Tuesday, August 23, 2011

Cerita-ceriti Kampung

Empat hari pulang kampung, serasa sudah tidak nampak jalan pulang ke Kuala Lumpur. Seronoknya berpuasa di kampung, kenikmatannya lain macam. Pertama sekali, sudah tentu masakan ibu yang sedapnya mengalahkan menu extra vaganza hotel lima bintang. Memanglah, air tangan ibu tiada bandingan. Bayangkan, kalau di KL, hidangan setakat dua jenis sudah buat perut sebu, hidangan ibu, buat saya ingin cuba semua.

Lagi setengah jam berbuka, semua sudah ready. Menitik air liur melihat rendang pucuk paku, gulai pisang, ayam masak merah hinggalah ke ikan goreng 'bodo' hehehe...mak oi, dalam hati berkira-kira mana satu nak dicapai dulu. Pulak tu ada karipap (hah, yang satu ni memang kegemaran saya, biarlah orang kata kuih meeting ke apa ke...yang ni memang kalu demam tak boleh bangun pun, saya boleh pulun sampai lima ketul hehehe), kuih lopes, aiiii limau bali pun ada..emak oh emak, mau bagi saya mati kekenyangan ke? hehehe...

Ada jus limau, teh panas, cincau...adeh, mau lah macam ular sawa kekenyangan ni...ayooo..tak hairan lah, setiap kali pulang KL semula, jarum penimbang saya mencanak-canak naik....

Hari ini, saya di KL semula, tempat saya mencari rezeki namun tidak mampu menjanjikan kebahagiaan hakiki buat saya. kota yang sentiasa menyenakkan perut dan membuatkan fikiran saya lemau lesu..

Sambil duduk2 mengambil angin petang di bawah pohon belimbing, bersama MP4 di telinga, saya suka memerhati gelagat warga kampung lalu-lalang di jalan utama sebelah rumah. Dulu, di situ ada kebun getah melaut dan di hujung kebun, terbentang memanjang lebuh raya Utara-Selatan. Kini, ladang getah itu sudah ditebang, bakal berganti perumahan tanah lot. Maka, highway yang dulunya dihalangi pemandangan ladang, kini jelas di tatapan mata.

Sedikit sedih, Ladang Kuala Kangsar yang kaya sejarahnya, yang wujud dari semenjak saya berusia bayi, gondol dan dikorbankan untuk penempatan. Kecil2 dulu, saya suka melepak di kepala tangga hanya untuk menatap bulan di sebalik ranting dan pucuk pokok getah. Lalu saya berangan, memanjat hingga hujung ranting lalu melompat ke bulan (hahahaha kreatif kan angan-angan kanak-kanak berusia 5 tahun??).

Saya khuatir dengan ulah jiran-jiran baru nanti, selama ini, rumah kami kiranya terletak di penghujung kampung menuju ke jalan besar. Bagaimana rasanya mendapat jiran2 baru nanti? Saya bukannya jenis sombong tapi saya tidak lah pula boleh dilabelkan dalam kelompok terlalu ramah. Yang mana, kenal saya, maklum akan perangai saya yang tak suka lepak dan sembang2 kosong. Makanya, saya lebih suka berdiam diri dan mendengar daripada menjaja cerita.

Entahlah...tapi saya maklum, saya harus menerima perubahan dan pembaharuan. Betapa sayangnya saya dengan ladang getah itu, saya akur ia bukan milik saya. Saya akur perubahan akan menjengah juga tapi saya sentiasa harapkan yang baik2 belaka...Semoga semuanya berlangsung dalam sejahtera dan bahagia. Amin.

Wednesday, August 17, 2011

19 Nineteen!!

Genre : Drama
Duration : 103min
Director : Jang Yong-woo
Cast : Choi Seung-hyeon, Seung Ri, Heo I-jae, Kim Yeong-ho, Lee Yeong-beom, Jeong Seong-il.
Brief Synopsis :
"19-Nineteen" is a co-production between South Korea and Japan. This coming-of-age drama stars T.O.P.(Choi Seung-hyeon) and Seung Ri-members of the popular K-pop band Bing Bang. Caught up in suspicions over the death of a 19-year-old girl, three teenagers decide to run away together, learning to trust one another while at the same time discovering the truth about the case. The trip turns into a soul-searching experience.

19? Apa perasaan anda melalui detik usia ini? 19 usia mekar meranum, ibarat bunga yang tengah kembang kelopaknya. Ini usia terbaik merancang masa depan, menentu hala tuju hidup.

