Suatu pagi dalam kereta, sambil mendengar Sinar FM. Tiba tang peraduan teka-meneka;
DJ: Tahniah, encik (ntah hapa nama tak ingat) adalah pemanggil bertuah bagi Peraduan Meneka Raja Lawak. Soalannya, tahun ini Raja Lawak masuk musim ke berapa?
PEMANGGIL: Entahlah tak tau pulak saya, saya kat Sabah, tak dapat Astro, jadi tak taulah...
DJ: (Masih lagi mahu membantu) Eh, kita pun ada peserta dari Sabah...sedikit sebanyak mesti tau.
PEMANGGIL: Entahlah..saya baru balik semenanjung ni. Kat sana memang tak de, saya tak tau apa2 (tanpa rasa bersalah). Musim kesembilan kot....
DJ: (Masih lagi nak tolong) Eh mana pulak, tak lebih daripada lima
PEMANGGIL: (Tak reti2) Yang ketiga kot..
DJ: (dok layan lagi) Eh tak lah..fikir-fikir balik
PEMANGGIL: Yang kelima...tak, tak... yang keempat.
DJ: (Suara ceria) Tahniah, anda memenangi dua tiket ke Pertandingan Raja Lawak...bla,bla...
Gigihnya DJ itu melayan. Kalau aku memang wasallam. Yang pemanggil ni satu, kalau tak tau jawapan jangan lah cuba-cuba call. Buang masa DJ dan menjengkelkan pendengar. Nama lagi peraduan, kalau tak ada jawapan jangan turut serta. Dont spoil my mood key...pagi-pagi lagi dah nak menyumpah seranah orang. Akai ada ka?