Semalam, saya berjaya mengkhatamkan 'Menunggu Cinta Tuhan' karya, kawan, kakak dan saya anggap idola, Lily Haslina Nasir. Lain benar sentuhan kak Lily kali ini, maklum sebelum ini dikenali dengan novel kreatif, sastera dan komersial. Untuk yang ini, genre pilihan kak Lily nampaknya lari dari kebiasaan.
Sekalung tahniah saya ucapkan kerana Kak Lily berjaya meneroka satu lagi cabang penulisan dengan baik. Berjaya membuatkan saya menghadamnya sehingga ke nokhtah terakhir. Menyusurinya, saya dapati dan makin berpegang kuat bahawa hiburan dan agama tak pernah sekufu, tak pernah selari jauh sekali berjabat tangan menghulur persahabatan.
Secara jujurnya dan mengikut pengalaman kerja yang tak seberapa, dengan rendah dirinya saya terpaksa mengaku bahawa saya sepemikiran dengan Azrul Rasyid (watak heronya). Maaflah, mungkin saya tipikal journalist tapi sememangnya pembaca di Malaysia terutama yang terlalu meminati pojok hiburan tidak akan dapat menerima pembaharuan yang dibawa Khalida Atikah. Saya bercakap berdasarkan realiti. Dan, kalau saya jadi Azrul agaknya amuk saya lebih lagi. Bukan setakat membaling kertas ke muka, saya rasa ingin mendenda dia duduk diam2 bawah meja (hahaha...dun worry, saya tak sekejam itu).
Saya tertanya juga, kenapa Khalida tidak mahu mengukur baju di badan sendiri. Kalau sudah tahu, bidang itu tidak sesuai dengan jiwa, kenapa membenarkan diri terjebak. Peliknya, saya mahasiswa usuluddin hendak menceburkan diri dalam bidang yang kami2 di sini pun kalau boleh nak elakkan. Dan, kalau sudah tahu risiko yang bakal dihadapi, kenapa harus berumah di tepi pantai. Bukankah kerja amanah? Kalau bos menyuruh dan siap dengan alasannya, kenapa tidak dituruti mengikut akal munasabah?
Apabila Azrul menengking dan menghamun Khalida, entah kenapa saya turut bersorak gembira. Dan, saya kesian juga kepada si minah ini yang pakaiannya gedoboh sentiasa serta muka polos solekan. Kenapa begitu? Bukankah ada alternatif lain menutup aurat, kenapa tidak memakai seluar slack dan blouse lengan panjang. Atau paling tidak, salut tubuh dengan kot. Kami sebagai wartawan akhbar Perdana memang tidak digalakkan berpakaian terlalu menggiurkan pun tapi paling tidak diwajibkan kemas, rapi, presentable dan sedap dipandang. Dan, kalau berbaju kurung pun, masih banyak lagi potongan yang boleh diteroka, baju kurung kedah, mini kurung, leher cekak musang, kurung moden, kurung pahang dan sebagainya. Berbaju kurung bukan bermakna lekeh tetapi kalau kena penggayaannya, boleh dibawa ke majlis rasmi. Dengan syarat bersolek lah sikit, bukan seharusnya berdandan smokey eyes segala tetapi memadai sekadar solekan nipis menghindar polos dan pucat. Cukup sekadar menaikkan seri muka. Tidaklah nanti Pak Menteri dan selebriti memandang sebelah mata dan menjawab pun hendak tak hendak. Bukan untuk memikat ye tetapi menyenangkan kerja. Itu saja nawaitunya.
Penulisan berita dan majalah juga berbeza2. Demikian penulisan pojok hiburan untuk akhbar perdana yang sangat berlainan dengan akhbar nyamuk. Namun, tidak seperti penulisan rencana yang bertunjangkan pengalaman sendiri, penulisan untuk akhbar harus tepat, ringkas dan padat. Pendekata, isinya tidak harus bersifat tarbiah dan bersyarah tetapi memberitahu. Dalam hal ini, kalau saya jadi Azrul pun, saya hangin satu badan membaca ruangan Teluk Bergendangnya. Bukan apa, dalam sekian banyak para, hanya separa saja yang boleh terlalu pakai. Lagi satu, gossip sebenarnya tidak bersifat terlalu umum tetapi bertujuan memberitahu secara tidak langsung. Justeru, ada fakta dan bersifat sahih, jika mereka2 saja, alamat menunggu surat saman la...Untuk majalah, penulisannya mungkin bebas dan bersifat naratif namun untuk akhbar yang sangat minimun dan mahal kolumnya, menulis harus telus dan terus ke pucuk pangkal.