Aku sendiri sudah lama meninggalkan usia ini namun manis pengalaman masih membasah di ingatan. Aku terpanggil untuk mengimbau kembali usia penuh rencah itu kala menonton filem ini. Filem yang simple namun sarat isi. Filem yang ringkas namun banyak yang boleh dipelajari.

Benar bagai dikisah, saat remaja siapa yang mahu mengerti dan memahami jiwa muda kita ketika itu. Saya faham gejolak hati tiga sahabat yang resah dituduh namun 'hilang suara' untuk mengungkap kebenaran. Percayalah saya pernah melalui detik itu.

Saya juga faham bagaimana excitednya bergelar pelarian. Kehidupan yang tidak langsung dibebani tanggungjawab sebaliknya seboleh mungkin cuba lari dihambat hakikat.

Saya pernah berada di tempat Jeong Hoon yang seringkali disalah ertikan, saya pernah memberontak dan menganggap diri selalu betul seperti Eun-hyeong dan kadangkala apabila terlintas bayangan masa depan, saya gigih berusaha seperti Min-Seo.

Jalinan persahabatan tiga individu yang mula berkenalan selepas lari dari siasatan polis diadun cukup cantik. Kadangkala kita tidak pernah ambil pusing untuk menyambung persahabatan. Adakalanya, kita sudah tahu siapa bakal ditinggalkan dan siapa akan menjadi kawan seumur hidup waktu pertama kali berjumpa. Dan, ini agaknya yang berlaku tatkala tiga individu ini bersetuju tidak mahu mendedahkan nama dan identiti masing-masing. Sedikit petikan dialog (maaf tidak seratus peratus sama)

Jeong Hoon: Persamaan kita ialah kita semua 19 tahun. Apa kata perkenalkan nama masing-masing.
Eun-Hyeong : Jangan, lebih baik tak usah perkenalkan diri. Entahkan kita berjumpa lagi ataupun tidak.

(Masing2 terdiam sebelum mengangguk setuju).

Jeong Hoon: Kalau gitu biar nombor saja wakilkan kita. Panggil saya nombor SATU.
Eun Hyeong : dan...saya DUA
Dengan muka paling suci, Min Seo: Saya TIGA BELAS..
Jeong Hoon: Kenapa TIGA BELAS pulak?
Min Seo: Saja saya suka nombor tu...

Tak payahlah saya ceritakan pengembaraan budak-budak ni. Naik keretapi, turun keretapi. Merempat ke kuil, bersembunyi di belukar, keluar hutan menuju pantai. Beberapa kali hampir di tangkap sebelum hilang di terowong dan kolong. Melepak di rumah kosong. Dikhianati orang yang paling dipercayai. Nyaris terjun bangunan kerana tidak mahu ditangkap polis hingga akhirnya kebenaran berjaya dibuktikan. Pendekata, selama 103 minit, saya cukup terhibur. Dalam ketawa, saya berdebar, dalam berseronok, saya jadi sayu.

Hanya sebaris kata-kata seorang dektetif meresap ke hati, membuatkan saya ingin kembali semula ke usia itu..

"Usia ini memang seronok, semuanya baru bagi kamu. Tapi,kamu perlu beringat akan masa depan. Percayalah, saya pun pernah berumur 19 tahun.." touchingkan? Yeah, simple sangat kata-katanya tapi mendalam ertinya bagi saya yang sudah melepasi usia itu...

Goshhhh, betapa saya ingin menjadi gadis pingitan 19 tahun semula...how i missed those days, those beautiful moment yang tidak boleh dibeli dengan wang jutaan ringgit.

Bagi mereka di luar sana yang kini berada di usia ini..cherish your day!!! Ur lucky my dear....lucky indeed!!! Happy nineteen!

Saturday, August 13, 2011

Berbuka di mana ye?

Ehemss..lamanya tak update blog..menulis pun dah rasa macam budak bertatih dah, macam budak darjah satu diarahkan cikgu buat karangan pasal "Rumah Saya" pun ada jugak. Tapi, aku tau malah aku pasti kena asah penulisan ni, kalau tak harus la berkarat..

Mmm...apa nak cerita ye...Ramadan masuk hari ke 13. Sabtu. Kerja macam biasa tapi hari ini cuma attend event 'cap ayam' kata bahasa reporternya...assignment sumbangan bantuan hari raya anjuran salah sebuah PPR (Projek Perumahan Rakyat) di ibu kota, namun tetamunya bukan calang2 orang, isteri VVIP.

