Seorang teman sepejabat yang dikenali selalu mengalah dan bertimbang rasa mengadu sejak akhir2 ini dia sering ingin marah dan bencikan orang tanpa sebab. Dia yang sebelum ini tidak pandai memberontak sudah pandai 'buat muka' kalau ada sesuatu yang tidak menyenangkan hatinya.
"Perubahan hormon kot..." kataku demi menyedapkan hati dia..."Maklumlah di kala usia hujung 20 an ni macam2 perkara yang menyenakkan fikiran, selalunya yang tidak menyenangkan berbanding menggembirakan," tokokku.
Itu kisah dia. Aku pula sejak akhir2 ni meluat sesangat dengan golongan yang fanatik dan suka menghamburkan kemarahan beserta maki hamun dalam facebook mereka. Lebih mengaibkan, kadangkala ada komen mereka menyentuh fizikal orang lain. Bicara sedap mulut seolah-olah hilang pertimbangan. Seolah-olah takkan berhadapan lagi dengan individu yang menjadi mangsa kritikannya.
Alah, kadang2 sebabnya terlalu remeh, pasal idol??? Ya, mungkin anda tidak percaya tetapi percayalah ada orang yang terlalu fanatik dengan selebriti pujaan mereka. Meminati baik, petanda sihat kerana dibekalkan dengan sifat kasih dan mahu menyanyangi sesama insan. Tapi, apa halnya kalau terlebih dos hingga pantang disentuh langsung lalu melenting dan mengeluarkan kata-kata yang tidak enak langsung dibaca apatah lagi didengar.
Minat boleh tapi jangan sampai memuja, itu sudah salah dan menyimpang dari agama. Lain halnya, kalau idol itu kekasih kamu, haruslah kamu membentak dan melenting. Tetapi si polan tu haram langsung tak kenal siapa kamu. Lalu, apa yang kamu dapat selain mengumpul dosa kerana melukakan hati orang lain.
Entahlah, benarlah agaknya dunia sudah akhir zaman. Di saat ini, artis didewa2kan dan dipuja berlebihan. Sesungguhnya fenomena ini amat menakutkan kerana membabitkan kita yang kununnya sudah matang berfikiran walhal hakikatnya mengalahkan bebudak berumur 6 tahun.
Ini tidak bermakna aku tidak mempunyai idola. Aku mengaku ada selebriti yang aku suka tetapi tidaklah sampai berangan-angan hendak memeluk gunung. Tidaklah sampai sanggup memusuhi orang yang mencela selebriti kuminati itu. Bagiku, masing2 punya hak untuk bercakap dan menyuarakan padangan. Dia tidak suka, dia punya pasal, aku tidak rugi apa-apapun...malah, aku selalu bertegas dengan diri jangan sampai mengumpul musuh hanya kerana ingin menegakkan sesuatu yang kita suka. Ingat, kepala sama hitam, hati lain-lain. So, agak2 lah ye...
Semoga aku dijauhi daripada perangai fanatik yang bukan2 ni..amin
FT ISLAND..aku memang minat habes ngan grup ni tapi kalau korang nak kutuk lantak lah, tak jadi kudis langsung...bukan aku dapat royalti pun bela dorang ni
No comments:
Post a Comment