Showing posts with label tentang keje. Show all posts
Showing posts with label tentang keje. Show all posts

Saturday, December 20, 2008

Lois Lane punya hal...

Tanyalah mana2 reporter, apabila tiba giliran bertugas pada hari sabtu namun tidak tersenarai dalam jadual assignment, pasti rungsing dan sengsara. Rungsing kerana diam di office dan memikirkan follow up. Runsing kerana harus terus mencuba dan mencuba mendapatkan interview. Dengan apa cara sekalipun.

Mendail talian peribadi memang senang, dua tiga dering pasti diangkat. Namun, untuk mendapatkan kerjasama dan komen mereka bukan perkara mudah kerana perlu ada seni memujuk. Dan, hari minggu bukan semua orang sudi melayan kita. Walaupun, mulut semanis gula2, pertanyaan dijawab dengan bicara sesopan boleh (itupun, kalau yang ditanya tidak kontroversi dan menyentuh sensiviti...kalau tidak dihambur maki hamun jugak), namun faham sajalah tak siapa suka hujung minggu diganggu orang. Terutama golongan wartawan yang terkenal persistent dengan tagline tersohornya 'by hook or by crook'. Meaning, guna apa saja cara, tidak baik, cuba yang kasar (di Malaysia ada ke begini?) asalkan column esok terisi. Thats why di suratkhabar tak ada langsung ruang kosong, semua terisi kan? Ha, inilah caranya...

Tak dapat follow up, matilah...bukan tak boleh lepas diri. Boleh...report saja pada editor, kata responden tidak mahu beri komen (setelah dicuba bermati2an ye...dan setelah puas ditendang sana sini macam bola) tapi tercalar sedikit la kredibiliti. Cara mengatasinya? Belek lagi paper, dua tiga paper berbeza, surf internet, bukak LOL (ini arkib berita lama) dan hubungi informer (selalunya crime reporter guna cara ini) untuk dapatkan bahan berita. Masih buntu? Lepak di cafe, bertukar cerita dengan kengkawan, kot2 ada yang kesian lalu beri dua tiga cadangan atau akhir sekali buat tinjauan mencari pendapat umum (yang ni letih sket dan kena tebalkan muka...yang perempuan dinasihatkan tampal make up banyak2 yek..)

Dalam melakukan tinjauan bermacam2 ragam orang boleh jumpa. Biasanya mula2 malu, tak mahu, malu2 manja namun sekali diberi bercakap tak mahu pula berenti. Alangkah malangnya pula andai bertemu dengan anti kerajaan, baru nak approach wah jelingannya bisa merobek hati. Dia macam membunuh engkau melalui tenungan. Kiranya, dorang ni kalu ada uji bakat mencari watak baru siri Heroes, boleh le muncul sebagai pelakon Asia kedua selepas Hiro. Dan kuasanya ala2 mutan dalam X-men la...

Aduh, kenapa la saya melalut hari ini. Sebabnya, saya tak dapat follow up. Si Datuk tak mahu bagi komen sebab perlukan case study. Oh, apa yang perlu ku lakukan menunggu hingga ke pukul lima. Mati kutu le cam ni. Buka balik schedule, apa yang nak dibuat semua dah dibuat orang. Abang Azis baru berlalu, ke tanah runtuh interview pasal perpindahan keluar. Hai, abang Azis orang sibuk berpindah, mengangkut barang, awak pulak menyelit bertanya itu-ini. Tapi ini realiti, ini sebenarnya yang berlaku, kena jadi tukang sibuk untuk menghidangkan maklumat mutakhir kepada pembaca. Sabar je la ye...cepat le dapat follow up...:)

Aku - Teringat siri Lois and Clark masa bebudak dulu. Amboi, persistence sungguh si Lois Lane, arrogant dan annoying. Pasal siri ni le aku dok berangan jadi wartawan. Sekarang ni, aduhai mak...kenapa la aku tak ikut je si Anne of Green Gables...jadi cikgu. Dah le tugasnya mulia, tak de le sakit jiwa cam ni ye tak...(marah lak cikgu-cikgi...siapa kata tugas kami senang??? hahahaha ampun!!!)

Friday, December 19, 2008

Bonus oh bonus

Wah, ari ni semua orang senyum sampai ke telinga dan mood sangat le baiknya, maklum dorang semua dapat bonus...dua bulan at least. Aku syukur walaupun belum berapa lama kerje ada le gak saguhatinya. Boleh le buat tambang gi Korea hahaha...

