Showing posts with label tentang buku. Show all posts
Showing posts with label tentang buku. Show all posts

Tuesday, January 6, 2009

Musafir Cinta

Membaca amalanku sebelum tidur. Tidakkan mampu menghabiskan sebuah buku, hanya beberapa helai memadai. Namun, novel MUSAFIR CINTA karya Taufiqurrahman Al- Azizy terus membuatkan terikat dan melekat. Banyak persoalan keagamaan di dalamnya namun ada yang tidak aku bersetuju di hujungnya. Mungkin pengetahuan agama dangkal atau garapan akhir kurang lancar. Apapun, aku rasa berkaitan dengan kepercayaan.

Melayari laman web, kutemui http://wlaanda.blogspot.com/ yang baik budi membentangkan sipnosis dan ulasan. Ini sekadar sedutan, untuk lebih lanjut kena la baca bukunya..

Aku tertarik membaca tengah ulasan si penulis blog....di sini kisah bermula, di sini persoalan berbangkit dan di sini konflik tercetus...

Musafir Cinta menceritakan Iqbal bersama-sama dengan 4 pemuda ini, Firman, Surya, Parno dan Atmo. Akan tambah lagi 2 orang wanita iaitu Okta dan Idri. Mereka ini tidak percaya kepada Tuhan. Mereka menghisap dadah dan melakukan seks bebas di rumah Firman. Di rumah yang kedua ibu-bapa Firman adalah orang yang patuh kepada agama.Firman dahulunya adalah seorang yang patuh pada agama juga. Dia mengerjakan solat. Dia membaca al-Quran. Tetapi, oleh kerana adiknya diperkosa dan dibunuh, membuatkan dia tidak percaya kepada Allah. Dia sudah tidak yakin akan kasih sayangNya.

Katanya, dia mahu membunuh diri. Itulah salah satu cara dia boleh bertemu dengan Allah dan mencela segala ketidakadilan ini.Iqbal mula tergugat. Dia mula ragu-ragu kepada Allah setelah mendengar keluhan Firman. Dia juga mula bertanya, "Ya, mana dia bukti kasih sayang Allah dengan menimpakan sedemikian kepada Firman sedangkan dalam masa yang sama Firman seorang yang baik amalannya, apakah bukti hidayah Illahi..." dan banyak lagi persoalan bertubi-tubi datang ke minda Iqbal. Dia sudah tidak solat. Sudah tidak menghafaz quran. Hatinya berkecamuk. Iqbal mahu menjadi orang yang baik. Mahu mengenal pencipta alam ini iaitu Allah. Dia yakin itu. Tetapi, pertanyaan Firman kepadanya membuatkan dia terfikir dan turut terjerat sama.

Aduh! Sakit jiwa saya membaca bahagian ini. Tetapi saya gagahkan juga diri dan membaca secara cepat biar cepat sampai bahagian Iqbal menemui jawapan kepada persoalan itu semua. Bukan itu sahaja, Firman di penghujung cerita juga akan menemui makna semua dugaan yang menimpanya. Kawan-kawannya turut berubah.Dahulu, saya agak pelik kepada orang-orang seperti Firman. Ya, orang yang suka mempersoalkan kasih sayang Allah. Bagi saya, soalan tentang ketuhanan tidak boleh dilogik-logikkan menggunakan akal. Jawapan kepada persoalan itu semua tetap ada, tetapi atas faktor kekurangan ilmu, maka kekadang kita tidak mampu memberi jawapannya. Malah, amat ditakuti sekali, kita turut terjerat sama, contohnya Iqbal di dalam cerita ini.

Dahulu, saya juga merasakan orang-orang seperti Firman ini hanyalah segelintir sahaja. Tetapi, sejak akhir-akhir ini, saya tidak rasa sebegitu. Saya rasa hampir semua orang yang susah dalam kehidupannya cenderung berfikir sedemikian. Cuma ada sesetengah orang, dia tidak berani meluahkannya dan ada sesetengah orang, dia sangat agresif marah kepada Tuhan.Aduh, saya sangat kasihan kepada orang yang sebegini. Saya faham yang dia tidak akan pernah tenteram dalam hatinya walaupun secara zahir dia kelihatan gembira. Saya tahu hatinya menangis. Lalu hatinya memberontak dan cuba melawan segala "kesedihan hati" itu.

So, pendapat anda? Baca dulu baru cerita key...

Saturday, October 25, 2008

Kau tulis aku baca

Mmm...agak lama jugak aku tinggalkan blog ni...mujur le tak bersawang ek...maaf ler, sebetulnya aku sibuk kebelakangan ni, bagai dihambat keje. Cuma kalu keje hari Sabtu je, aku ada kebebasan sket...itupun, lepas story submitt, kalu tak berkulat gak la ko blog oiii...

Dalam sibuk2, sempat gak le aku ke MPH wharehouse sale bersama Hafizah Iszahanid. Mak oi, giler aku nengok buku2 kat situ, can u imagine all the dictionaries ada yang sampai jatuh harga RM5.00 dan RM3.00. Miracle world of Disney tul lah...aku pun apa lagi sambar 2 ketui. Then, ada macam2 english novel yang boleh buat korang gila macam karya Judith Mcnaught, Stephen King, Julie Garwood, John Grisham, Tom Clancy dan macam2 lagi la...daripada original price RM39.90 dijual dengan RM20. Bagi yang minat koleksi JRR Tolkien- The Lord of The Rings dan Harry Potter - JK Rowling, memang le tempat ni syurga bagi korang.

Dan bagi para ibu seperti Puan Siti Zarinah buleh le beli buku kanak-kanak kat situ. Macam2 sampai mata aku naik juling. Ada Enid Blyton, fairytales stories, children picture dictionaries dan macam2 lagi. Terlalu banyak sampaikan aku rasa nak jadi bebudak balik. Rasa aku nak menyelusuri dunia kanak2 yang ditonjolkan menerusi ilustrasi buku yang tersangat le indahnya. Bersembang sakan dengan Peter Rabbit, bernyanyi bersama Snow White, menemani si kembar Hardy melakukan penyiasatan mendebarkan, hidup dalam dunia khayalan taman permainan Enid Blyton; si Noddy dan menyepak buntut anjing Tin Tin (bukan buntut Anwar ye hahahaha) sebab aku tak suka anjing hahaha...

Pendekata, jom le kita ikut rakyat Jepun yang membaca buku tanpa mengira tempat dan ketika. Kalu tak gagah ikut cara mereka, dapat habiskan sebuah novel sehari pun tak pe. Buat permulaan aku sarankan korang sambar novel Ayat2 Cinta karya Habiburahman...sure korang tak leh letak punya macam aku yang menghabiskan dekat dua jam membaca dalam keadaan berdiri ketika menunggu giliran di pejabat pos...hahaha, aku kusyuk membaca, orang dok kusyuk menelaah aku...apa le gila budak ni berdiri dua jam sambil muka kejap2 senyum, kejap berkerut, kejap2 sayu..teruk betoi penangan si Habiburahman ni yek...