Empat hari pulang kampung, serasa sudah tidak nampak jalan pulang ke Kuala Lumpur. Seronoknya berpuasa di kampung, kenikmatannya lain macam. Pertama sekali, sudah tentu masakan ibu yang sedapnya mengalahkan menu extra vaganza hotel lima bintang. Memanglah, air tangan ibu tiada bandingan. Bayangkan, kalau di KL, hidangan setakat dua jenis sudah buat perut sebu, hidangan ibu, buat saya ingin cuba semua.
Lagi setengah jam berbuka, semua sudah ready. Menitik air liur melihat rendang pucuk paku, gulai pisang, ayam masak merah hinggalah ke ikan goreng 'bodo' hehehe...mak oi, dalam hati berkira-kira mana satu nak dicapai dulu. Pulak tu ada karipap (hah, yang satu ni memang kegemaran saya, biarlah orang kata kuih meeting ke apa ke...yang ni memang kalu demam tak boleh bangun pun, saya boleh pulun sampai lima ketul hehehe), kuih lopes, aiiii limau bali pun ada..emak oh emak, mau bagi saya mati kekenyangan ke? hehehe...
Ada jus limau, teh panas, cincau...adeh, mau lah macam ular sawa kekenyangan ni...ayooo..tak hairan lah, setiap kali pulang KL semula, jarum penimbang saya mencanak-canak naik....
Hari ini, saya di KL semula, tempat saya mencari rezeki namun tidak mampu menjanjikan kebahagiaan hakiki buat saya. kota yang sentiasa menyenakkan perut dan membuatkan fikiran saya lemau lesu..
Sambil duduk2 mengambil angin petang di bawah pohon belimbing, bersama MP4 di telinga, saya suka memerhati gelagat warga kampung lalu-lalang di jalan utama sebelah rumah. Dulu, di situ ada kebun getah melaut dan di hujung kebun, terbentang memanjang lebuh raya Utara-Selatan. Kini, ladang getah itu sudah ditebang, bakal berganti perumahan tanah lot. Maka, highway yang dulunya dihalangi pemandangan ladang, kini jelas di tatapan mata.
Sedikit sedih, Ladang Kuala Kangsar yang kaya sejarahnya, yang wujud dari semenjak saya berusia bayi, gondol dan dikorbankan untuk penempatan. Kecil2 dulu, saya suka melepak di kepala tangga hanya untuk menatap bulan di sebalik ranting dan pucuk pokok getah. Lalu saya berangan, memanjat hingga hujung ranting lalu melompat ke bulan (hahahaha kreatif kan angan-angan kanak-kanak berusia 5 tahun??).
Saya khuatir dengan ulah jiran-jiran baru nanti, selama ini, rumah kami kiranya terletak di penghujung kampung menuju ke jalan besar. Bagaimana rasanya mendapat jiran2 baru nanti? Saya bukannya jenis sombong tapi saya tidak lah pula boleh dilabelkan dalam kelompok terlalu ramah. Yang mana, kenal saya, maklum akan perangai saya yang tak suka lepak dan sembang2 kosong. Makanya, saya lebih suka berdiam diri dan mendengar daripada menjaja cerita.
Entahlah...tapi saya maklum, saya harus menerima perubahan dan pembaharuan. Betapa sayangnya saya dengan ladang getah itu, saya akur ia bukan milik saya. Saya akur perubahan akan menjengah juga tapi saya sentiasa harapkan yang baik2 belaka...Semoga semuanya berlangsung dalam sejahtera dan bahagia. Amin.
No comments:
Post a Comment