Si Fiza, perancang majlis dah siap dengan rencananya, aku ikut suara ramai, Angah plak nak cari barang untuk hantaran. Aduh, alamak sunyi sepi lagi la opis nampak gayanya. Sian En Rashid, naik pitam le mencari kami nanti hehehe...tapi takpe boss, deadline dah lepas. Abang Zia & Abang Azis dah ke mana terbangnya. Meja jiran depan belakang plak, lengang jer...sibuk le tu kot. Yang di belakang mungkin dok sibuk pasal perkahwinan Mawi, yang di depan ni entah2 berkampung di bursa saham...boleh pecaya ke? hehehe

Apa2pun, seronok tengok semua happy dan ceria. Baru semangat nak bekerja kan..macam aku ler yang gembira dan ringan je minda sejak dua tiga hari ni...

Saturday, December 6, 2008

Insiden tanah runtuh

Wah, ari ni aku jadi bidang terjun buat crime stories, pasal tanah runtuh di Bukit Antarabangsa. Hai, berkampung jugak la aku di Hospital Kuala Lumpur dari pukul 10 pagi hingga pukul 5.30. Terkejar2 aku ngan reporter lain, sekejap ke lobi ruang menunggu, alih2 ke bilik mayat, berlari pula ke Jabatan Kecemasan malah sampai ke padang aku turuti, menengok mangsa dibawa dengan helikopter ke HKL. Alih2 yang dibawa pesakit serangan jantung yang kebetulan menyaksikan insiden tanah runtuh. Ceh, hangin tul la...

Perasaan bercampur2. Rasa ingin tahu membuak2, mana ada insiden gempak situ kami tuju. Yang kelakarnya, ada mamat tak berapa sihat meraung dan mengaduh sakit diusung dengan wheel chair. Ingatkan mangsa tanah runtuh, rupanya tangan sakit gara2 menahan lori. Hangin lagi...

Tanpa mengira penat, aku ke forensik plak, tengok Mie ngan Ifwan ready ngan bekalan makan tengah hari ditaja Berita Harian. Sian Mie demam campak tetapi dipanggil juga bertugas. Nasi bungkus ku pandang saja, tak selera nak makan di depan bilik mayat.

Aku tengok reporter lain baik news mahupun tv dok lepak rock, relaks je. Walaupun dah hampir 2 petang, ada yang tak sempat sarapan. Nasib, abang The Star baik ati, dibelikannya karipap. Dia ada pelawa namun perutku sebu.

Yang bestnya walaupun kami reporter tidak saling mengenali malah ada yang baru pertama kali bersua muka namun kami mesra macam adik beradik. Saling membantu. Thanks Affie TV3, Athirah Utusan, Fara Awani, Teng Hock, Jennifer NST dan ramai lagi yang tak mampu kusebutkan kerana tidak lokek berkongsi maklumat bagi yang ketinggalan. Inilah cara reporter bekerja, saling tolong menolong. Kalau ko sombong, alamat jadi kera sumbang lah.

Sebaik dengar keluarga mangsa korban menangis meraung, hati tersayat juga. Namun, kerana tugas terpaksa buat2 tidak paham. Terpaksa bertanya juga demi mendapat maklumat. Terpaksa tebalkan muka mengorek maklumat asal jangan dimaki hamun editor nantinya.

Apabila jenazah dibawa keluar, insaf juga dan mengerti kematian itu pasti. Kita yang melihat sayu dan pilu apatah pula keluarga yang menanggung. Tak dapat suami, ibu dan ayah, saudara dan rakan mangsa dicari untuk secebis maklumat. Ada juga maklumat bertindan, pening juga dibuatnya. Tanya orang itu, ceritanya begini. Tanya pula pada yang lain, versinya sudah berubah. Nak menulis, fakta kena tepat supaya tidak hilang kredibiliti dan paling parah menerima surat saman.

Kembali ke opis, belum sempat melepas lelah, terpaksa mengetuk story. Kepala yang mula berpusing kerana lama berjemur dan tak henti berlari ke sana ke sini, kena tolak tepi dulu. Selesai submitt, baru bernafas sket. Selepas diedit, baru boleh pulang. Aduh, letihnya rutin sehari ini. Harus dapat bantal terus lena macam kayu balak hanyut....

Wednesday, December 3, 2008

Nyawa hujung kuku

Weekly meeting. Kali ini agak tegang sebab selain saling bertukar dan melapor pendapat dan menerima tugasan serta arahan editor, dibangkitkan juga mengenai pertukaran desk dan keluar masuk staf. Alamak, ini lah yang seram sekali maklum dah selesa sedikit di meja rencana.

Bergelumang news cuma hari sabtu pun nyawa terasa di hujung kuku, inikan pula bakal ditukarkan ke situ dan lebih parah diserap ke ceruk pedalaman. Biarpun, tahu ini sebahagian daripada tuntutan tugas namun kengerian tidak dapat tidak terasa juga. Aku doakan yang baik2 pada semua orang. Jangan la ada sesiapa yang terpaksa ditukarkan sebab aku suka sangat ngan team aku yang co operative. Harap biarlah kekal begini untuk beberapa tahun lagi.

