Kenapa entry ku bukan main jiwang karat akhir2 ini...entah la ek...mungkin kerana hormon ku sedikit beralih ke paras kurang normal, mungkin kerana gangguan fikiran yang melampau..mungkin kerana aku kehilangan insan tersayang baru-baru ini (walaupun berita kematian nenek kuterima setenang mungkin tapi secara perlahan ia makan di dalam)..
Aku rasa bersalah kerana tidak mampu meratap lama peninggalan nenek. Aku terkilan namun aku cuba redha dengannya. Aku rasa sedih, sayu namun aku cuba tidak meratap hiba.
Hakikatnya, sedari kecil arwah nenek begitu menyanyangi aku. Sayangnya kukira melebihi cucu2 yang lain. Maklum, aku satu2nya anak yang tidak menetap dengan orang tua. Sesekali aku berkunjung ke rumah orang tua ku, air mata nenek pasti bergenang dan berlinang menerima kedatanganku. Selalu aku naik segan apa dikucup seluruh muka dan dipeluk erat bagai tidak mahu melepaskan.
Sepanjang di rumah ibu-bapaku, nenek melayanku seperti puteri raja. Sebut saja apa makanan yang teringin dijamah, pasti nenek berusaha mengadakannya. Malah, aku yang dipanggil dulu mengadap hidangan disediakan.
Kala mahu pulang ke Kuala Kangsar, sekali lagi air mata nenek berlinang. Nenek tidak pernah lupa menyelitkan wang saku ke dalam poketku. Paling sedikit RM50. Bagi kanak-kanak berumur ranum (ketika di sekolah rendah), wang pemberian nenek ku rasakan sangat lumayan. Dengan wang itu, aku membeli bermacam2 benda yang aku hajati...
Sebelum melangkah masuk ke kereta abah, sekali lagi nenek mengucup seluruh wajahku seraya berbisik ,"datang lagi..jangan lupa nenek". Walaupun, masih budak2, jauh di sudut hatiku merasa hiba juga. Limpahan kasih sayang nenek membuatkan jiwaku sebu, hati ku pilu.
Sungguhpun memecut pulang namun aku tidak dapat menatap wajah akhir nenek. Aku cuma terlewat sepuluh minit. Sewaktu kereta menjejak rumah keluargaku, jenazah nenek baru selesai disemadikan. Aku memutuskan untuk tidak turut ke kubur. Aku tidak mahu menatap tempat nenek bersemadi. Aku tidak mahu sekadar merenung tanah merah kuburan nenek. Seboleh mungkin aku singkirkan rasa terkilan. Seboleh mungkin aku tidak mahu menganggap nenek tidak ada dan aku tetap akan terus bertemu dengannya apabila pulang ke Kampar..aku akan terus merenung mata sayunya ketika merenung aku. Aku mahu terus disayangi dan dimanja nenek...(bayangkan walau sudah bekerja, nenek tetap ingin menghulur duit kepadaku)...Dan, kali terakhir aku menghulur wang poket padanya, nenek menangis sungguh2...mungkin nenek tidak percaya cucunya ini sudah besar. Mungkin di mata nenek, aku masih kanak-kanak kecil yang asyik bercerita dan bermain dengan adik2 kala berkunjung ke rumah orang tuaku...
Nenek sudah tiada, yang tinggal kenangan manis dibawa ke mati. Insan yang menyayangi sepenuh hati sudah pergi, membawa kasih sayang itu ke liang lahad. Aku sedih, sangat sayu, sangat pilu namun aku cuba jadi kuat kerana aku tau hidup perlu di teruskan.
Kepada nenek Saadah...bersemadilah kau dengan tenang...sampai bila2pun aku akan tetap menjadi cucumu... sampai bila2 pun aku tetap mengasihimu...sampai bila2pun...
Thursday, May 28, 2009
Tuesday, May 26, 2009
Kerana aku wanita...
