lagi dengan seorang kawan lama, Haniza Baron yang kini menetap di UK. Berkahwin dengan orang Perancis dan kini dikurniakan dua orang anak. Saya sempat dua kali berjumpa dia sekeluarga ketika bercuti aidilfitri (memang resamnya akan bercuti kira-kira sebulan menjelang hari lebaran).

Comel sungguh Phia (Sofea)..dalam hati berkata, "budak ni kalau besar nanti mau jadi aktres ni." Maklum, anak mat saleh, mixed blood harus la comel ye tak? Dan, Niza pula suka mengabadikan gambar Phia dalam pelbagai pose dan antara yang menarik perhatianku yang kusertakan di blog ini (Niza, aku pinjam sekejap ye). Tak sangka Niza ada bakat fotografi ye...

Seronok melihat kebahagiaan orang lain,ibarat kegembiraan itu melimpah ke diri kita juga. Saya tumpang seronok je la ye..ia bagai suntikan semangat buat diri saya juga. Semoga saya pun bahagia.....

Ayu sungguh Phia anak si Niza kan...

Yohan, anak nombor dua..ayooo rasa nak geget pipi chubby dia tu



3 comments:

rynas said...

ben..en Razak tak ajak awak makan ikan bakar istana ker? kalau dia ajak nak join (dgn muka tak malu) hehhehe...

ennieva fauzi said...

jom le...satu masa kita makan sekali, en razak, kak lyn and ko...buleh sembang panjang2...lama dah tak gi ikan bakar belakang istana tu beb...

rynas said...

boleh..jer Ben. Nanti set dgn dia ekk...