Tapi, Kak Lily, memanglah...dari segi olahan kata dan susunan ayat, dia memang nombor satu. Bukan calang-calang orang dapat menanding. Membaca dia menggambarkan keadaan cuaca pun, saya sudah boleh melayang ke langit ketujuh. Ini memang kekuatan Kak Lily. Dan, apabila dia menulis mengenai kemarahan Azrul yang berapi2 itu, emosi itu terus menyeludup masuk dalam diri saya. Begitu juga, sewaktu dia berkisah mengenai kebebalan Khalida, saya turut menyumpah sama , "Hisss, apa lah bangang sangat minah ni..." Saya jadi hilang sabar. Bagai saya pula di tempat Azrul Rasyid.
Ketika Kak Lily memperihalkan mengenai sihir, saya jadi seram dan gerun. Jampi serapah dilagukan bagaikan benar-benar hidup alam nyata. Saya jadi ngeri membayangkan mangsa teraniaya muntah darah, perut membusung dan sebagainya. Kak Lily memang pintar menyentuh emosi dan menambah penghayatan pembacanya.
Saya harap Kak Lily terus menulis novel2 islamik. Percubaan pertama ini sudah cukup baik, cuma tambah lagi rencahnya di masa hadapan. Dan, saya akui sebagai peminat nombor satu novel2nya, saya memang sentiasa ternanti2kan sentuhan terbaru Kak Lily. Semoga terus menyentuh hati saya ye. Syabas sis!
Tuesday, November 24, 2009
Saturday, November 21, 2009
Selamat menulis untuk diri sendiri
Sabtu beriringan hujan gerimis. Hari ini assignment saya 'manja-manja' saja. Di Kraftangan, Jalan Conlay. Selesai ucaptama Ketua Pengarah, kami wartawan bertaburan pulang. Tak ramai pun, kebanyakannya dari radio. Hanya saya sorang wakil akhbar. Tak ada press conference (pc) pun.
Balik pejabat, singgah di cafe pula joint rakan-rakan bergossip. Seronok tak sedar waktu berlalu sedangkan story belum bertaip. Hai apa nak jadi? Ala, sekali-sekala melepak apa salahnya kot lagipun cuma melepas lelah seketika. Memandu di kotaraya tau sajalah. Bukan letih menekan pedal tetapi lesu membebel sorang-sorang. Nak-nak lagi yang habitnya memotong namun malas memberi signal. Kalau macam tu, tak perlulah kereta dilengkapi signal, kalau tak reti-reti nak gunakan. Belum lagi pemandu kurang adab yang suka 'mencucuk' kita, siap bagi high beam. Hiss kalau yang macam ini, mati hidup balik aku takkan ketepi sebaliknya sengaja memandu perlahan. Entah apa nak dikejar di jalan raya memang sedia jam. Oh, cerita pasal tabiat memandu orang Malaysia memang sakit kepala, masing2 hendak menunjuk belang. Macam dia seorang membayar road tax.
Di bilik berita keadaannya tenang-tenang saja. Yang assignment pagi dan tengah hari giat menyiapkan story. Berdetuk-detak papan kekunci diselangi deringan telefon, mesin cetak dan sayup-sayup bunyi televisyen, irama biasa menjelang petang. Menyedari itu, aku pun harus sama mengikut rentak, hanyut mengarang berita untuk keluaran esok. Walau tiada jaminan mendapat tempat di dada akhbar, tugas harus disempurnakan sebaik mungkin. Selamat menulis untuk diriku :)

Tuesday, November 17, 2009
The Time Traveler's Wife
poster Filem
Cover Novel
Selepas demam Joe Odagiri, saya teruja dengan novel The Time Travel's Wife karya Audrey Niffenegger pula. Sekarang ini sudahpun diabadikan dalam bentuk filem dan sedang ditayangkan di pawagam. Tapi, saya membeli novel ini bukan kerana terpengaruh dengan filem berkenaan (tengok pun belum) sebaliknya buku setebal lebih 500 halaman ini dicadangkan seorang kawan. Kerana luas pembacaannya dan dalam penghayatannya, saya bergegas ke MPH mendapatkan senaskah novel ini.