Nasib baik tidak makan langsat (sesat). Setelah beberapa lama menjadi reporter dan meninjau seluruh pelosok tempat, sedikit tidak lah tergagau2 sangat...sekarang, kalau diberitahu landmark popular sesuatu tempat, diberi klue serba sedikit, Insya Allah, pasti sampai..see, saya meleret,tanda lama sungguh saya tak berkisah ria dengan blog ni..

Petang hujan lebat, buat mata saya berat. Balai Berita lengang. Kebanyakan reporter sudah angkat kaki, story dah 'clean', apa tunggu lagi? Baik lah balik berbuka dengan keluarga.

Aku? Aku masih di sini..ewaahhh...see, hujan buat saya emo, emosi saya turun naik. Adat orang bujang, berbuka asal kenyang saja. Perut aci diisi saja. Ingat nak menapau saja tapi di mana hala tuju hari ni? Kekadang serik nak membeli di Bazar Ramadan. Rupa bukan main cantik, terpandang saja fuh menitik air liur. Harga tak usah cakap berdentum naik. Setakat nasi ayam, rata2 berharga RM4.50. Silap2 sekali berbelanja mahu berbelas ringgit. Kalau harga setanding rasa, tak mengapa lah juga. Ini separuh makan, tekak dah tak boleh terima. Selalunya bukan ada rasa tapi lebih rasa masin, masam..aduh! Kenapa macam ni ek..sepatutnya, bulan2 Mulia ni belajar la buat amal ibadat sikit, ambil pahala banyak2...kalau tak mahu turunkan harga, masak sedap2 bagi orang makan..

Bercakap berbuka di mana, kesian juga dengan Suzan. Dia kerja petang, nak ajak kengkawan berbuka masing2 dah ada janji.

Aku: Buka di mana Suz?
Dia : Sinilah. Mana lagi.
Aku: Dengan sape?
Dia: Sorang lah. Terpaksa lah aku order McD.

Siannya. Aku pun berbuka sorang juga tapi nak menunggu sampai jam tujuh kat sini, tak terdaya rasanya. Ingat nak menapau MCD jugak..sesekali jadi omputeh berbuka ni..hehehe sebenarnya, itu je yang senang...adoiii ni le dilemma orang bujang yang keje tak tentu macam aku. Orang cuti ko keje, orang keja ko cuti..apa nak buat, redha je la...

hahahaha sekian dulu..kalu aku rajin, jumpa ler lagi...suka tak baca entry sengal ni?
aku nak air ni..jus tembikai..sruttttt

dengan ni...ubi kayu rebus..nyummmmmm.....

Wednesday, April 13, 2011

Nak tutup blog

Malas dah nak tulis blog, ingat nak tutup je blog nih...hendak kata sibuk sangat dengan kerja, tidaklah sangat walaupun kadang2 nak ke tandas pun berkira...melekat je kat kerusi. Nak kata tak de cerita, banyak juga hendak dikisahkan..entahlah mungkin mood berkongsi cerita dah tak ada...tengah fikir ni, tapi hati berat je rasa nak tutup je blog nih...

Thursday, March 17, 2011

Jangan Dekati Aku Lagi

Apa dunia ini sudah hilang waras?
Penipuan dihalalkan, dianggap sebagai membantu,
Malah minta dihargai,
Dan, menyalahkan orang lain yang menyebabkan dia bergelar penipu

Apakah dunia ini sudah hilang akal?
Apabila ketaksuban semakin merajai,
Terlalu hanyut dan obses dengan apa yang diburu,
Hingga nilai sebuah persahabatan dipinggirkan,
Sama taraf seperti sekumpulan penyanyi terkinja2 di atas pentas.

Dunia semakin pening, manusia semakin haru-biru,
Sampai penipuan dianggap satu yang munasabah,
Taksub memuja dianggap perkara mulia,

Arghh, aku sepatutnya tidak berdampingan dengan manusia seperti itu,
Aku sepatutnya tidak memberi muka dengan manusia seperti itu,
Manusia yang berbuat salah tapi tega meletakkan kesalahan di bahu orang lain,
Manusia yang tidak mahu munasabah,
Manusia yang hanya pandai melahirkan kata maaf tetapi di hujung hari,
Menitipkan ayat2 pijar, lambang hati tidak tulus...

Memang sepatutnya dari dulu lagi kujauhi mereka itu,
Tanpa mereka hidupku pasti akan setenang bayu menyapa laut,
Satu pintaku, jangan mendekatku lagi dengan kerenah memeningkan kepala itu,
Kerana aku di sini,
Menanam tekad memulakan hidup baru!!!