Selepas meeting, buntu dan blurry. Hanya abang Azis je yang ghairah menyiapkan storynya. Aku memang cukup puji dan kagum dengan semangat kejenya. Abang Azis kalau dah tenggelam dengan storynya, aku kat sebelah ni pun bagai angin lalu. Jangan harap la nak diajak minum dan bersantai...hahaha bolayan le jawabnya huhuhu...

Tak pe la, aku layan mata meja seberang je la..banyak yang nak ditatap dan dihayati hehehe... biarlah abang Azis 'layan' keje2nya...aku layan blues udah le..:)

Thursday, November 27, 2008

Penangan krisis ekonomi

Sekali lagi Khamis muncul, semua orang hanyut dengan kesibukan. Hari ini, cuma Fiza tak de sebab assignment ke Bandung. Neighbour sebelah aku ni plak dok khusyuk transkrip interview dengan seorang prof fasal fatwa pengharaman yoga. Aku punya part dah settle petang tadi, sekarang cuma pantau lay out dan stand by kalu ada perkara berbangkit nantinya. Ye la...spelling checking, tukar gambar, add more infos cam gitu le...

Biar susah macam mana susahpun keje, kita kena sabar. Kena tahan dan cekal. Jalankan tanggungjawab yang diberikan dengan penuh amanah. Dan, setiap kesulitan, pasti ada penyelesaiannya.

Meremang juga bulu roma membaca Berita Harian, 27 November mengenai 50,000 pekerja Malaysia pulang 2009 - Disebabkan krisis ekonomi global yang menjejaskan pertumbuhan ekonomi negara, 50,000 rakyat Malaysia yang kini bekerja di Singapura dijangka pulang ke tanah air 2009. Bukan sedikit jumlah ini. Bayangkan apabila mereka pulang nanti, tentu persaingan merebut pekerjaan menjadi semakin sengit.

Di negara kita saja ada 11 juta golongan bekerja dan daripada jumlah itu, kira2 2.1 juta daripadanya pekerja asing. Jumlah ini tidak mengambil kira 300,000 hingga 800,000 pekerja asing tanpa izin. Wah, tanpa izin berkali ganda ramai dari warga kita yang bakal pulang dari Singapura. Kalaulah, jumlah ini mampu dikurangkan, tentu ada peluang pekerjaan menanti kepada yang bakal pulang itu. Malah, silap2 tidak ada langsung rakyat Malaysia yang menganggur asalkan mereka tidak memilih pekerjaan.

Takutkan situasi ini? Gara2 satu dua kuasa besar dunia mengalami krisis ekonomi, semua negara terlibat sama. Yang miskin lagi papa, yang membangun jatuh terjelepuk dan yang kaya berpotensi muflis.

Terkenang pula aku akan nasib seorang teman yang bakal hilang pekerjaan. Aku doakan dia cepat2 dapat keje baru yang lebih menjamin dan membahagiakan. Aku faham betapa walangnya hati tanpa pekerjaan kerana sumber rezeki itu lah yang diharapkan melangsai segala hutang, menanggung diri dan menyara keluarga. Aku doakan dia tabah dan dipermudahkan Allah segala urusan. Amin.

Saturday, November 15, 2008

Sunyi dalam riuh

Hari ni nak jumpa Menteri Pertanian..pc penyerahan memorandum Pertanian Sahabat Alam Malaysia (SAM) kepada Pak Menteri. Assign kol 11 tapi aku sampai opis awal sangat. Kol 9pagi dah tercatuk. Ada le sorang abang BH Online and En Azran, boss Central. Aku ngan dorang dah macam Bermuda Triangle dah hehehe...tiga segi..jangan cinta tiga segi dah le...hisss tak sanggup aku...

Boss aku pun tak mai lagi...ari Sabtu memang cam ni...opis macam dilanggar geruda...lengang je...sama ada bebudak kat sini assignment pagi atau dorang rasa cam malas sket nak ke opis hujung2 minggu...cam ni le senarionya ari Sabtu...tunggu le petang sket..happening le nanti...masa tu masing2 tak menoleh..ketuk ketak menaip...dah print...bila editors meeting tentukan page & headline...angkat beg pelan2....cabut hahahaha tak senonoh tul ler...