Sedap sungguh namaku apabila diserunya...serasa aku pemilik empunya nama Tun Teja dan Tun Fatimah (hatta biar dieja sekalipun tidak pernah ada titik temu antara keduanya....aku jelmaan gaya hidup Barat....dua tokoh tersohor Melayu lama ini mewakili sopan santun ketimuran)...
Sewaktu berbual dan bertentang mata, aku hanyut di dalam lembutnya tutur kata di sebalik wajah kemerahan menahan malu. Aku seperti Hang Jebat yang merangkai kata cinta buat dewi pujaan hati. Seperti Hang Tuah yang menawan sukma dengan budi bicara berkias namun menyentuh naluri.
Aku dan dia ibarat langit dan bumi. Aku dan dia seperti si Bongkok Tanjung Puteri mengidam puteri idaman. Aku ibarat Juliet yang menanggung lara gara-gara dihalang bersama Romeo belahan jiwa. Aku ibarat Qais yang tidak pernah jemu mengingati Lailanya...Aku ibarat hikayat dongeng 'Mimpi Di Pertengahan Musim Panas ( A Midsummer Dreams ) karya agung Shakespeare.
Namun, aku tidak peduli...kerana aku berhak bahagia. Kerana aku berhak sekali lagi mengecapi manisnya cinta. Kerana aku wanita moden yang ingin melorek hidupnya dengan percikan warna kasih sayang, diadun di atas kanvas kehidupan. Untuk dia, aku akan terus mencuba. Kalau bukan kerana dia pun, aku akan terus mencuba...aku akan mencuba dan berdoa. Amin.

Saturday, May 23, 2009
Pohon melayang ke langit ke tujuh
Guruh berdentum di langit senja,
Lebat hujan di mukim hati,
Mana ingin ku bawa lara,
Selumbar jiwa, ditusuk belati,
Hari berganti, musim bertukar,
Apa dikenang memori lalu,
rentetan rutin perit dan sukar,
Jangan dipandang sekali lalu,
Pergilah walang, nyah lah bimbang,
Usah bertakhta di kerajaan jiwa,
Turutkan hati ingin kuterbang,
Membuang sengsara, menyebar tawa,
Episod hidup diteruskan jua,
Tamatnya kisah berakhir riwayat,
Biar letih, biar sengsara,
Gigih ditempuh sepanjang ayat,
Duhai Maha pengasih lagi penyayang,
Limpahkan kurnia, penebus derita,
Kembalikan ria, pulangkan riang,
Bahagia hingga menjengah syurga,
Moga tabah terus bertambah,
tidak seperti daki di kulit,
Bangun segera, jangan rebah,
Kudoakan bahagia sentiasa mengulit,
Moga dikabulkan Tuhan, Harap diberkati Yang Maha Esa, Semoga esok menjanji bahagia...
Friday, May 22, 2009
Kasih ku padanya....
Aku suka dia,
Telah lama tunas rasa ini tumbuh,
Dan akarnya menyusup jauh ke dasar hati,
Merekah tanah, berkisar kerikil,
Secara senyap aku menghimpun bahagia,
Belum terungkap rasa dan jiwa,
Belum bermula kembara hati,
Dengan Izin Aza Wajalla,
Mungkin air ke muara,
Mungkin basah tanah yang tandus,
Mungkin berputik semula mawar berduri,
Mungkin terjawab persoalan hati,
Jangan dibunuh tunas rasa ini,
Jangan dicantas benih cinta,
Biar ia hidup untuk beribu tahun lagi,
Biarpun abad silih berganti,
Biar roboh tembok Cina,
Biar bergegar kota purba Machu Pichu,
Sungguhpun, ketamadunan Atlantis bersua lagi,
Satu kupinta,
Jangan ragut kasihku ini,
Jangan direnggut bahagiaku ini,
Kerana aku amat memerlukannya.

Thursday, May 21, 2009
Selangkah ke alam mistik
Dah lama juga tak menulis blog ni rasanya...hanya sempat membaca nukilan kawan-kawan..sedangkan mood untuk menulis memang tak ada....
