Saturday, December 10, 2011
Change!
Bukan aku menentang perubahan, bukan aku menidakkan bahawa dalam hidup bukan ada dua tiga kali pertukaran tapi alangkah sedihnya kalau benda sedia elok diubah. Sepatutnya dari duka menjadi bahagia bukan dari gembira bertukar menjadi sendu.
Aku akur malah maklum ini risiko yang aku sanggupi dulu ketika mula2 mendaftar ke sini namun bila tiba ketikanya, kenapa hati payah hendak menerima?
Saturday, November 12, 2011
Breaking Dawn is just around the corner
Wow! Twilight Saga: Breaking Dawn is coming out soon. Movie posternya dah terentang di jenjatas berdekatan office aku ni. Ini kiranya episode terakhir filem yang mempunyai peminatnya tersendiri ini, filem yang diadaptasi dari novel penulis yang dulunya kukira 'underdog' Stephenie Meyer namun namanya mencanak-canak naik selepas Twilight menggegar pawagam.
Bumbunya mudah, pontianak, Edward Cullen yang jatuh cinta dengan manusia biasa, si gadis polos Isabella 'Bella' Swan. Kemudian bertukar kepada cinta tiga segi apabila serigala jadian Jacob Black terjebak sama. Si Black yang asalnya kawan sepermainan ketika kecil2 dulu turut menaruh hati terhadap Bella.
Ringkas kan? Namun kerana sensualnya dan kebetulan dibintangi pelakon kacak dan lawa, mudah saja menarik berpusu-pusu orang ke panggung termasuk lah saya hehehe...Tidak cukup menonton di layar perak, rangkaian novelnya dibeli pula buat koleksi. Begitulah penangan Twillight terhadap saya.
Suka benar saya melihat permai pekan Folks, Washington yang dipaparkan dalam movie itu. Namun, membacanya lebih indah, imaginasi saya menerawang melampaui segar subur hutan painnnya, kabus tebal yang sentiasa menyelubungi seluruh pekan, pantai memutih diselangi kawasan berbatu khusus bersantai juga menghayati keindahan biru laut. Sesekali camar terbang lalu, ombak berdesir membawa bau manis seisi laut.
Rerumput basah hutan pain ditaburi bunga liar. Lereng pergunungan berbalam2 di waktu malam dan siang, indahnya bagai karya lukisan agung. Aduh, belum dicampur imaginasi rumah kaca Edward. Setiap bilik dilengkapi balkoni dan apabila menjengah ke luar, syahdu memandang hutan pain yang basah selepas hujan. Dan, apakala purnama mengambang, cahaya bulan merembes menerangi ruang bilik. Hahaha saya, rasa imaginasi saya lebih hebat dari layar filemnya. Itulah kuasa pembacaan ye. Dan, itulah penangan membaca penghasilan karya bermutu lagi terbilang. Dan, sebab itu juga saya sangat2 kecewa kalau membaca karya yang bagai melepas batuk di tangga, terawang-awangan atau dengan kata lain tidak berpijak di bumi nyata@ syok sendiri. Sangat2 kecewa.
Aduhai, jauhnya saya merepek. Dah menyimpang dari tujuan asal nak mewar-warkan filem ini bakal menjengah pawagam. Apa lagi, Twilight mania, jom serang panggung saksikan konflik yang menyenakkan perut. Bella bertukar menjadi pontianak, mengahwini Edward lalu dikurniakan anak perempuan bernama Renesmee. Menariknya, pembesarannya terlalu cepat melangkau fitrah manusia sebelum diimprint (kata mudahnya dicap mohor) Jacob Black...Jom tonton!

Kononnya inilah Renesmee
Mackanzie Foy aktres cilik yang melakonkan Renesmee...comey macam Suri anak TomKat
Thursday, November 10, 2011
Kawan dan kebahagiaan
Lama tak dengar cerita encik Razak, bekas rakan sekerja di tempat lama, tiba-tiba dia call. Asalnya, dia menyuruhku menukar lay out blog kemudian bersembang panjang pula.
Encik Razak: Jangan le letak banyak2 sangat gambar kat blog tu, susah la nak baca..
Aku: Aiii baca jugak ke blog saya? entah2 en Razak tersalah blog tak? Blog orang lain dibacanya kot...
En Razak: Blog awak la, ada korea2, ada Island FT (hahaha correction; FT Island la en Razak oiii)
Lepas tu macam biasa lah en Razak...potpetpotpet..berkisah dari satu bab ke satu bab...termasuklah menanya "berapa kilo dah naik badan tu?,"tanyanya.
"Hehehe dah malas nak kira dah en Razak oiiii...,"jawabku lirih. Bersembang lagi sampai masuk topik makan ikan bakar belakang istana bagai.
Hakikatnya, seronok mendengar khabar dari kawan lama. Banyak sangat nak diceritakan maklum dah bertahun tak bersua muka dibatas dek kesibukan dan tiada kesempatan.
Lalu, saya terkenang lagi dengan seorang kawan lama, Haniza Baron yang kini menetap di UK. Berkahwin dengan orang Perancis dan kini dikurniakan dua orang anak. Saya sempat dua kali berjumpa dia sekeluarga ketika bercuti aidilfitri (memang resamnya akan bercuti kira-kira sebulan menjelang hari lebaran).
Comel sungguh Phia (Sofea)..dalam hati berkata, "budak ni kalau besar nanti mau jadi aktres ni." Maklum, anak mat saleh, mixed blood harus la comel ye tak? Dan, Niza pula suka mengabadikan gambar Phia dalam pelbagai pose dan antara yang menarik perhatianku yang kusertakan di blog ini (Niza, aku pinjam sekejap ye). Tak sangka Niza ada bakat fotografi ye...
