Sepatutnya yang berlaku semakin moden dunia, maju teknologi, makin tinggi peradaban. Namun, sebaliknya berlaku, manusia makin hilang moral, rendah martabat malah sanggup lakukan apa saja asalkan hasrat tercapai. Cita2 hidup mewah tercapai sepantas mata berkelip. Malah untuk hidup senang, apa saja yang buruk menjadi halal dan keji melilit darah daging.
Semalam benar2 hari aku belajar kemanusiaan. Setelah insiden keretaku dicuri, ini satu lagi peristiwa yang membangkitkan ketakjubanku bahawa taraf manusia kian seiring dengan haiwan.
Hari cuti, hari untuk mengulit mimpi. Biarpun, aku bukan jenis yang suka tidur hingga matahari rembang, sesekali ingin juga melayar mimpi. Pun, sms 7.15 daripada sepupuku berjaya membuka luas pelupuk mata, "Kak Nie, along ngn member kena samun. Parang di perut, abes lesap semua dompet, duit, kad bank dan kad pelajar. Sekarang dah xde apa." Lebih kurang gitu le bunyinya.
Dalam mata yang cuba dipicingkan dan masih liat untuk dibuka, aku cuba tidak panik. Sekejap. sekejap. Bagi la aku pejam seminit dua. Lama kemudian, smsnya kubalas, "Buat police report".
Itu kes yang pertama, permulaan pagi yang suci murni. Aku amat bertenang dan relaks. Hanya selepas menonton Madagascar di Midvalley, baru ku ajak member melawatnya. Bantu apa yang patut, beli apa yang patut dan sumbang apa yang boleh.
Hari yang sama berlaku pada member aku di tempat yang sepatutnya dimuliakan, diangkat martabat. Tempat yang sepatutnya dimanfaatkan untuk menginsafi diri dan bermuhasabah - SURAU. Ketika ini kawan aku ni berhajat menunaikan solat Asar di surau salah sebuah pusat membeli-belah. Sebelum mengambil wuduk, matanya bertembung dengan seorang wanita bertudung dan mengandung sedang berehat di satu sudut. Mungkin untuk melepaskan lelah maklum ibu mengandung tentu mudah lesu dan penat. Pun dalam hati kawan aku ni sangsi juga, kenapa la mata dia ni liar semacam
Benarlah, kata hati selalunya jujur. Tak lama kemudian, heboh seorang wanita kehilangan beg. Rupa2nya beg itu lesap bersama2 si wanita mengandung ini tadi. Sedaya upaya member aku membantu dengan cuba menghubungi handset wanita malang itu tadi. Sekali percubaan, ada nada deringnya, kali kedua sudah ditutup. Bijaknya wanita panjang tangan itu menyelamatkan diri. Maklum sudah biasa.
Yang menjadi persoalan betapa beraninya dia melakukan perbuatan terkutuk itu di rumah Allah. Tidak takut perhitungan hari kemudiannya. Kerana ingin senang, dosa pahala ditolak ketepi malah si pencuri rela menurutkan kata nafsu daripada takutkan balasan Allah. Lebih sadis, kata kawan aku ni, wanita malang kehilangan beg itu rabun. Begnya itu bukan saja mengisi dokumen penting malah cermin matanya. Mujur dia datang bersama kawannya, boleh juga dijadikan 'mata dan kakinya' kalau tidak, apalah yang akan jadi pada wanita itu...wallahuallam.
Kisah ketiga melibatkan rakan seofficeku. Ketika berkunjung ke galerinya di sebuah perumahan di Bangsar untuk menonton pameran karya seni sorang teman aku diberitahu mengenai insiden rompakan di rumahnya itu. Simpati aku mendengar cerita dia kehilangan beribu-ribu ringgit angkara kediamannya itu diceroboh perompak. Sebuah kereta, lap top, cash dan macam2 lagi.
Tapi, bagi aku elok lah dia turutkan permintaan perompak itu daripada kehilangan nyawa. Ngeri aku mendengar cerita rakan serumahnya yang diugut kelar leher dengan gergaji, seorang lagi rakan dipukul di belakang manakala dia dihentak di kepala.
Aku dapat bayangkan situasi yang mereka alami. Aku dapat selami trauma dan kesengsaraan yang dirasai kerana aku juga pernah merasa semua itu. Aku pernah diragut dan disamun dua kali. Masih terbayang kilat mata pisau yang hampir membenam ke kulit pipiku. Berdesing bunyinya dan kalau boleh aku tak mahu menempuhinya lagi. Mintak dijauhkan Allah.