Banyak betul peristiwa dan kejadian yang berlaku pada aku baru-baru ini. Semuanya yang buruk2 dan bermula dari mimpi ngeri jam 3 pagi. Di situ, diberikan petunjuk supaya masalah ini diselesaikan segera. Sekarang, ikhtiar masih berlangsung dan aku harap diberikan kekuatan menghadapi semua ini.
Kejadian yang menimpa ini sedikit sebanyak mengubah pandangan dan tanggapan aku terhadap sesuatu perkara. Kalau sebelum ini, kuibaratkan ia sebagai angin lalu dan lelucon seram2 seronok tapi kini aku melihatnya dengan pandangan yang lain. Baru aku tahu benda itu ada dan sentiasa mencabar serta menggugat ketenteraman kita. Tapi, aku macam biasalah...kadang2 cuba meng'komik'kan cerita itu (pengaruh komik la ni...dasar hantu komik)....seboleh mungkin aku cuba menukarkannya kepada ilham dan idea lawak. Macam nak tergelak tapi bila terbayangkan wajah2 ngeri yang bersimpang-siur, mula la aku menyeringai takut. Yang pastinya, dia berjaya takutkan aku yang suka menonton filem Pocong Indon tetengah malam buta dalam lampu terpadam...hahaha....nak sangat...dapat yang 'live'...bersiaran langsung dari rumahku...baru tau langit tinggi-rendah.
Sekarang, aku belajar, kita tak boleh terlalu berani. Parking kereta di tingkat 17 opis, kemudian memandu turun jam 10 malam, malam khamis...apakah tandanya aku ni berani orangnya? Ye, itu perkara biasa....apa nak hairan...tapi masih juga anda sanggup sekiranya dimomokkan dengan cerita cleaner Indon pernah bunuh diri di tingkat itu suatu ketika dulu? Dan, apabila ko tiba di tempat itu, hanya tiga biji kereta saja yang tersadai...
Aku tak kata aku ni berani dan juga mengaku yang aku lemah semangat. Pengalaman sebelum ini pernah juga aku terserempak dengan lembaga perempuan cantik yang rambutnya menyapu lantai. Pernah juga bersaing jalan dengan penanggal mencari katak. Sekali pernah dikejutkan dengan lembaga botak bertelanjang bulat yang sosoknya hanya kulit nipis membalut tulang. Dua kali ternampak 'coklat' (pocong) kala ingin ke bilik air...apa lagi ye? Adalah dua tiga pengalaman lagi...dari kecil membawa ke besar..dari bertemu2 manja begitu hinggalah pernah dicakar ketika menaiki basikal jam 11 malam semata-mata nak ke kedai tandir (dia ni mandur estet tapi bukak kedai runcit) membeli coke dan cuba nasib permainan tikam...(masa ni bebudak lagi...10 tahun rasanya...biasa lah licik...mak kunci pintu depan, aku keluar pintu belakang)...
Mula2 terserempak dengan benda2 mistik ni...seram sejuk juga...demam pun ada...tapi dua tiga hari kemudian lupa terus. Lama-kelamaan langsung hilang dan fikir2 balik boleh jadi bahan gelak...paling aku kesian si hantu raya botak tu la...rasa nak je bagi baju pada dia sambil berkata ' pakcik nah lah saya sedekah kain pelikat...." hahahaha.
Ketika diperhati lembaga perempuan yang wajahnya mirip artis top 90 an, pelakon Shila Lama, aku masih boleh lawan pandang lagi. Kukira lima jam juga lah kami beradu pandang sehingga dia menjelma menjadi asap tipis menjelang azan subuh berkumandang. Meskipun, bagai lumpuh dikuncinya, dalam hati sempat juga berkata2...."Lawa pompuan ni walau kulit ko pucat...kalau Shila Lama...bleh mintak sain autograph.."...ni ayat2 yang keluar sebelum demam esoknya. Masa ni aku masih anak dara sunti...baru 13 tahun.
