Saturday, November 12, 2011

Breaking Dawn is just around the corner

Wow! Twilight Saga: Breaking Dawn is coming out soon. Movie posternya dah terentang di jenjatas berdekatan office aku ni. Ini kiranya episode terakhir filem yang mempunyai peminatnya tersendiri ini, filem yang diadaptasi dari novel penulis yang dulunya kukira 'underdog' Stephenie Meyer namun namanya mencanak-canak naik selepas Twilight menggegar pawagam.

Bumbunya mudah, pontianak, Edward Cullen yang jatuh cinta dengan manusia biasa, si gadis polos Isabella 'Bella' Swan. Kemudian bertukar kepada cinta tiga segi apabila serigala jadian Jacob Black terjebak sama. Si Black yang asalnya kawan sepermainan ketika kecil2 dulu turut menaruh hati terhadap Bella.

Ringkas kan? Namun kerana sensualnya dan kebetulan dibintangi pelakon kacak dan lawa, mudah saja menarik berpusu-pusu orang ke panggung termasuk lah saya hehehe...Tidak cukup menonton di layar perak, rangkaian novelnya dibeli pula buat koleksi. Begitulah penangan Twillight terhadap saya.

Suka benar saya melihat permai pekan Folks, Washington yang dipaparkan dalam movie itu. Namun, membacanya lebih indah, imaginasi saya menerawang melampaui segar subur hutan painnnya, kabus tebal yang sentiasa menyelubungi seluruh pekan, pantai memutih diselangi kawasan berbatu khusus bersantai juga menghayati keindahan biru laut. Sesekali camar terbang lalu, ombak berdesir membawa bau manis seisi laut.

Rerumput basah hutan pain ditaburi bunga liar. Lereng pergunungan berbalam2 di waktu malam dan siang, indahnya bagai karya lukisan agung. Aduh, belum dicampur imaginasi rumah kaca Edward. Setiap bilik dilengkapi balkoni dan apabila menjengah ke luar, syahdu memandang hutan pain yang basah selepas hujan. Dan, apakala purnama mengambang, cahaya bulan merembes menerangi ruang bilik. Hahaha saya, rasa imaginasi saya lebih hebat dari layar filemnya. Itulah kuasa pembacaan ye. Dan, itulah penangan membaca penghasilan karya bermutu lagi terbilang. Dan, sebab itu juga saya sangat2 kecewa kalau membaca karya yang bagai melepas batuk di tangga, terawang-awangan atau dengan kata lain tidak berpijak di bumi nyata@ syok sendiri. Sangat2 kecewa.

Aduhai, jauhnya saya merepek. Dah menyimpang dari tujuan asal nak mewar-warkan filem ini bakal menjengah pawagam. Apa lagi, Twilight mania, jom serang panggung saksikan konflik yang menyenakkan perut. Bella bertukar menjadi pontianak, mengahwini Edward lalu dikurniakan anak perempuan bernama Renesmee. Menariknya, pembesarannya terlalu cepat melangkau fitrah manusia sebelum diimprint (kata mudahnya dicap mohor) Jacob Black...Jom tonton!
Kononnya inilah Renesmee
Mackanzie Foy aktres cilik yang melakonkan Renesmee...comey macam Suri anak TomKat

Thursday, November 10, 2011

Kawan dan kebahagiaan

Lama tak dengar cerita encik Razak, bekas rakan sekerja di tempat lama, tiba-tiba dia call. Asalnya, dia menyuruhku menukar lay out blog kemudian bersembang panjang pula.

Encik Razak: Jangan le letak banyak2 sangat gambar kat blog tu, susah la nak baca..
Aku: Aiii baca jugak ke blog saya? entah2 en Razak tersalah blog tak? Blog orang lain dibacanya kot...
En Razak: Blog awak la, ada korea2, ada Island FT (hahaha correction; FT Island la en Razak oiii)

Lepas tu macam biasa lah en Razak...potpetpotpet..berkisah dari satu bab ke satu bab...termasuklah menanya "berapa kilo dah naik badan tu?,"tanyanya.

"Hehehe dah malas nak kira dah en Razak oiiii...,"jawabku lirih. Bersembang lagi sampai masuk topik makan ikan bakar belakang istana bagai.