Perkara begini membuatkan aku tak henti berfikir. Salah siapa? Masyarakat yang makin tamak haloba atau penguatkuasaan undang2 yang sangat lemah. Ketika ini, kalau aku diberi peluang membuat cadangan, ingin aku menyarankan agar hukum HUDUD digunapakai. Bukankah undang2 ISLAM yang paling adil, telus, berkesan dan menginsafkan di dunia? Itu kalau aku lah...entah apa pula yang difikirkan orang lain. Tapi, aku berharap sangat musibah sebegini dapat dielakkkan demi kesejahteraan semua. Moga doaku dimakbulkan Allah
Showing posts with label Renung2kan.... Show all posts

Monday, November 24, 2008
Friday, September 19, 2008
Jodoh
Renungkanlah sedalam-dalamnya. …
Tidak,
Jodoh tiada kaitan dengan keturunan. Hanya belum sampai masanya. Ia bagai menanti jambatan untuk ke seberang. Kalau panjang jambatannya jauhlah p erjalanan kita. Ada org jodohnya cepat sebab jambatannya singkat. Usia 25 tahun rasanya belumlah terlalu lewat. Dan usia 35tahun belum apa2 kalau sepanjang usia itu telah digunakan untuk membina kecemerlangan. Nyatakanlah perasaan dan keinginan anda itu dalam doa2 lewat sembahyang. Allah mendengar.
Wanita baik untuk lelaki yang baik, sebaliknya wanita jahat untuk lelaki yang jahat. Biar lambat jodoh asalkan mendapat Mr Right dan biar seorang diri drpd menjadi mangsa lelaki yang tidak beriman kemudian nanti.
Memang kita mudah tersilap mentafsir kehidupan ini. Kita selalu sangka, aku pasti bahagia kalau mendapat ini. Hakikatnya, apabila kita benar2 mendapat apa ya ng kita inginkan itu, ia juga dtg bersama masalah.
Kita selalu melihat org memandu kereta mewah dan terdetiklah di hati kita, bahagianya org itu. Hakikatnya apabila kita sendiri telah memiliki kereta mewah kita ditimpa pelbagai ker enah. Tidak mustahil pula org yang memandu kereta mewah(walaupun sebenarnya tak mewah)
terpaksa membayar lebih tatkala berhenti untuk membeli durian di tepi jalan. Orang lain membeli dengan harga biasa, dia terpaksa membayar berlipat ganda.
Ketika anda terperangkap dalam kesesakan jalan raya, motosikal mencelah-celah hingga mampu berada jauh di hadapan. Anda pun mengeluh,alangkah baiknya kalau aku hanya menunggang sebuah motosikal seperti itu dan cepat sampai ke tempat yang dituju. Padahal si penunggang
motosikal mungkin sedang memikirkan bilakah dia akan memandu kereta ditgh2 bandar raya.
Bukan semua yang anda sangka membahagiakan itu benar2 membahagiakan. Bahagianya mungkin ada tapi deritanya juga datang sama. Semua benda, pasti ada baik buruknya.
Demikian juga perkahwinan. Ia baik sebab ia dibenarkan oleh agama, sunnah Nabi, sebagai saluran yang betul untuk melepaskan shahwat di samping membina sahsiah dan sebagainya, tapi ia juga buruk sebab ramai org yang berkahwin hidupnya semakin tidak terurus.
Ramai orang menempah neraka sebaik sahaja melangkahkan kaki ke alam berumahtangga. Bukankah dengan ijab dan Kabul selain menghalalkan hubungan kelamin, tanggungjawab yang terpaksa dipikul juga turut banyak? Bukankah apabila anda gagal melaksanakannya, anda membina dosaseterusnya jambatan ke neraka?
Berapa ramaikah yang menyesali perkahwinan masing2 padahal dahulunya mereka bermati-matian membina janji, memupuk cinta kasih malah ada yang sanggup berkorban apa sahaja asalkan segala impian menjadi nyata?
Jika tidak sanggup untuk bergelar isteri tidak usah berkahwin dulu. Jika merasakan diri belum cukup ilmu untu k bergelar ibu ataupun ayah, belajarlah dulu. Jika rasa2 belum bersedia untuk bersabar dgn kerenah anak2, carilah dulu kesabaran itu. Jangan berkahwin dahulu sebab
kenyataannya ramai yang tidak bersedia untuk melangkah tetapi telah melompat, akhirnya jatuh terjerumus dan tidak jumpa akar berpaut tatkala cuba mendaki naik.
Berkahwin itu indah dan nikmat bagi yang benar2 mengerti tuntutan2nya.
Berkahwin itu menjanjikan pahala tidak putus2 bagi yang menjadikannya gelanggang untuk mengukuhkan iman, mencintai Tuhan dan menjadikan syurga sebagai matlamat. Berkahwin itu sempadan dari ketidaksempurnaan insan kepada kesempurnaan insan - bagi yang mengetahui rahsia2nya.
Berkahwinlah anda demi Tuhan dan Nabi-Nya, bukan berkahwin kerana perasaan dan mengikut kebiasaan. Jodoh usah terlalu dirisaukan, tiba masanya ia akan datang menjemput, namun perlu juga anda membuka lorong2nya agar jemputan itu mudah sampai dan tidak terhalang. "
Seorang teman pernah berpesan..
"Kadang2 Allah sembuny ikan matahari..
Dia datangkan petir dan kilat..
kita menangis dan tertanya-tanya,
kemana hilangnya sinar...
Rupa2nya.. Allah nak hadiahkan kita pelangi.."
"Cinta yang disemadikan tidak mungkin layu selagi adanya imbas
kembali. Hati yang remuk kembali kukuh selagi ketenangan dikecapi.
Jiwa yang pasrah bertukar haluan selagi esok masih ada. Parut yang
lama pasti kan sembuh selagi iman terselit didada..."

Subscribe to:
Posts (Atom)