Kerjaya sebagai reporter kena selalu bersedia, dalam sekelip mata boleh terlontar ke mana-mana. Tidak semestinya ke hotel lima bintang, acara karpet merah, festival meriah mercun dan bunga api bahkan kena bersedia ke tempat jin bertendang.
Kala mula mendapat assignment ke Pulau Banding, aku gelak besar. Karnival Orang Asli? Mak aih, mencabar dan menggeletek jiwa. Maaf la bos, kadang2 deria ketawa saya begitu longgar. Selalu meronta-ronta ingin menghamburkan gelak.
Bila? Alamak lusa, teringat pulak kain sebakul belum berbasuh. Maklum balik matahari tenggelam, segan pula menyentuh mesin. Walaupun bukan susah sangat kan? Sebab teknologi yang buat semua tu..hahaha apa nak buat, saya memang penyegan kekeke...
Nak jadi cerita, saya dan Su, Puan Photographer berkereta dengan cikgu ke sana. Pelik juga namanya cikgu, bila ditanya rahsia, "karang2 lah, masa makan kang kita borak panjang.." Serius, sampai ke sudah tak tahu. Jenuh berkelih, berborak bagai...(sebenarnya nak ilangkan kecut perut sebab cikgu pecut kereta 180 km/jam...jangan cikgu, saya tak puas hidup lagi..hehehe) bocor rahsia, rupa2nya cikgu General Manager for Land Matters. Tengok betapa humble nya orang, tak meninggi diri walau berpangkat tinggi.
Dipendekkan cerita ( tak mahu le cerita berapa kali berenti makan hehehe), sampai juga ke Pulau Banding. Tempat penginapan kami terletak di puncak Titiwangsa. Sangat indah anugerah alam, flora dan fauna walaupun cuaca diharap nyaman, lencun peluh jugalah kalau berlari.
Saat karnival, saya tak berhenti mengamati masyarakat asli, macam saya pula yang jakun. Baik tua mahupun muda, semuanya kaya perisa. Sangat unik dan jangan tak tau, pakaiannya aneka fesyen dan berwarna-warni.
Malu2 kala Su menghalakan lensa kamera namun sporting bila disuruh beraksi. Kanak2nya yang ampun disiplin. Disuruh berdiri, tegak le berdiri sampai ke sudah. Tidak tahu melawan. Tidak keluar suara langsung. Berkahwin seawal 10 tahun, menimang bayi kala 12 tahun dan umur 30 tahun bergelar nenek. Sayangnya, kata seorang teman, hayat mereka tidak panjang. Menjengah 40 tahun sudah menghembus nafas akhir. Jenuh berfikir: begini, makanan mesti sihat, ulam2an dan akar kayu, tiada perisa tiruan, tiada msg. Fizikal harus sihat sebab memanjat bukit, pokok dan gunung. Kenapa ye? Oh, agaknya kitaran hidup sudah sampai penghujung. Selepas menjadi nenek dan datuk, apa lagi ye? Habis lah sudah satu putaran.
Ditengok, diteliti, muda-mudinya pun macam kita, sukakan muzik dan keseronokan. Bahkan mereka ada band sendiri, dasat juga memetik gitar...fuh, macam man kidal. Seorang teman berjenaka, "mereka ni suka muzik, ada satu perkampungan yang saya pegi pasang lagu cina. Bila ditanya penghulu, tau katanya? Ah, biarlah asalkan bising..." kahkahkah...kawan saya memang boleh masuk Raja Lawak.
Kata kawan tu lagi, sekarang tak sempat, nanti datang lain kali kita masuk Hutan Belum, naik bot 2 jam, berjalan kaki 6 jam, boleh jumpa orang Asli pakai cawat..saya senyum tapi dalam hati sanggupkah saya? Tapi awas, kata kawan tu, yang ni garang, baik2 halakan kamera, kalau dia tak suka, dia akan cakap, "jangan amik gambar, nanti saya bagi sihir, keluar gambar lain..." ayo, gerun juga.
Dengar ceritanya awal tahun depan Rafflesia berbunga dan enggang berterbangan. Di Sarawak ada 9 spesis burung enggang, di Belum ada sepuluh. Saya memang teruja dengan Rafflesia. Hendak juga menyaksikan secara berdepan bunga kaya muslihat itu, mengeluarkan bau busuk macam bangkai kala mencari mangsa. Aduh banyak betul perancangan saya. Member opis beriya-iya, dalam enam orang sanggup terjah tapi saya tengah berfikir.
Pulang ke Kuala Lumpur, pertama kali bertembung sekawan gajah mencari makan. Terus snap gambar. Nanti saya postkan di sini ye, Mula2nya sang gajah tak kisah berposing tetapi semakin ramai yang berhenti merakamkan gambarnya, dia mula lari. Saya dan Su beruntung sebab si Eza ( teman rombongan karnival) dua tahun berulang-alik belum sekali terserempak, saya sekali pergi terus berjumpa.
Awal bulan depan, ke luar negara pula. Insya Allah, ke selatan Taiwan pula. Tahun lepas berkunjung ke bandar dan bahagian timur. Kali ni Selatan pula. Hehehe seronoknya, tengok gunung ganang dan pemandangan alam yang cantik dan syahdu...hisss harus le bergambar dan terus bergambar.
Saya tumpang gembira Siti, sahabat baik ke Brisbane, Australia. Tempat kerja lamanya tak pernah menghantar ke luar negeri. Di tempat baru, merasa meneroka negara orang. Tahniah Tie, rezeki kita murah di sini kan? Syukurr....
nota bawah: nanti saya letak gambar2nya..hehehe
7 comments:
ben kalau jumpa yang bercawat jgn ler lari pulak Ben...hehheh..berdebar ben nak pegi negara yang banyak kangaroo tu
waaa....bestnya uols! berjalan merata! saya selalu teringin ke asemen luar, tapi belum berkesempatan lagik. asyik2 dalam mesia je, tu pun adala sekali dua. kak ct g brisbane ke??? uiii, bestnya! rezeki...
Siti...tak lari ler, pandang je la...ala, memula berdebar, nanti ketagih plak...dengar citer Metro nak wat trip gi Korea plak this year ye...yang bestnya semua ditanggung..ayo, ikut!!!
Tak pe Za, Insya Allah, ada rezeki tu...i pun dulu mana nak sangka..dah setengah dunia gak la pegi...
Za, Tuhan itu Maha Kaya. Dibaginya itu, ditariknya ini. Jadinya, semua sama rata. Mungkin kegembiraan i macam ni, tapi kebahagiaan u pada benda lain plak...I doakan u dapat asimen yang meletup nanti ek..
amboi seronok nya kamu orang semua... tak apalah zaman akak dah berlalu... nampaknya dok terperap jelah sini..., kalau ada org jemput assingmment jauh-jauh ke luar negara pun, rasanya jauhlah nak dapat... kena pergi belanja sendiri pulalah nampaknya..
salam ben,lama xjengah sini :) sibuk ngan biz karipap frozen n facebook! hehehe
Wah, patut le lama senyap...aktif awak ye...saya sokong semangatb juang awak ni..semoga berjaya..ti bleh le beli karipap awak ye..saya ni hantu karipap tau
Post a Comment