Saturday, October 15, 2011

Beli Buku Lagi....

Kelmarin, ketika mengikut Hafizah Iszahanid ke salah sebuah toko buku murah, tanpa sengaja terbeli dua buah buku. Melihat harganya yang bukan main murah, laju saja tangan menyambar dua novel berkulit keras karya Lisa See itu.
     Berlatarkan kehidupan masyarakat cina zaman feudalisme, perkara pertama yang membuatkan aku tertarik memilikinya disebabkan persembahan plot cerita tersusun cantik, bahasa yang ringkas serta mudah faham selain aku memang penggila novel bertemakan budaya berlatar belakangkan zaman lampau.
      Maklum, kita tidak hidup zaman itu menyebabkan perasaan ingin tahu membuak-buak. Dan, yang paling mengujakan, penulisnya sendiri bukan berbangsa cina tulin tetapi seorang wanita Inggeris yang kukira mungkin sudah lama terdedah serta menetap di negara yang sudah tua peradabannya itu.
    Ketika membelek2 dan sempat membaca sepintas lalu dua tiga baris ayat serta bab, jalan ceritanya memang memukau selain dihurai secara terperinci. So, aku harap tidak kecewalah nanti. Bukannya aku berkira sangat tetapi di saat masa benar2 terhad dan sentiasa sibuk, aku kini lebih mengutamakan bahan bacaan berkualiti.
      Jujur aku katakan, kalau dulu sebuah novel sederhana tebal boleh kukhatamkan dalam masa dua hari, sekarang disebabkan kesibukan dan masa yang tinggal serpih terpaksa dibahagikan untuk menonton televisyen, bersiar-siar, 'house cleaning' etc, kadang2 sebuah novel memakan masa sebulan untuk ditamatkan. Itupun, kalau aku mengambil masa kira2 15 minit sebelum tidur membacanya. Kalau tidak eheh wasalam la jawabnya.
    Di rak buku, berlambak novel yang belum dibaca termasuk sebahagiannya kuborong pada Pesta Buku tahun lalu (hahahaha memang dasar pemalaskan?). Itu belum campur koleksi komik yang dibeli namun sehingga hari ini hanya menatap kulitnya saja, belum berkira-kira dan ada hati untuk mula membaca.
     Aduh, apa nak jadi la...makin lama makin kronik...dan, kuharap sesangat Lisa See ini tidak menerima nasib seperti novel-novel lain. Yang akhirnya menjadi pekasam dan mengumpul debu serta habuk di rak buku hahahaha.....moga2 lah tidak ye...so, Bennie...aza aza hwaiting (dalam bahasa Korea, berusaha, berjuang! hahaha tetap juga nak Korea ye...)...selamat membaca untuk diriku dan semua peminat buku tegar di luar sana...
Kulit tebal, harga murah, karya menarik...kualiti dicari2 bagi sebuah buku..yang tak sedapnya, si pembeli...bila mau baca daaa... hahahaha

3 comments:

rynas said...

murahnya novel tu ben..diskaun dekat 80% tuh. mmg haruslah beli tak rugi. ko ok jugak leh khatam sebulan aku nie 2-3 bulan belum tentu lagi hehhehe...bz macam2lah kalau kat umah nie.

ennieva fauzi said...

Tie, aku yang bujang2 ni pun takde masa nak membaca tie, mana taknya, bila pegang je, gelappp..hahaha rupa2nya dah tido

lili norlaili said...

aku pun dah lama tak maraton baca novel...skrg baru nak mula balik, harap masih mampu bertahan :)