Itu le..ada yang suka keje arin Sabtu, tenang katanya...ada plak yang boring (cam aku hehehe) sebab aku ni suka jamu mata nengok gelagat orang...suka berada di tempat riuh rendah sebab dalam keriuhan aku boleh dapat privacy...pelikkan? Tapi itu la...aku ni jenis yang senang 'bina kubu' dan boleh plak robohkan kubu tu bila2 masa aku suka...macam susah nak paham jer...hahaha merapu tul pepagi ni..key, nak chow jumpa pak menteri tani...

Saturday, November 8, 2008

Relaks Sekejap

Sabtu datang lagi...silih berganti tanpa mengira musim...Oktober berlalu membawa bermacam2 episod, episod menjengah memohon kenangan untuk dicipta. Ini detik terbaik melakar episod gembira dalam hidup, bukan mempalit noda dan mencakar hati orang lain.

Aku makin gembira di sini, di tempat baru yang rupa2nya menjanjikan kenikmatan dan ketenangan. Aku bersyukur ya Allah kerana diberi petunjuk untuk membuat pilihan tepat. Rakan2 baru yang menyeronokkan, suasana kerja yang menggalakkan, bos yang memahami dan berkredibiliti, pendekata menjanjikan yang muluk2 dan mententeramkan jiwa belaka. Biarpun, kadang2 sibuknya mencengkam, meskipun kadang2 terasa ingin memohon kepada Yang Maha Kuasa ditambahkan jam dan minit setiap hari namun secara keseluruhannya aku lebih ceria di sini. Mungkinkah kutemui cinta di sini? Hahaha no komen kerana masa depan belum tentu.

Jumaat semalam bertemu Kak Lyn, setelah sekian lama berjanji dan berjanji, baru kini mampu dilaksanakan. Melepak di White Town Coffee bercerita dan bersantai memang mengasyikkan. Berbicara dari hati ke hati membuatkan aku bersyukur dengan kehidupan ku sekarang. Terima kasih Ya Allah, sekian lama menderita dilorongkan jua jalan bahagia. Aku akan terus berdoa dan memohon rahmat dari MU...aku sentiasa berdoa semoga aku sentiasa berada di bawah lindunganMU...

Satu perkara yang aku perasan, hidup kat sini memang variasi berbanding ketika bekerja di sebuah majalah deko di Klang Lama. Di tempat lama dulu, aku selalu mengira hari dan cuti. Masa terasa bebeno lambatnya. Kadang2 nak menunggu sampai enam petang tu its like being tortured. Then, kol enam memasing macam anak ayam keluar kadang, berhamburan (maklum le bukannya ada OT pun..). Menjelang 6.30pm, opis dah macam kawasan perkuburan. Senyap dan sunyi. Tak macam sini, kol 11pm malam pun masih cam awal pagi hahaha...kekadang aku terpikir gak, yang mana ada anak isteri tu, tak ingat rumah kah? Dalam seminggu berapa kerat la si anak bersua muka ngan si ayah ye? Maklum, dah balik lewat malam tentula si anak dah beradu. Tapi, they seem exteremely happy...i can see from their face..ni baru betul, bekerja lah kamu seolah2 kamu akan hidup seribu tahun lagi....

Hai kalau nak cerita...kalah hikayat seribu satu malam. Setiap hari ada saja perkara baru yang menyeronokkan dan kadang kala boleh gak mengharu birukan hidup...hahaha..this is life babe.



Thursday, October 9, 2008

TENSI DAN GENGSI

Aduh..aduh...cupin buli aku lagi...sakit jiwa tul la aku ngan dia... kenapa la setiap kali khamis dia suka sangat 'gaduh-gaduh manja' ngan aku...aku tau le malam jumaat penting bagi lelaki cam dia tapi pleaseee ler...jangan le cari haru ngan aku plak....

Hari ni katanya nak buat lay out page aku kol 11 malam...hai, Cupin, agak2 la..takkan le aku nak tercogok je kat opis ni sampai jam itu..

"tak de...tak de..ko kena stay back gak..kang sape plak aku nak tanya pasal caption? Kita balik together-gether," ewah, cantiknya dia berkira-kira. Macam le aku ni tak de keje lain..nak menemankan dia...hisss si cupin ni, kang aku sorok spek dia kang...meraba2 plak dia hahaha...

"tadak..siap tak siap, aku nak balik kol 10 gak," tak kuasa aku nak menunggu aih...esok, aku ada assignment pagi petang..hujung ke hujung dunia plak tu...pagi ke Kampung Subang, petang ke Bukit Indah, Ampang...mau aku tertido sambil bawak kete kang...

Hai, sabar le hati, tahan dulu le badan ni walaupun penatnya tak usah cerita. Aku rasa dapat je bantal ni, harus tak sedar apa...hai, mata usah lena dulu...biar sampai selesai tuntutan kerja, kerana ini saja yang membantuku terus hidup dan berbakti