Tapi dugaan sekarang ni aku rasa lagi hebat sebab yang datang tak secantik Shila Lama, tak sedaif pak cik botak. Yang datang ini dalam pelbagai bentuk dan rupa. Kalu lah diorang ni cadbury choc..bermacam flavour lah ada...almond london, pure choc, raisin dan memacam lagi. Sayangnya, dia orang ni tak beri pekdah...makan tak buleh, kawan tak leh...kalu ler diorang ni sanggup isi application form sebagai maid..syok gak..bersih rumah aku...ni balik2 aku kena fikirkan cara macam mana nak bersihkan dorang....aduh letih betul lah...tanah kubur kan banyak lagi, hutan pun bersepah lagi...dan, kalu nak hiburan sensasi, pegi le ke Puncak Alam tempat Altantuya mati dibunuh tu..ni rumah aku gak korang nak berkampung....kalu aku nak kawan ngan korang ok la gak..ni aku tak perlukan langsung2 korang sumer...baik korang nyahhhh...aduh geram betul la aku...
So, yang melompat tu...bawak2 lah mendaftar olimpik untuk acara lompat jauh, kalau korang jadi johan, harum nama Malaysia...yang boleh terbang tu..gi le register sebagai atlet lompat galah... tak pun, korang gi le join group paragliding...yang bebudak lagi tu...apasal la ko kacau aku...aku bukan mak kau la...kawen pun belum..ada reti??? Dan, sekor lagi ni...kalu minat cakap minat..sekarang ni telefon ada, handphone canggih2 3G ada, apa G pun ada..yang tak de MGR je (dah mendiang)...hanto le msg..yang ko hanto belaan ko buat apa...aduh tensi aku...sabo je la...

Friday, May 15, 2009
My Girl
Jom tengok drama...
Cute kan? Tapi awas, nakalnya bukan main. Selalu bikin ribut, sampai menyusahkan diri dan orang lain. Tapi dia ni penghibur, tak ada dia, sekeliling sunyi
hahaha yang ni malas nak cakap..aku suka...aku suka...
Kata Yoo Rin, hari jadinya menjelang salji turun...sebab bapaknya kaki penipu, surat beranak pun sanggup dipalsukan. Maka, setiap kali salji, si hero kelam kabut mencari hadiah..hahaha..kenapa tak cakap hari jadi setiap kali hujan turun...mampus hahaha
Gong Woong yang penuh pengertian. He's a player tapi mengalah pada cinta yang satu. Mencari cinta seluruh pelusuk dunia, di bumi Sonata hati terpaut...aku suka watak dia yang caring dan kadangkala, menyengat
Gong Chan dan Yoo Rin
Barisan pelakon My Girl...hero dan heroin berbaju putih...si hero slow, romantik. Heroin nakal dan suka berbohong...cam ner tu?
Cinta itu memenatkan. Hadirnya cinta kadang2 membuatkan kita tidak bersuara...Ini antara bait lagu drama bersiri Korean, MY GIRL...betul atau tidaknya, aku kurang pasti. Tetapi, sehabis melayan siri yang penuh rencah lucu, manis, sedih, pilu, suspen ini...mungkin benarnya juga lirik puitis ini...
Cerita banyak tak guna, nak tau penangannya kena la tengok sendiri...harus tak berganjak dari depan tv. Betul lah cerita Korea ni berhantu hehehe...
Bertemu Puan Suri
Setelah sekian lama dok sms dan sesekali call, semalam dimakbulkan juga hasrat berjumpa teman lama sewaktu bekerja di company sebelum ini, Puan Liza Shapiansuri. Tak merancang, tak apa, kami main terjah je..berjumpa pun kira lewat jugalah, pukul 9 di restoran Nirwarna, Bangsar.
Ibu mengandung ni rupanya teringin makan nasi daun pisang. Mengidam lah tu. Aku pulak masih di office menyelesaikan tugasan. Belas nak tolak permintaan kawanku yang baik budi ni, akhirnya dapat juga bersua muka, bertukar cerita.
