" Negara kita memang macam ni le,. teruk!" Kata-katanya yang lantang tu membuatkan aku panggung kepala. Berhenti sejenak mengira2 wang dalam wallet. Siapa pula yang main lepas cakap di kaunter pembayaran Giant Bandar Kinrara kala Maghrib, jam hampir menjengah 8 malam ni.
Seorang lelaki. Dah berpangkat pakcik pun. Kujengah apa yang dibeli pada senja Sabtu yang permai ini. Periuk elektrik, dua kampit kecil beras, tepung dan ada satu dua lagi. Hai, macam ada yang tak kena je dengan dia ni. Macam nak menarik perhatian pun ada. Aku yang menunggu giliran membayar selepasnya, dah mula menggoyang-goyangkan kaki.
"Huh, kerajaan tak ada apa yang boleh dibuat, saya ni antara golongan yang tertindas,tertindas," bentaknya lagi. Aku merenung tepat mukanya. Sah, fius putus.
Lagi dia galak bercakap, membuatkan dua pekerja kaunter sengih-sengih kerang. Macam hendak tak hendak je melayan dia bercakap.
" Tengok apa jadi kat Mesir??? Dah kucar-kacir, itu semua pasal dorang tak sembahyang la tu. Tak ingat nak solat," aku makin berminat pasang telinga. Sebenarnya tak payah pasang pun, suara dia dah cukup kuat. Dah macam bergema-gema dah.
Panas je telinga aku, amboi sesedap rasa ko mengutuk orang ye. Yang ko tu maghrib2 begini membeli-belah kat Giant tu apa ke jadahnya? Patutnya ko sekarang ni mengimamkan solat anak bini ko. Hey, cakap siang pandang2, cakap malam dengar2. Aku yang pompuan ni memang le ada excusenya. Hah, malas aku nak melayan orang yang 'tolak habuk' macam ni..hah! Cepat, aku nak membayar dah ni..nak balik rumah cepat, nak mandi, badan dah melekit.
Selepas membayar, terpaksa la mengangkut barang2 dia tu dengan tangan je. Kan ke hari Sabtu di Selangor ni tak dibekalkan plastik beg. Nak tergelak pun ada, sanggup bersusah payah mengangkut semata2 sayangkan duit nak beli plastic bag yang tak berapa sen.
Selang beberapa saat dia blah, pekerja kaunter dah berbunyi, "cakap berdegar2, beg plastik yang tak berapa sen tak berbeli." Aku gelak besar. Ku pandang budak berdua tu, kami sama2 gelak besar.
" Ha ah, cakap bukan main. Kesian orang macam tu," kataku.
"Betul2," kata budak kaunter tu.
Itu le dia drama sebabak. Mungkin hanya secebis kisah tapi cukup untuk dijadikan teladan bagi yang mahu berfikir dan bermuhasabah. Moralnya, cermin diri tu dulu sebelum mengata orang. Dan, kalau ada sedara seislam ditimpa musibah, jangan dihina, jangan dikeji, hulurkan sedikit rasa simpati. Fikirkan tak puas hati ko, memang lah nature manusia tak pernah puas hati. Hai, pakcik2 kesian aku nengokkan ko...bilalah ketam nak berjalan lurus ye? Entahlah..
No comments:
Post a Comment