Showing posts with label suka2. Show all posts
Showing posts with label suka2. Show all posts

Thursday, April 9, 2009

Mengukur langit, menyukat laut, menyapa gunung, mengucup angin, memintal awan

Geramnya apabila ingin menulis namun usahkan sebaris bahkan sepatah ayatpun tak mahu keluar. Kenapa otakku buntu dan sebu? Kenapa ilham tak mahu menjelma? Inilah dilemma penulis, inilah gangguan pada penulis sejak zaman berzaman. Orang putih panggil writer blog, kita cuma katakan idea tak mahu keluaq...aduh...sedangkan kerja ada deadline ataun tamat tempohnya.

Kagum aku dengan penulis buku dan novel. Terutama yang saban tahun menerbitkan sampai dua tiga novel. Bagaimana mencari idea? Ketika bila dia mengarang dan mereka cerita? Bagaimana dia memperuntukkan ruang dan masa? Aduh....takjubnya. Ahhh...ajaibnya.

Dalam keluarga, aku seorang yang tersesat menceburi penulisan. Sedangkan kebanyakan ahli keluarga terbabit dengan perubatan. Dari mana lahir kemahiran menulis? Dari mana datang imaginasi? Entah..memang tak ada jawapan. Kadang2 sentuhan begitu menjadi, lumayan dan mengasyikkan. Tetapi selalu juga tergelincir lalu muncul bahasa2 jelek...

Aduh...datanglah ilham, muncul lah ayat-ayat yang sedap didengar telinga. Ketika ini, rasanya aku ingin terbang jauh merentas angkasa, melalui denai dan belukar. Andaikan aku boleh terbang, inginku kibarkan sayap, berlalu pergi menjengah bulan dan menyapa awan. Menatap kerdip bintang dan menitip pesan di angin lalu. Bahawa aku mahu pergi jauh dari kesesakan fikiran, aku mahu lari sebentar dari rutin hidup yang menyesakkan. Aku mahu ceria sehangat mentari dan bebas sebebas helang mengukur langit. Kalaulah aku boleh...kalau lah aku mampu...tidak aku menjadi aku!!!

Saturday, October 18, 2008

Tag

Tag daripada CT...

Top 2 things found in your wallet as always:
1. Cards
2. RM & cents

Top 2 things to do when i’m sad:
1. pray had - Allah ya rabbi azza wajalla
2. dok dendiam dalam bilik

Top 2 songs you can listen to again and again:
1. Full House soundtrack
2. yang menenangkan - terbaru aku suka Ayat2 Cinta dan Atas Nama Cinta - both by Rossa (jiwang gak aku ni)

Top 2 reasons to watch television:
1. Malangnya selalu tak de mase nengok tv (selalunya aku le heroin - meaning tv nengok aku ler)
2. now, i'm addicted to Friends and The Moment of Truth (suka tengok kebodohan manusia mengejar duit...inmoral tul la)

Top 2 places I’d want to visit 10 years from now:
1. Makkah al Mukaramah
2. Korea Darul Takzim (kata Nazmmy Sanusi...bila ni yeop kita nak ke sana?)

Top 2 current obsessions:
1. Novels
2. hahaha yang ni secret (Cik Lily jangan senyum)

Top 2 favorite nickname:
1. Ben
2. Benjy

Top 2 favorite food:
1. cookies
2. Curry puff (pergh eja omputeh..rindu plak ngan karipap Kak Lin...pakar dia ni, bab karipap ngan challenge dia)

Top 2 favorite snacks:
1. Mr Potatoes
2. Munchy wafer

Top 2 favorite website:
1. non specific ler...
2. semua bantai

Top 2 goals you want to accomplish:
1. Tetap rahsia
2. Limpahkah kemewahan pada keluarga aku..Insya Allah.

Top 2 favorite to do:
1. Lately, aku memang lack of sleeps..jadi, itu le yang aku nak buat..mmm sedapnya tido
2. Jalan2 cari makan, kutip pengalaman. Aku nak pusing dunia.

Top 2 favorite places:
1. Of course, kampungku yang indah permai
2. Kawasan pantai dan pergunungan. Historical sites pun best gak.

Top 2 things i can’t wait to happen:
1. hahahaha...malas nak cerita
2. hahahaha...kelakau le soalan ni..aci skip tak?

Top 2 places where I love to shop:
1. MPH
2. Semua tempat jualan murah seluruh dunia. Perfume shop di Vienna buleh buat aku gila gak

Top 2 persons to tag:
1. Angah
2. Fiza

AKU- Bila aku buleh balik ni? Story tak release lagi nih..aku nak tido uwaaa