Hakikatnya, seronok mendengar khabar dari kawan lama. Banyak sangat nak diceritakan maklum dah bertahun tak bersua muka dibatas dek kesibukan dan tiada kesempatan.

Lalu, saya terkenang lagi dengan seorang kawan lama, Haniza Baron yang kini menetap di UK. Berkahwin dengan orang Perancis dan kini dikurniakan dua orang anak. Saya sempat dua kali berjumpa dia sekeluarga ketika bercuti aidilfitri (memang resamnya akan bercuti kira-kira sebulan menjelang hari lebaran).

Comel sungguh Phia (Sofea)..dalam hati berkata, "budak ni kalau besar nanti mau jadi aktres ni." Maklum, anak mat saleh, mixed blood harus la comel ye tak? Dan, Niza pula suka mengabadikan gambar Phia dalam pelbagai pose dan antara yang menarik perhatianku yang kusertakan di blog ini (Niza, aku pinjam sekejap ye). Tak sangka Niza ada bakat fotografi ye...

Seronok melihat kebahagiaan orang lain,ibarat kegembiraan itu melimpah ke diri kita juga. Saya tumpang seronok je la ye..ia bagai suntikan semangat buat diri saya juga. Semoga saya pun bahagia.....

Ayu sungguh Phia anak si Niza kan...

Yohan, anak nombor dua..ayooo rasa nak geget pipi chubby dia tu



Saturday, November 5, 2011

Maaf, aku hanya mampu bertahan semusim




Esok Aidil Adha dan aku masih lagi di office, bekerja sampai petang. Makanya, tahun ini kali keempat aku beraya di ibu kota. Tapi, tahun ni adalah jugak penemannya, si Aydajihu yang tidak dapat pulang ke kampung kerana perlu menyiapkan reportnya. Ahhh, kerja memang menuntut pengorbanan dan selalunya Hari Raya Korban lah yang menjadi korbannya.


Hari ini aku mengaku mengorbankan sebuah persahabatan. Persahabatan yang tidak mampu aku pertahankan dan kerana aku lelah menjadi mangsa hentaman dan kritikannya. Orang kata persahabatan kalau dibina atas dasar keseronokan semata tidak akan bertahan lama dan kata2 itu kini, benar dan terbukti.


Aku cuba ikhlas, jujur namun sampai bila aku harus mengikut telunjuknya dan menjunjung egonya. Setiap kali, acap kali aku terpinga2 dengan tindakannya yang menghentam aku dalam facebook. Tanpa sebab, aku turut menjadi mangsa kemarahan dan ketidakpuasan hatinya. Semakin aku tidak membalas, semakin aku diam, semakin galak dia mengutuk. Dulu, aku berpegang kepada kata2 'diam tidak beerti kalah'. Dulu, aku tidak akan menjadikan facebook sebagai 'tools' untuk melepaskan amarah dan mengutuk sesama umat namun kerana kata2nya yang keterlaluan itu, segala prinsip aku langgar. Aku dah bukan diri aku lagi. Itu yang aku tak mau, berubah menjadi orang lain.
Apabila aku menjawab, semakin dia mengeluarkan kata-kata yang menyakitkan hati. Apabila aku menyanggah, dia menganggap aku menyerangnya.


Maka, tiada cara lain selain membenamkan persahabatan ini hingga ke dasar yang tidak akan kujejaki lagi. Daripada aku mengumpul dosa, lebih baik aku melangkah pergi. Daripada aku makan hati dan sentiasa berprasangka, lebih baik aku mengucapkan selamat tinggal. So Long.


So, buat dia, binalah persahabatan berlandaskan keikhlasan. Cubalah bertolak ansur dalam persahabatan demi kebaikan semua pihak. Jangan mencaci dan memaki sesedap rasa tanpa memikirkan natijahnya. Jangan pentingkan diri dan jangan memaksa orang mengikut telunjuk kamu.


Paling penting, jaga kata-kata, jangan sampai mengoyakkan hati dan perasaan orang lain. Tempatkan diri kamu di tempat sahabatmu, baru kamu akan belajar menghargai hati orang lain. Maaf, aku hanya mampu bertahan semusim. Maaf, aku tidak  menyambung persahabatan yang banyak hempedu dari madu kerana aku tidak sudi menjadi 'punch bag' kamu.


Selamat tinggal. Sayonara. Thanks for everything.