Hakikatnya, saya belum berhak mengulas dan memberi komen kerana novel ini baru separuh dibaca. Belum khatam. Hanya, saya ingin kongsikan di sini ialah penyampaiannya sangat tulus dan berkesan. Selain Audrey sangat kreatif bermain dengan kronologi waktu sementara babak romantis digarap dengan begitu terhormat. Tidak ada rencah panas dan hangat seperti Julie Garwood, Judith McNaught dan sebagainya, sebaliknya ceritera cinta Henry dan Clare dibina menerusi ketulusan, perasaan saling menerima seadanya dan kerana cinta itu berbilang rupa dan perisa.
Sepanjang separuh halaman saya membaca, saya dapat menyelami kesengsaraan Clare bersuamikan Henry yang tidak pernah menetap lama di sesuatu tempat. Saya terkesan dengan satu bab ketika Henry dan Clare sama2 menyanyi. Clare di bilik berdandan sementara Henry di dapur sedang menyiapkan makan malam ( di sini Henry sangat romantik dengan caranya sendiri, dia menghargai Clare yang memang jahil memasak bahkan dia menunjukkan kasih sayangnya melalui hidangan disediakan khusus dinikmati isteri tercinta).
Berbalik kisah tadi, tiba-tiba Clare menyanyi seorang diri, tidak ada paduan suara Henry. Sebagai isteri yang amat memahami dia tahu Henry sudah mengembara entah mana tahun, negeri dan entah bagaimana situasi. Yang dilihat selambak pakaian di lantai.
"Saya tahu dia sedang ada di mana-mana. Saya tidak bimbang kerana itu resamnya. Tetapi saya gusar dia mendapat kesusahan setiap kali pulang semula ke sisi saya. Hati saya terdera setiap kali dia pulang dalam keadaan luka2 dan tidak terurus. Saya sayangkannya dan saya tidak mahu sesuatu yang buruk menimpanya" Bisik Clare selalu setiap kali Henry menghilang.
Dan, saya harap saya dapat menghabiskan pembacaan saya malam ini. Saya tidak sabar untuk mengetahui kisah cinta unggul Clare dan Henry. Betapa cinta itu buta apabila Clare saat 5 tahun jatuh hati dengan Henry yang berumur 38 tahun. Malah, Clare pernah terserempak dengan Henry berusia 8 tahun kala dia berusia 32 tahun. Dan, kala Henry berumur 28 tahun, hati Clare lebih bergetar dengan ketampanan Henry. Begitupun, kala Henry menjengah Clare sewaktu berumur 40 tahun dan Clare muda belia 18 tahun, cinta dan perasaan Clare tetap sama. Tidak sedikit berkurang pun dengan penampilan Henry yang mula disinggah kedut dan rambut sedikit memutih. Peningkan..tapi bila baca, pasti terkesan dan susah hendak berhenti.
Saya melihat poster Henry dilakonkan Eric Bana dan Clare; Rachel McAdam. Baru saya tengok semalam. Kata Fiza, Ethan Hawke lebih sesuai, ya saya harus bersetuju kerana susuk tubuh Henry digambarkan kurus dan ada campuran darah Italy. Tapi, kerana saya tamak, saya pilih Josh Hartnett hehehe...takpun, hendak lebih dramatik dan membuat saya terpaku di depan layar, sebaiknya Henry dilakonkan Daniel Henney. Joe Odagiri? Oh tidak, lain jadinya...nanti saya tak paham jalan cerita sebab asyik menatap wajah heronya...
Apapun, saya ingin menonton filem ini. Saya ingin lihat sejauh mana ia lebih hebat berbanding novelnya...mungkin minggu depan kot :)
Thursday, November 12, 2009
Tokyo Tower: Mom and Me, Sometimes Dad
Tokyo Tower: Mom and Me, and Sometimes Dad- movie Jepun ni aku beli di Singapura, tertarik setelah membaca sipnosisnya berkenaan hubungan ibu dan anak, kerana filem ini memenangi 13 anugerah di Festival Filem Jepun dua tahun lalu dan ehem biasalah tampang heronya yang macho dan manly itu kukira hehehehe..
Permulaan cerita, filem ini sama juga seperti filem2 lain sebelumnya yang dibentuk berpandukan realiti zaman kegawatan. Jepun sama ragamnya dengan negara lain yang dihimpit kemiskinan; institusi keluarga berantakan, suami tertekan menjadikan isteri tempat melepas geram, anak tersepit dengan perbalahan keluarga, suami pulang rumah mabuk2, tidur tak kira tempat dan semuanya adegan2 memualkan. Bagusnya, Eiko, isteri yang berani dan bukan isteri yang mudah diperkotak-katikkan. Peristiwa dia menghentak suami dengan kayu membuatkan sang suami serik seumur hidup.
