I must stop fb~ing thing for a while. Kalau masuk pun just for online buying then the rest, peeking, browsing. Bukan apa, dah mual dan muak tahap gaban (y'all mungkin tak tau tapi ini lah superhero Jepun popular setanding Ultraman) melihat spesis yang cuba menjadi penganalisis politik tak bergaji dalam tu. Macamlah dia tu calon ketua wanita partynya..
Dan, aku peratikan golongan ini senyap ketika di meja bulat tapi menyimpan dendam kesumat dalam hati sebelum dihamburkan di dalam facebook. Eh, come on la...tak reti2 nak bersemuka kalau ada yang menjengkelkan hati? Kenapa fb dijadikan medium buat ko orang menghasut dan menyindir orang lain? Hah, inilah masalah sekarang apabila fb dan twitter dijadikan medan membongkar aib, mencaci, melepaskan amarah yang sebu dalam dada. Cukup2lah seorang artis wanita tanah air yang porak peranda rumah tangganya gara2 menulis segala dalam kain di twitter, takkan korang pun nak ikut jejak dia. Korang selebriti ke? Masalahnya, korang nobody (jom nyanyi lagu Wonder Girls ramai2, nobody but you hahaha)
Jadi, bagi mereka yang masih berbuat demikian, henti2kan lah. Cubalah berkongsi rahsia sesuatu yang membina minda bukan menghasut sesama manusia membenci manusia yang lain. FYI, aku lebih rela membaca perihal resepi Chef Wan, in fact, menatap gambar member aku dengan muka boring menunggu keretanya dicuci di car wash dari melihat post2 mengarut yang tidak berfaedah sedemikian.
So, daripada aku menambah dosa kering memaki dan mencarut korang dalam hati, lebih baik lah aku shut the fb up dulu. Hanya masalahnya, aku gila online shopping dan disebabkan banyak contact aku kat situ, so kena bukak jugak le..namun nak menjengah post2 nyamuk korang tu sorry le...mujur ada unseeable setting. Nampaknya Allah masih sayangkan aku dan kerana DIA tidak mahu aku berhati busuk macam korang, maka diilhamkan la pada Mark Zuckerberg ni apps macam tu....Terima kasih, sesungguhnya aku ingin hidup dalam aman!