Heboh sana-sini DUN Perak dibubarkan. Turut diperkatakan isu lompat parti. Panasnya mengalahkan gulai kawah menggelegak. Semua orang jadi tak tentu dan bercelaru.
Seorang kawan berlawak "hiss banyak sangat versinya. Cepat sangat berubah dan bertukar, kalau tulis story ni mau dua tiga kali tukar intro."
Balai Beritapun kecoh dan heboh. Sewaktu menonton tv beramai-ramai semunya bersedia dengan komen dan lelucon. "Hai balik mengundi le Bennie.."giat abang Aziz, "Awak kena balik Kuala buang undi,"kata En Azizi. "Aku suka...boleh tunjuk lagak depan sepupu aku...selalu sangat ngutuk Berita Harian paper kerajaan.."kata plak si Fiza, "Silap2 suami akak kena balik buang undi ni.." kak Nurul mencelah..."Tengok, kerajaan aku buat havoc," bangga Sam menutur kata. Macam2 cerita lagi. Wah, nampak sangat orang Perak ramai di sini, kalau dilemparkan butiran batu kecil, harus ada orang Perak yang mengaduh hahaha...
Apapun, aku harap segalanya berjalan dengan lancar. Di bawah parti apapun, asalkan diperintah saksama, takkan ada yang menyanggah dan menegah. Doakan yang baik2 aje...
5 comments:
aku pun sokong.....tp aku lebih suka sapa yg lead perak tu...org melayu yg beragama islam yg d belakangnya tiada bangsa lain....huhuhu
nasib baik ada sultan yang bijak sana cam Nazrin tuh. Politik itu sama..masa umno pegang jawatan macam2 dikata bila kena batang hidung sendiri baru tau macam mana susahnya mentadbir itu. Tambah2 bila MB terpaksa mengikut telunjuk bangsa lain sekadar nak dapatkan sokongan. Inilah dikatakan berjuang semata-mata mahu kuasa bukannya bekerja ikhlas untuk rakyat jelata.
akupun sokong korang berdua..aku harap sangat yang memerintah tu kuat berpegang dengan syiar islam dan tak de 'tangan2 asing' di belakangnya...bukan apa takut menang sabung, kampung tergadai...
Politik2 juga, perut rakyat kena jaga...yang terlebih makan, kena agihkan pada yang kelaparan kan?
Kejor Yop Kejor
Kejor masuk ofis
Lebor Yob Lebor
Nangis Yob Nangis ..
hahaha..aku suka pantun ko fiza? persoalannya sape yang lebor ni?
Post a Comment