Tuesday, September 18, 2012

Alahai budak!!!!

Sewaktu pulang dari rumah seorang teman, di kaki tangga seorng budak duduk berayun kaki. Berumur kira-kira 7 tahun. Comel dan mulus wajahnya. Dia senyum ke arah saya membuatkan saya menyungging senyum juga. Apa salahnya kan maklumlah senyum itu satu sedekah. Tak ada ruginya melemparkan senyum waima yang menerimanya cuma budak-budak.

Tiba-Tiba;
Budak: Mintak seringgit!
Mengurut dada saya. Mak oi daringnya budak ni. Dengan saya entah sapa-sapa ni berani dia meminta-minta.
Saya: Mak mana? (geram juga saya, kecik-kecik dah pandai nak kelepet orang, dah besar nanti haruslah duit perempuan dikapurnya lebih-lebih lagi girlfriend, nauzubillah!)
Budak: Mak kat dalam (tunjuknya unit rumah di depan)
Saya lihat pintu terbuka dan ibunya ada di dalam.
Saya: Lain kali mintak mak, jangan mintak pada orang lain. Tak elok perangai tu. Terbawak perangai tu sampai ke besar nanti.
Bebel saya dan kanak-kanak itu cuma memerhatikan saja.

Saya pun pelik bagaimana sikap dia begitu. Siapa yang harus dipersalahkan? Adakah dia mengikut resam ibu atau bapanya yang suka meminta-minta atau itu tabiatnya sendiri yang wujud dalam diri lalu diperkembangkan lagi melalui pergaulan atau program tv ditontonnya.

Apapun, saya berdoa sikapnya tidak melarat hingga dewasa. Khuatir merosakkan masyarakat!

Thursday, September 13, 2012

I WISH - FT ISLAND





yeah, my favourite group dah keluar lagi satu single..sangat aktif ye mereka. Kali ini sangat berlainan baik dari music arrangment, vocal malahan budak2 ni pun dah jadi matang. Mmmm sudah mahir adegan cintan-cintun nampaknya...

Saya suka iramanya yang ala2 Spanish tu, tambah 'sexy' dengan petikan gitar solo Song Seung Hyun dan ketukan drum bertenaga Choi Min Hwan. Lee Hong Ki juga makin berani berfesyen, dengan hairband funky di kepala, dia sudah merampas takhta 'Fashion Terrorist' dari pemain bass guitar, Lee Jae Jin. Manakala, si leader, Choi Jonghun kekal dengan imej flirtuous, romantik dan killer smilenya.,

To all the Prims out there, jom layan klip ni. Anneyong!

Thursday, September 6, 2012

Kisah Faridah

Dihitung, tolak, bahagi dan darab, rupa-rupanya sudah berbelas tahun saya meninggalkan kenangan itu. Kenangan manis bersama arwah kak Faridah yang meninggal dunia akibat kemalangan jalan raya di usia semuda 16 tahun.

Kenapa saya terkenangkannya semula? Kenangan lalu yang sudah lama luput di ingatan seiring peredaran masa dan usia. Saya mengingatinya semula kerana terlalu banyak disogokkan dengan berita kemalangan akhir-akhir ini. Korban nyawa yang semakin menjadi-jadi lebih2 lagi menjelang, ketika dan selepas musim perayaan.

Lalu, saya terkenang wajah lembut kak Faridah. Ya, sewaktu hayatnya masih ada, dia remaja 16 tahun yang cantik. Memang lawa. Berkulit putih dan bertubuh gebu. Rambut paras baru sehalus bulu jagung. Pipi penuh dan berlesung pipi di kiri dan kanan sentiasa mengalunkan senyum yang menggetar jiwa.

Suaranya lembut dan mersik dan apabila bercakap, pertuturanya sentiasa sedap di dengar. Sekali pandang, kak Faridah mirip gadis Cina namun yang paling asyik dipandang, pastinya kulitnya yang cantik bercahaya dari hujung rambut hingga hujung kaki.

Saya muda enam tahun darinya namun sudah pandai menilai kecantikan. Meskipun, dia sahabat baik sepupu saya, namun saya yang terlebih suka berkawan dengannya. Mendengar saja suara manja kak Faridah memanggil kakak sepupu, saya pula yang melonjak keriangan. Pantang kelapangan, saya suka megajaknya berjalan2 di pekan Kuala Kangsar. Kak Faridah yang tak banyak kerenah dan suka menurut langsung bersetuju.

Namun, suatu petang yang malang saya kehilangan sahabat yang saya anggap kakak itu. Pergi tak kembali lagi. Saya masih ingat lagi cuaca ketika itu hujan renyai-renyai. Selesai memberi salam akhir dan belum pun membuka telekung, saya diterpa kakak sepupu.

"Kak Faridah meninggal...accident!," beritahunya.
"Inalillah..bila?"
"Baru sekejap tadi, kena langgar lori di Perak Hanjoong (nama kilang simen). Dia dengan kakak dia, dua2 meninggal kat situ jugak,"
"Betul ke ni kak Shimah (kakak sepupu), macam mana boleh kena?" Aku masih tak percaya, betul ke Kak Faridah? Betul ke kakak yang baik itu. Air mata macam nak mengalir.
"Betul lah..petang nanti jenazah dibawa pulang dari hospital. Dia belajar motor tetapi terpulas lebih minyak, motor meluncur ke jalan besar, dilanggar lori yang kebetulan lalu.."
"Allah, ngerinya!"

Dan, kerana tidak sanggup menatap wajah akhirnya, saya tidak pergi ke majlis pengebumiannya. Lagipun, ketika itu baru berusia 9 tahun dan emakpun tak mengizinkan. Namun, kata kakak sepupu yang pergi untuk memberi penghormatan akhir berkata, "Faridah tetap Faridah. Wajahnya bersih dan seolah-olah sedang tidur, tapi dadanya hancur.."

Sehingga kini, saya masih mengingati kak Faridah dalam wajah suci gadis 16 tahun. Bersih dan cantik sangat. Lembut dan memahami dan apabila bercakap sentiasa merendahkan suara.

Kisah kak Faridah dan kakaknya yang turut meninggal diberi liputan meluas di dada akhbar keesokan harinya. Sedih membaca kakaknya yang berusia 18 tahun sudah bertunang dan lagi beberapa bulan melangsungkan perkahwinan. Yelah..bagi orang lain menganggapnya kisah yang perlu diberi simpati namun bagi saya, kanak-kanak berusia 9 tahun lebih besar maknanya. Malapetaka itu menyebabkan saya kehilangan kawan dan kakak sekali gus. Alfatihah untuk arwah!