Showing posts with label keje ari sabtu. Show all posts
Showing posts with label keje ari sabtu. Show all posts

Saturday, October 18, 2008

Bertemu Kyai Raiman

Kala menghadiri Mesyuarat Perwakilan Pergerakan Penuda UMNO Bahagian Titiwangsa di Hotel Flamingo, Ampang aku sempat berborak dengan sifu silat Tinju. Dia menetap di Bandung dan berkawan baik dengan salah seorang kenamaan. Namanya Kyai Muda Drs Ira. Raiman Satiman Taman Raden Kromo Santono Wijoyo Shantry. Banyak juga info yang aku dapat mengenai silat tinju ini yang dikatakan berasaskan aliran tenaga dalaman.

Dalam pertemuan singkat itu juga, dia banyak berkongsi cerita mengenai islam, yang bagiku amat berharga dan takkan dapat kutemui di mana2pun jua...antara yang paling aku ingat, "dalam berdoa jangan menyebut Ya Allah Ya Tuhanku, sebaliknya sebut Allah hu rabbi aza wajalla. Tuhan ini sudah bersalahan kerana merujuk banyak Tuhan majusi, tuhan buddha, hindu dan sebagainya. Sedangkan Allah itu satu, tiada duanya baru doa mujarab."

Lagi, ada satu tempat di Bandung nama Tasek Malaya, ada seorang kiyai yang sangat tua berumur lebih 180 tahun. Bertemu dengannya sehari mampu merubah diri kita kepada lebih baik. Kita menjadi orang baru yang lebih menyayangi agama. Caranya, dengan mentalkinkan kita, then ada 'court'. Insya Allah, kita akan lebih sayang Allah, lebih insaf dan sedar. Selain itu, Tasek Malaya ini juga tempat yang sangat cantik. Lebih cantik dari Bali, katanya. Aku suarakan yang satu hari nanti, aku nak ke sini, dengan tangan terbuka dia mempelawa aku datang.

Dan, nak kebaya murah2, dia ada menyebut satu tempat, tapi aku lupa. Lebih murah dari Tanah Abang, Jakarta. Kalau di Tanah Abang, sepasang kebaya bersulam, kerawang dan sarat berlabuci dijual semurah RM60 (di negara kita mau makan dua tiga ratus). Di tempat itu, boleh dibeli dengan harga dua tiga puluh. Kalau nakkan jeans tempat lain pulak, katanya. Kalau aku ngan teman2 datang, dia akan luangkan masa tunjukkan.

Banyak jugak la yang kami bualkan sebelum acara bermula. Pasal seni silat tinju, pasal hikmah tujuh baris surah Al Fatihah (termasuk simbol tujuh petala langit dan bumi, tujuh sahabat dan khalifah nabi dan sebagainya), rahsia lima anak jari dan dua tiga lagi yang sempat kami bualkan.

Membaca surah ayat2 suci kena tau terjemahan katanya, kalau tidak mana mungkin kehendak makbul dan berkesan. Empat Qul terbaik, kerana cukup serba-serbi baik tauhid (mengesakan Allah) - surah al ikhlas, menghalau jin, memerangi kafir dan satu lagi, nanti kalau ingat, aku tuliskan ye...

Ada juga serba sedikit cerita pasal novelist yang aku minat tu, Habiburahman. Dia memuji Habiburahman kerana mengangkat tema islamik. Macam-macam, kalu le ada masa panjang lagi banyak yang aku dapat.

Dia ni juga boleh mengubat orang terkena sihir. Walaupun terkena ilmu siam, Insya Allah, katanya kerana kuasa Allah Maha Luas. Moga2 ada kesempatan berbual lagi.

So, mulai hari ni, bila berdoa elakkan menyebut Tuhan ye, tapi terus ke Allah dan nama khusus untuknya. Kan ke Almaul husna tu Allah ada 99 nama. Cuba ye...

Saturday, September 20, 2008

TINJAUAN

Buat sekian kalinya, aku keje lagi ari Sabtu...bagi aku leceh sket la...fisrtly, office memang kosong macam dilanggar geruda. Secondly, aku kena buat news, aduh yang ni aku agak surrender la sebab kena tahan mental dan fizikal.

Selesai bab interview (of course make sure u tak kena scoop)...kena tampil dengan different stories compared to other newspapers...kalu tak mati la, nak menjawab, then balik kena buat story plak..Ha yang ni aku akui agak lemah, maklum le aku ni 'orang magazine' so cara penulisan aku lebih melankolik, berbunga bahasa dan membuai perasaan (kalu human interest story) tapi untuk news, semua tu tak pakai tapi u kena tepat, ringkas dan padat. Walau nampak mudah, biol jugak kepala aku nak memikirkan hatta intro sekalipun...berasap gak kepala otak ni...selalunya, dapat kat editor, kena zas zus zas gak hahaha...

Lastly, ni yang paling aku takut sekali, kita kena bertanggungjawab terhadap penulisan kita. So, jangan le ingat reporter ni boleh buat main2 dengan penulisannya, aci buat je...kononnya menfitnah, menulis dengan penokok tambahan ke apa ke...sebab silap langkah je, siaplah engkau kena bersoal jawab...selepas news editor, kalau kes terlalu kronik kena mengadap internal court sebab saman jangan buat main2 wooo...bukan ribu-riban, tapi makan juta ooo...tapi itulah...sedeh gak bila orang tuduh reporter pandai2 buat cerita. Tapi aku tak heran...adat dunia la kan...andainya penulisan kita memberi manfaat kepada pihak dia, bukan main dipuji melambung. Tapi, jangan ada silap sikit, melambung2 le nasib ko...silap-silap tercampak ke longkang...nasib, nasib...

Hari ni aku cuma buat follow up persiapan raya...orang kat sini panggil story 'cap ayam' je..maknya, news values dia memang tak ada la...tapi, aku peduli hapa...moga2 story cap ayam ni ada le pagenya...tak le sia2 berpeluh ketiak aku kat Jalan TAR tu nanti...