Thursday, February 24, 2011

Tsunami Merah Putih


Hah, ini le dia kemeja korporatnya digayakan oleh mak + anak dara Metro..dari kiri Niniey, Mai, Echa dan Tini...(gambar ehsan kak Tini :) ) ...amacam lawa tak?

Hari ni NSTP Group dilanda tsunami putih merah...jangan panik bukan diserang mat2 dan minah2 indon mee tu tapi sebab semua staffnya mengenakan uniform rasmi. Macam2 gaya dan rupa, pandang orang ni nampak macam ahli farmasi, toleh ke kanan, macam driver rapid KL...toleh kiri macam pembantu hospital rumah sakit jiwa. Ada juga yang mirip2 driver teksi, pilot, promoter kaunter minyak wangi, penjual tiket wayang etc etc...paling tak tahan tu ada tertulis nama di sebelah kiri baju...adeh, tak buleh letak nama samaran ke? Kot2 dipertimbangkan nak gak letak Angelina Jolie ke, Shin Min Ah ke, Lee Hong Ki ke...kalu Kak Lyn mesti dia pilih Hyun Bin tak pun Dust Bin...hahaha enough merepek! Jom sambung keje!

Tuesday, February 8, 2011

Ko tu betul sangat la???

" Negara kita memang macam ni le,. teruk!" Kata-katanya yang lantang tu membuatkan aku panggung kepala. Berhenti sejenak mengira2 wang dalam wallet. Siapa pula yang main lepas cakap di kaunter pembayaran Giant Bandar Kinrara kala Maghrib, jam hampir menjengah 8 malam ni.

Seorang lelaki. Dah berpangkat pakcik pun. Kujengah apa yang dibeli pada senja Sabtu yang permai ini. Periuk elektrik, dua kampit kecil beras, tepung dan ada satu dua lagi. Hai, macam ada yang tak kena je dengan dia ni. Macam nak menarik perhatian pun ada. Aku yang menunggu giliran membayar selepasnya, dah mula menggoyang-goyangkan kaki.

"Huh, kerajaan tak ada apa yang boleh dibuat, saya ni antara golongan yang tertindas,tertindas," bentaknya lagi. Aku merenung tepat mukanya. Sah, fius putus.

Lagi dia galak bercakap, membuatkan dua pekerja kaunter sengih-sengih kerang. Macam hendak tak hendak je melayan dia bercakap.

" Tengok apa jadi kat Mesir??? Dah kucar-kacir, itu semua pasal dorang tak sembahyang la tu. Tak ingat nak solat," aku makin berminat pasang telinga. Sebenarnya tak payah pasang pun, suara dia dah cukup kuat. Dah macam bergema-gema dah.

Panas je telinga aku, amboi sesedap rasa ko mengutuk orang ye. Yang ko tu maghrib2 begini membeli-belah kat Giant tu apa ke jadahnya? Patutnya ko sekarang ni mengimamkan solat anak bini ko. Hey, cakap siang pandang2, cakap malam dengar2. Aku yang pompuan ni memang le ada excusenya. Hah, malas aku nak melayan orang yang 'tolak habuk' macam ni..hah! Cepat, aku nak membayar dah ni..nak balik rumah cepat, nak mandi, badan dah melekit.

Selepas membayar, terpaksa la mengangkut barang2 dia tu dengan tangan je. Kan ke hari Sabtu di Selangor ni tak dibekalkan plastik beg. Nak tergelak pun ada, sanggup bersusah payah mengangkut semata2 sayangkan duit nak beli plastic bag yang tak berapa sen.

Selang beberapa saat dia blah, pekerja kaunter dah  berbunyi, "cakap berdegar2, beg plastik yang tak berapa sen tak berbeli." Aku gelak besar. Ku pandang budak berdua tu, kami sama2 gelak besar.

" Ha ah, cakap bukan main. Kesian orang macam tu," kataku.
"Betul2," kata budak kaunter tu.

Itu le dia drama sebabak. Mungkin hanya secebis kisah tapi cukup untuk dijadikan teladan bagi yang mahu berfikir dan bermuhasabah. Moralnya, cermin diri tu dulu sebelum mengata orang. Dan, kalau ada sedara seislam ditimpa musibah, jangan dihina, jangan dikeji, hulurkan sedikit rasa simpati. Fikirkan tak puas hati ko, memang lah nature manusia tak pernah puas hati. Hai, pakcik2 kesian aku nengokkan ko...bilalah ketam nak berjalan lurus ye? Entahlah..