Matahari sepicing di dada langit. Dalam sedap menganyam lena, berbungkus dalam selimut, handphone di hujung kepala melagukan suara gemersik Micheal Jackson. Dalam terkulat2 dan setengah mamai kugapai jua dan mula membaca "Ben, boifren ko Stephen Gately meninggal semalam,"mesej dari Fiza. Melayang segala rasa mengantuk yang bersisa.
Mungkin ada yang menganggap aku jenis berlebih-lebih. Korban di Padang memakan ratusan pun jiwa aku tidak serusuh ini. Perasaan aku tak sesayu ini...kenapa mendengar kematian individu yang tak pernah kukenal, aku boleh jadi segawat ini. Walhal aku bukan le jenis peminat yang terlalu fanatik.
Semuanya kerana sejarah, semuanya kerana kenangan zaman remaja. Kadang2 terfikir juga, kenapa aku selalu hanyut dengan kenangan ye...zaman kanak2 dibungai kenangan mengagumi Raja Ema. Ketika remaja asyik dibuai lagu-lagu Boyzone dan terbuai dengan kekacakan lima anak muda, Ronan, Shane, Mikey, Keith dan si baby face Steve. Kemudian, hati nurani berkata, apa salah mengingat kenangan kerana memori dulu membentuk hidup hari ini.
Kembali semula ke kenangan menggilai Boyzone. Bermula dengan hits mereka 'Love Me For A Reason', aku tidak jemu mengikuti perkembangan kumpulan ini. Boyband memang silih berganti, bagai cendawan tumbuh tapi tidak semua berjaya menawan hati. Munculnya hanya sesekali...Sebelumnya Take That kemudian New Kids On The Block dan sezaman dengan Boyzone, Backstreet Boys dan The Boyz.
Aku meminati Boyzone kerana bakat, rupa (aku jujur di sini ye) dan sejarah mereka bermula dari pekan kecil di Dublin, berusaha keras hingga mendaki puncak kegemilangan. Dalam banyak2 aku suka melihat Steve. Rupa babyfacenya itu sangat jujur dan naif. Keletahnya di pentas manja dan menghiburnya. Malah, pernah aku memasang angan-angan bertemu jejaka secomel dan sehebat Steve....hahahaha...seronok kan kenangan lama. Betapa simplenya anganan seorang remaja berusia 14 tahun kan...
Kemudian realiti menjengah. Di saat dia mengumumkan status gaynya, baru ku mengerti, hati dan perasaan manusia mudah terpesong. Perjalanan manusia tidak selamanya di landasan lurus. Pun, aku terus mengikuti perkembangannya, album dan cdnya tetap ku beli....dan aku terus menjadi penggemar lagu2 mereka.
Sampai satu saat di universiti, kala bergelar tomboy, kalangan rakan asrama ada yang menggelarku Steve. Mula2 sekadar usik, lama-kelamaan melekat. Hingga ada yang menoleh dua tiga kali kala nama itu dipanggil mereka di dewan kuliah, foyer library dan di mana saja. Sampai satu saat, aku hanya menoleh apabila nama itu dipanggil bukan nama asalku....bukan itu saja, segala surat menyurat dikirim mereka ke rumah, juga menyertakan nama itu...sampai mak aku bising "nama apa la yang kau pakai ni....konpius posmen tau.."
Hehehe....syoknya mengingati kenangan lalu. Manisnya saat itu, ketika belum dibebani dunia dewasa yang penuh tanggungjawab dan liku cabaran. Itu sebabnya aku sedih, kematian Stephen Gately bagaikan memadamkan sebahagian kenangan remajaku. He's die too young, too soon. Mungkin pada orang lain, peduli apa namun buat peminatnya, dia sukar dicari ganti...hahaha emo pula Steve celup ni...to Nurul Ro, Ana Kev, Intan AJ..u know who u are...rindu betul le ngan korang....