Babak seterusnya, menyaksikan Masa membesar bersama ibu dan kadang2 mengunjungi bapa yang hidup bersama pelacur2 kelas bawahan. Bagusnya, Masa anak yang tak banyak kerenah dah jarang menyusahkan keluarga. Pernah juga dia mengikut ibu yang terpaksa menyara hidup menjadi GRO. Mungkin kerana usia yang masih mentah, Masa tidak pernah merungut, cuma sesekali dia gentar ditinggalkan ibu yang kadangkala mengikut lelaki pulang.
Menjelang remaja, Masa menjadi terlalu bergantung dengan ibu, terlalu akrab hinggakan perlu ditemani ke sekolah. Hanya setelah remaja dan berdikari, Masa pandai mencari takdir hidup sendiri. Namun, yang meruntun hati tentulah pengorbanan ibu yang membanting tulang mencari wang menyekolahkan Masa. Walau adakalanya Masa terbabas, hanyut dengan keseronokan hidup, alpa dengan tanggungjawab hingga tidak lulus periksa, ibunya tetap senyum. Baginya, Masa tidak ada dua tiga.
Ketika Masa tersedar dan bangkit semula membina kerjaya, malangnya Eiko pula mengidap kanser. Kerana kasih terhadap ibu menggunung, Masa membawa ibu tinggal bersamanya. Bermulalah kembali detik Masa bersama ibu, berkongsi cerita, berkongsi derita.
Sungguh filem ini memang mengharu hati. Sentuhannya luar biasa dan bisa mengalirkan air mata. Paling aku tidak tahan satu adegan Masa berbual kosong dengan ibu.
Masa: Ibu tak ada simpan harta? Tidak ada tanah di kampung.
Eiko tersenyum dan mengeluarkan sekeping sijil yang dibingkai cantik dari bungkusan kain.
Eiko: Inilah harta ibu, ini pelaburan ibu (sambil menunjukkan ijazah Masa... yang akhirnya dalam genggaman setelah dua tiga kali gagal dan menangguhkan pengajian)
Masa terkedu dan menunduk.
Banyak lagi adegan menyentuh kalbu, termasuk Masa berbaring di sebelah mendiang ibu, memeluk mayat ibunya. Dan satu lagi, adegan tidak boleh lupa ialah ketika Masa menerima panggilan dari editor menyuruhnya menghantar artikel segera.
Editor: Masa, awak belum hantar artikel.
Masa: Ibu saya baru meninggal pagi tadi.
Editor: Ya, saya tahu takkan kami hendak print lembaran kosong. Saya minta maaf, tapi awak kena hantar juga artikel.
Masa: Cuba awak fikir, bagaimana saya hendak menulis di depan mayat ibu saya? Macam mana fikiran saya boleh tumpu pada kerja sedangkan ibu saya terkedang depan mata.
Editor: Awak kena fikir juga macam mana caranya.
Masa memutuskan talian dan menangis. Sejurus, muncul bayangan ibunya ketika muda, minta Masa teruskan hidup dan bertanggungjawab terhadap kerjanya.
Ketika ini, aku bayangkan aku. Agaknya dengan tugas aku sekarang, nak nazak pun kena hantar bahan agaknya. Seorang kawan fotographer pernah berkata kepadaku...agaknya nak matipun kena heret kamera jugak Bennie. Kena edit gambar dulu. Selesai semua baru boleh mengucap.
Kepada yang ingin mendalami kasih ibu. Dahagakan cerita menggambarkan realiti hidup, carilah cd atau dvd ini. Mana tau kot2 ada dijual di sini...saya jamin selepas ini pasti perasaan sayang pada ibu makin mendalam dan meronta2 hendak balik kampung. Selamat menonton

poster filem
Joe Odagiri
Tuesday, November 10, 2009
Kalau belum ajal...
Selesai sudah kunjungan kali kedua ke Singapura. Kali ini destinasinya lebih meluas, hampir seluruh pelusuk Kota Singa itu diterokai dari Park Quay, Orchard, Kampung Glam, Arab Street, Geylang Street, Sentosa, Esplanade dan macam2 lagi. Kiranya memang betul2 berjalan sakan le orang kata.
Namun, tak payah le kuceritaku itu semua. Biarlah tersimpan kemas dalam lipatan hati. Rasanya, siapa yang pernah dan selalu berkunjung ke kota itu maklum bagaimana sifat penduduknya, macam mana aliran trafik bandarnya, apa daya tarikannya kan...cuma kali ini, aku membuat kesimpulan..orang di sana banyak 'tenang'nya. Maksud di sini, adakalanya bersikap kau, kau, aku, aku dan dua tiga kali jugak aku menggaru kepala dengan servicenya yang ala2 siput berjalan tu. Maaf ye, lain orang, mungkin lain pengalamannya. Bahkan, yang bernasib baik memang tak mengalami pengalaman macam aku ni.
