Roha senyum manis berlatarkan hiasan Espana (Spain). Kata Roha ini kenangan kerana selepas ini kami semua akan berpindah tempat duduk huhuhu sedihnya..
tengok jersi dan kepala gergasi Maradona tergantung tu...sebatu dah nampak...maaf ye visual gelap sikit...
Nazmi dan team Germany nya...nampak tak pintu gerbang felda di belakang tu hahaha ala gurau jer
alahai halus2 tulisan dibuatnya encik Azli ni...tenggelam dek rambu-ramba..tapi tak leh cakap lebih2, demam lagi si arkitek ni.
Kunun2 tengah tekun menghias la ni...tengok Zaidi, apa yang dibelek tu. Kak Nab, ewah2 giat mengusik si Zaidi ni
Aku, Zaidi, Abang Azis (berdiri atas meja) dan Kak Nab sedang tekun membuat persiapan tetapi macam biasalah tetap ada masa nak pose
Aksi Nazmi menjulang piala...ala2 Guru Besau baru lepas meraikan kejayaan pasukan bola sepaknya menang game peringkat daerah plak...
Piala dunia dah bermula. Tapi, di sini demamnya sebulan lalu apabila setiap desk diberi satu team, kemudian perlu dekorasi ruang kerja berpandukan team. Maka, semaraklah bilik berita dengan jingga Belanda, biru lembut berselang putih Argentina, Merah-putih- biru France dan sebagainya.
Desk Berita Minggu, HIP (hiburan) dan Ekonomi berkongsi pasukan Sepanyol. Oleh kerana Azli Ayob pandai bab hias-menghias ni kami lantik dia jadi 'arkitek'nya. Maka, sakan lah kami berhias. Meskipun, agak 'ketinggalan keretapi' berbanding desk lain tapi bila dah siap...hah, ambik kau, dah macam kelab malam kat Spain sana nun. Itupun belum lengkap lagi kerana khabarnya sedikit masa lagi akan dibawa masuk 'matador', lembu naik minyak dan hah, Zorro pun ada. Tapi dalam rakaman program tv Nasi Lemak Kopi O esok (entah masuk entah tidak) dah tentu2 lah Cik Mat menjadi Zorro sekali gus merangkum maskot kami.
Ada lah dua tiga gambar yang sempat aku postkan di sini. Aku belum berkesempatan mengambil gambar team Belanda lagi yang sangat happening dengan kincir angin, mural pemain bolanya, segala banner berjurai dan sebagainya...nantilah, ada masa aku tunjuk kat korang. Aku sempat snap gambar team kami Spain membuat persiapan yang ala2 lokasi kelab malam hahaha, Germany (ada pintu gerbang Felda ( ini menurut Abang Azis) dan kepala gergasi Diego Maradona dari jauh..hehehe jom tengok
2 comments:
bestkan ben..terasa meriah sangat dan rasa keakraban dgn kawan-kawan yang lain. Semangat berpasukan sangat..kalau kat tmpat lama kita tak merasalah beginikan...
meriah aku tengok tempat ko..jingga mataku..huhuhu..
lagi satu tie, dorang ni buat betul2 kan..alang2 menyeluk pekasam orang kata...effort dorang ni kita tak pernah tengok kan tie? aku memang sangat2 terkejut tau...ko Germany ek...jelesnya aku...hehehe team pujaan aku tuh
Post a Comment