She looks content! Itu pandangan pertama aku tatkala berlaga pipi dengan Liza. Ya, dia nampak sihat, ceria dan gelaknya masih manja, macam dulu-dulu. Mendengar gelak Liza, bagai seisi alam ditumbuhi bunga matahari. Untungnya suami dia kerana Liza kelakar dan pandai menghiburkan.
Dari satu topik ke satu topik kami berkisah. Bermula dengan kehidupan berumahtangga yang baru beberapa bulan ditempuhi (jelas Liza bahagia, terpancar gembira di wajahnya setiap kali nama Rashid meniti di bibir), ceritera 'ibu mentuaku' hinggalah ke gossip kawan-kawan dan tempat kerja lama. Apapun, pendapat Liza dan aku sama saja. Kehidupan baru membahagiakan dan mencabar. Kawan silih berganti, namun ada yang kekal dan bertakhta di hati dan ada juga yang sudah bertarikh luput.
Rancak berborak, tidak sedar masa pantas berlalu. Rasanya macam setengah jam duduk di situ, rupanya jarum jam hampir menunjuk ke pukul 11. Sayang pula hendak meninggalkan Liza yang irama gelaknya jujur dan menyejukkan telinga. Sungguhpun, bergelar ibu, dia masih macam dulu, tak suka menunjuk-nunjuk dan bersikap biasa-biasa saja. Kalau tak selalu minta diri ke ladies, aku hampir terlupa yang dia membawa budak. Hehehehe, cuma satu sajalah...sudah tidak seksi lagi. Berkemeja lengan panjang, berseluar slack dan kasut crocs leper merah jambu jauh sangat lari dari personaliti Liza. Apapun, dia nampak lebih manis lagi begitu.
Moga ada pertemuan lagi dengan Liza selepas ini. Berborak dan berkongsi cerita. Moga kesibukan tidak menjadi alasan dan sebab lagi ye Liza....sebab nyata kita seronok malam itu.....

Wednesday, May 13, 2009
Pergilah kau Bacteria Meningitis
Aduh, adikku yang sorang ini membuatku senak perut. Bukan kerana dia buat perangai tapi sikap pendiamnya itu mencemaskan. Kisahnya, sabtu lepas aku turun function yang dihadiri Menteri Kesihatan. Aku ditugaskan membuat liputan mengenai wabak Bacterial Meningitis yang menjangkiti 13 pelatih di Akademi JPJ, Ayer Molek, Melaka.
Oleh kerana tenggelam dalam kesibukan, aku lupa adikku salah seorang pelatih di situ. Patut pun hati rasa tak sedap semacam. Apa ye yang tak kena? Namun, tugas tetap kulakukan sehingga selesai.
Beberapa lama sebelum pulang, baru teringat. Mak ai, apa ceritanya dengan adikku? Puas kuhubungi talian tidak bersambung, sms tidak berhubung. Apa dah jadi ni? Selepas menanyakan no dia kepada salah seorang adik, baru tahu rupa2nya dah bertukar nombor.
Segera kuutuskan sms, tidak berjawab juga. Dalam hati, dah berfikir bukan-bukan. Selepas setengah jam , "Kak, Yap ni...kenapa akak call?" huh, baru lega rasa hati. Macam pengembara padang pasir bertemu air rasanya.
"Yap ok?" "Ok, tak de apa2,"jawab dia. Relaks. Dia memang cool daripada dulu. Dalam anggota keluarga, dia paling payah hendak didengar suara. Macam ada emas dalam mulut.
"Yang meninggal tu kawan ko Yap? " Apa punya soalan, dah satu akademi, harus le berkawan2 kan.."Ye..", "Sekarang kat mana?" tanyaku. "Orang kat bangunan lain ni, dikuarantin. Tak campur dengan yang terkena jangkitan," biasa2 saja suara dia.
Sebelum terputus perbualan, sempat juga aku berpesan macam2. Maklum saja, ini penyakit berbahaya, radang selaput otak! Puncanya belum dijumpa, datangnya tanpa amaran.