Hanya kali ini, kurang lelah sikit kerana ke sana dengan kapal terbang. Yang buat aku sesak nafas juga bagai nyawa di hujung tanduk membabitkan insiden cemas penerbangan pulang ke Kuala Lumpur. Ketika bertolak dari Changi Airport, hati sudah tidak enak. Sewaktu kapal terbang membuat sepusingan di landasan sebelum take off, 'jiwa' yang sudah berada di Malaysia ini berdetik, "kenapa lambat sangat?" Panjang landasan bagai serasa bagai Bangsar ke Midvalley. Tapi dipendamkan juga. Li Shian (wartawan KOSMO) beberapa kali membentak, marahkan anak Arab dan Mat Salleh yang melalak sabung-menyabung di kerusi depan. "Huh, macam kucing bergaduh,"gumamnya. Aku senyum sebaris, redakan jiwa yang gelisah dan badan kian melekit dek kepanasan 30C kota ini. "Cepatlah sampai KLIA, aku nak cium lantai airport,"gurauku meredakan kegelisahan.
Lebih kurang setengah jam di udara, dek kerana cuaca buruk, kapal terbang teragak-agak hendak mendarat, Kulihat kelompok awan bagaikan kawasan perbukitan ladang teh Cameron Highland. Tebalnya. Bahkan, sesekali kapal terbang tersengguk-sengguk meredah awan. Laut Port Dickson sudah terlihat di sebalik
serakan awan, nampak segala kapal layar, hotel, teluk dan dermaga tetapi belum kedengaran lagi pengumuman pilot. Selalunya 15 minit sebelum mendarat penumpang sudah dimaklumkan mengenai latitud dan longitud kapal terbang, keadaan cuaca dan destinasi mendarat.
Anak mat salih dengan arab terus melalak. Oh, saat ini tiba-tiba aku rasa ingin meluru ke depan, bagi sedikit mukadimah kepada ibu-bapa mereka mengenai penjagaan bayi. Entah dari mana aku bagaikan tahu serba-serbi ilmu parenting.
Kemudian kulihat ladang kelapa sawit hampir depan mata. "Dah nak landing ni..." beritahuku kepada Syairi, reporter Sinar Harian. Dia ni memang penakut tempat tinggi. Dari tadi senyap tak berkutik. Hampir mencecah tanah, pesawat naik semula ke udara dengan kelajuan paling maksimun. Bergegar kokpit kerana kelajuan mengejut itu. Sejurus kemudian pilot mengumumkan kerana cuaca buruk, pesawat tidak dapat landing. Selama hampir dua puluh minit berpusing2 di udara...sekejap di udara KLIA, sejurus kemudian berpatah kembali ke Laut Selat Melaka. Apa dah jadi ni? Semua orang sudah panik dan diam. Masing2 sedia maklum hidup-mati mereka diserahkan kepada kebijaksanaan pilot. Li Shian terlentok di tingkap, aku membaca ayat kursi sebanyak mungkin, berharap segalanya berkesudahan baik. Cuaca di luar terlalu buruk. Ini yang kurisaukan, takut berlaku pelanggaran dengan kapal terbang lain. Kemungkinan lain, minyak kapal terbang tidak mengizinkan kami mendarat di KLIA. Lebih gentar apabila melihat kelibat pesawat lain terbang beriring dengan kami, sangat dekat. Mungkinkah dia juga terhalang oleh cuaca buruk.
Selama setengah jam berputar, akhirnya pesawat kami kembali ke langit KLIA. Dan, setelah dua tiga kali dilambung cuaca buruk, akhirnya dapat juga mendarat di landasan walaupun tidak lancar, syukur segalanya selamat.
Ketika keluar menuntut bagasi, tertangkap serba sedikit butir bicara peramugarinya dengan kakitangan air port, "Pilot silapm kiraan, dia ingat landasan, rupa2nya jalan raya, itu yang full force naik ke awan." Mak ai, terkedu aku, ingatkan betul2 cuaca buruk, rupanya kelalaian pilot. Nasib belum ajal, kalau tak tinggal nama je la...Syukur pada Tuhan kerana memberi peluang aku melihat dunia.

Subscribe to:
Posts (Atom)