Dari sehari ke sehari, menyelak akhbar, bertambah pula pelatih di akademi itu yang dijangkiti. Daripada 15 menjadi 21. Senak perut membacanya. Dari semasa ke semasa juga aku menelefon dia. "Asraffie jaga diri." "Ya kak..." suaranya tetap cool macam dulu.
Aku harap dan berdoa, bukan saja Asraffie yang selamat malah semua pelatih sihat seperti sebelumnya. Semoga penyakit itu berlalu bagai ribut yang singgah sementara... Mari lah kita sama-sama doakan.

Friday, May 8, 2009
Deadline or deadwish
Hai peningnya kepala nak mencari story baru. Inilah dilemma setiap Jumaat. Waktu memang tak pernah kenal belas, manusia pun tak tahu nak memahami kerjaya orang lain. Ada dateline dan deadline yang perlu dihadapi. Entahlah...aku pun tak paham ragam dan kerenah orang. Itu sebabnya ada subjek Psikologi dan Antropologi di universiti agaknya. Sebab perangai manusia sangat kompleks. Tak boleh sekadar meneliti tetapi perlu dipelajari. Memahami manusia adakalanya lebih sulit daripada menghafal formula matematik. Aduh, sakit jantung berurusan dengan manusia. Ego satu hal, degil perkara lain dan moodnya susah dijangka.
Aku masih menunggu jawapan dari seorang client namun hingga petang dia menyepi diri. Terbengkalai perancangan dan rencanaku. Bimbang juga andai kolum kosong tidak berisi. Nak letak apa lah nanti. Takkan nak letak gambar kucing dan pin up Sheikh Muszaphar (hahahaha...)?
Menjelang petang, mood membuat kerja makin pudar, apatah lagi sebelumnya mengukur Midvalley tapi aku tahu by hook by crook (ayat popular dunia kewartawanan) akan beres juga. Cuma dalam proses menyelesaikannya, dua tiga kali jantung terasa berhenti berdenyut. Aduh, tekanan sungguh kerja ini. Tapi bak kata seorang teman wartawan di Putrajaya, "dah jalan ini yang ko pilih, terima ajelah. Tak tahan...tak hendak...ko sajalah yang berhenti. Jangan dikira bosses, tempatnya sudah untuh di atas.." Mengingat balik kata-katanya, semangat jadi kuat. Aku cuba bertahan selagi terdaya. Dalam hati berbunyi juga, patutlah ramai reporter mati muda, kerna kerjanya menguji hati dan minda.
Aku tak kata, ia selalu sukar. Lain orang mungkin lain pandangannya. Namun, lebih banyak yang menyenak perut daripada menyenangkan hati. Nanti orang kata, semua kerja ada cabaran. Semua tugasan ada risiko. Itu aku tak nafikan tetapi bila membabitkan deadline, huh baru tau langit tinggi rendah. Fikir2 balik, berbaloikah pilihan ku ini? Jenuh bertikam lidah, menahan hati dan perasaan, seram-sejuk memikirkan kerja belum siap, berjaga malam, ada kalanya terlupa makan, hujung bulan dapatlah dua tiga ribu, tapi untuk shopping dan bercuti harus mencuri2 masa dan kesempatan. Bercutipun adakalanya tidak tenteram memikirkan stok story yang belum disediakan.
Wah, banyak pula celotehnya, sedangkan bahan terbentang di depan mata (yang mana ada saja), belum berusik. Lagi seram-sejuk tengok kawan2 di sebelah menaip macam bertih jagung. Mulalah fikir, mati aku kali ni, habis aku kali ini. So, sesiapa yang ingin merasa apa yang aku alami sekarang, cuba-cuba lah masuk dunia ini. Untung batu tenggelam, untung sabut timbul. Mana lah tau, bintang korang lebih bersinar, boleh menang Anugerah Kajai...ucapan alu-aluan ku cuma satu 'WELCOME TO THE CLUB' .

Thursday, May 7, 2009
Coffee Prince
Gandingan serasi Han Keol dan Eun Chan...hero ni sekarang menjalani latihan ketenteraan...dua tahun lagilah peminatnya dapat tengok dia huhuhu
Comic version of CP..amboi semuanya cute termasuk tokey Hong..oh no!
Pekerja di CP..semuanya pekerjanya lelaki. Kecuali Tauke Hong (bercermin mata), tiada siapa tau si Chan ni perempuan. Si Ming Yeob (paling kanan)..di luar filem dah menjadi mendiang...mati kemalangan. Sedihkan..dia seorang model dan aktor sedang meningkat naik.
Cerita Kerja Lebih Masa...
Agak lama juga aku tak menulis di sini. Dua tiga menjak ni aku rasa jadualku padat sekali. Selepas pulang kampung, bercuti selama empat hari, aku tak menang tangan menangani kerja.
Semalam, berembun di Jalan Rahmat sehingga 12 malam menemu bual bekas mat rempit. Banyak juga cerita di sebalik tabir yang aku tau, tak kurang teladan dan tauladan (aku selalu keliru dua perkataan ini...). Sebelum berpisah, sempat juga aku, Angah dan Rosela disajikan aksi2 ngeri mat rempit macam willkang, willy dan superman. Terima kasih bebanyak kepada Faizal Hasyim yang sentiasa cool dan bersabar dengan permintaan kami yang ingin dia menunjukkan pelbagai aksi. Dia tetap tersenyum menurut arahan Rosela yang menyuruh dia bergaya itu-ini.
Pulang rumah memang flat giler. Penatnya Tuhan saja yang tau namun kugagahkan juga menyiapkan pakaian untuk dipakai esok. Memang tabiatku begitu, tidak mahu kelam kabut di waktu pagi. Tidak mahu spoil mood.
Sebelum tidur, terpandang novel Munajat Cinta di pinggir katil. Hai, entah bilalah dapat kuhabiskan. Kukira hampir sebulan juga kubuka tutup novel itu. Jalan ceritanya menarik dan sarat pengajaran, kaya ilmiah dan unsur keagamaan. Mungkin kerana tema dibawa terlalu berat, membabitkan persoalan hukum-hakam, akidah, fiqah segala menyebabkan pembacaanku sedikit tergagap. Maklum, kalau boleh aku tidak mahu terlepas walau sepatah perkataan pun. Sebolehnya, kucuba memahami jalan ceritanya. Semahunya ingin kuteroka isinya. Lagi suku muka surat, Insya Allah tamatlah pembacaan.
11.40 malam, aku masih bertunggu tangga di pejabat, menanti lay out terakhir siap. Kesempatan ini kugunakan untuk meneliti apa yang patut. Seperti biasa menetapkan temu janji, memeriksa email dan mengemas kini entry blog. Sesekali menulis penghujung malam begini, seronok juga. Ilham memuncah walau tubuh lesu. Tapi, mungkin kerana biasa, aku tidak betah mengeluh lagi. Kawan-kawan di unit grafik menghiburkan. Dapat pula kakak assistant editor yang sporting dan penyabar (sayang Kak Nurul), bos pun nampaknya tenang-tenang saja...hai membuatkan kita tak berkira langsung soal kerja dan masa. Sesekali terhambur ketawa lucu melihat gelagat Abang Sam XY pura-pura marahkan Shahril Grafik yang suka mengusiknya. Aduh, meriahnya.
Sekarang sudah ada geng pencinta drama Korea, si DP dari XY...seronoknya juga bertukar cerita dan info. Dia gilakan Coffee Prince, aku taksub dengan Boys Over Flowers. Apabila keduanya mula bersembang, terlopong dan terpinga2 lah Angah di tengah. Ala, Ngah..ko geng Samarinda...diam2 sudahlah...
Itulah kisah, sesekali stayback di office, supaya tidak jemu, pandai2 lah mencari hiburan untuk menyingkir rasa tension. Apapun, syukur punya pekerjaan kan? Itu harus diingat selalu.

Subscribe to:
Posts (Atom)