Seronok melihat kebahagiaan orang lain,ibarat kegembiraan itu melimpah ke diri kita juga. Saya tumpang seronok je la ye..ia bagai suntikan semangat buat diri saya juga. Semoga saya pun bahagia.....

Ayu sungguh Phia anak si Niza kan...
Yohan, anak nombor dua..ayooo rasa nak geget pipi chubby dia tu
Saturday, November 5, 2011
Maaf, aku hanya mampu bertahan semusim
Esok Aidil Adha dan aku masih lagi di office, bekerja sampai petang. Makanya, tahun ini kali keempat aku beraya di ibu kota. Tapi, tahun ni adalah jugak penemannya, si Aydajihu yang tidak dapat pulang ke kampung kerana perlu menyiapkan reportnya. Ahhh, kerja memang menuntut pengorbanan dan selalunya Hari Raya Korban lah yang menjadi korbannya.
Hari ini aku mengaku mengorbankan sebuah persahabatan. Persahabatan yang tidak mampu aku pertahankan dan kerana aku lelah menjadi mangsa hentaman dan kritikannya. Orang kata persahabatan kalau dibina atas dasar keseronokan semata tidak akan bertahan lama dan kata2 itu kini, benar dan terbukti.
Aku cuba ikhlas, jujur namun sampai bila aku harus mengikut telunjuknya dan menjunjung egonya. Setiap kali, acap kali aku terpinga2 dengan tindakannya yang menghentam aku dalam facebook. Tanpa sebab, aku turut menjadi mangsa kemarahan dan ketidakpuasan hatinya. Semakin aku tidak membalas, semakin aku diam, semakin galak dia mengutuk. Dulu, aku berpegang kepada kata2 'diam tidak beerti kalah'. Dulu, aku tidak akan menjadikan facebook sebagai 'tools' untuk melepaskan amarah dan mengutuk sesama umat namun kerana kata2nya yang keterlaluan itu, segala prinsip aku langgar. Aku dah bukan diri aku lagi. Itu yang aku tak mau, berubah menjadi orang lain.
Apabila aku menjawab, semakin dia mengeluarkan kata-kata yang menyakitkan hati. Apabila aku menyanggah, dia menganggap aku menyerangnya.
Maka, tiada cara lain selain membenamkan persahabatan ini hingga ke dasar yang tidak akan kujejaki lagi. Daripada aku mengumpul dosa, lebih baik aku melangkah pergi. Daripada aku makan hati dan sentiasa berprasangka, lebih baik aku mengucapkan selamat tinggal. So Long.
So, buat dia, binalah persahabatan berlandaskan keikhlasan. Cubalah bertolak ansur dalam persahabatan demi kebaikan semua pihak. Jangan mencaci dan memaki sesedap rasa tanpa memikirkan natijahnya. Jangan pentingkan diri dan jangan memaksa orang mengikut telunjuk kamu.
Paling penting, jaga kata-kata, jangan sampai mengoyakkan hati dan perasaan orang lain. Tempatkan diri kamu di tempat sahabatmu, baru kamu akan belajar menghargai hati orang lain. Maaf, aku hanya mampu bertahan semusim. Maaf, aku tidak menyambung persahabatan yang banyak hempedu dari madu kerana aku tidak sudi menjadi 'punch bag' kamu.
Selamat tinggal. Sayonara. Thanks for everything.
Friday, October 21, 2011
Kematian dan Perubahan
Jumaat yang sepi. Bilik berita turut terkena tempiasnya. Apabila sunyi, kita terdorong untuk memikirkan pelbagai perkara dari soal hidup sendiri, kawan2 sekeliling sampailah kepada isu global. Semuanya akan bersimpang siur di fikiran.
Semalam, Muammar Gaddafi, bekas pemimpim Libya mati ditembak oleh pemberontak, di bandar kelahirannya Sirte. Setelah 41 tahun memerintah dan lapan bulan diburu pejuang revolusi, Gaddafi tewas ditembak di kepala.
Aduh, berapa banyak kematian harus disaksikan pada tahun ini. Rasanya sejak bergelar reporter akhbar ini, kerap sangat dihujani dengan berita kematian. Pantang selak akhbar, ada saja berita kematian terpampang di depan mata. Kemalangan, lemas, dibunuh, terbunuh...aduh! Semuanya mengerikan. Kematian berpunca tragedi lebih takut dan menyesakkan. Setakat membaca di akhbar boleh tahan lagi tetapi jika menyaksikan sendiri di hadapan mata apatah lagi perlu membuat liputan, dalam cuak terpaksa juga menjalankan tanggungjawab sehingga ke titik akhir.
Minggu lepas, dikejutkan dengan kematian seorang rakan sepejabat. Orangnya masih muda dan ada segala. Belum pun berumahtangga tetapi kalau ajal sudah menjemput, sesaat tidak tertangguh. Sempat juga mengunjungi buat kali terakhir, sebak dan insaf menatap seseorang yang dulunya ceria namun kini menjadi jenazah. Perkara itu membuatkan saya insaf dan akur kematian akan menjengah pada bila2 masa tapi bersediakah kita?
Namun, dalam pada itu, sedih juga kerana ada kalangan sahabat yang sudah berubah rentak hidup dan laku. Aku tidak pasti sebab dia berubah 360 darjah begitu tetapi tertanya2 dalam hati kenapa harus jalan itu yang dipilih? Yalah, kalau berubah daripada tidak baik kepada perkara baik, kita akan beri sokongan dan sekalung tahniah tetapi apahal pula mencari jalan yang boleh memudaratkan diri dan orang tersayang.
Saya bukan baik sangat namun saya sentiasa mencari jalan untuk menjadi insan yang lebih baik hari ini berbanding semalam. Saya paling takut terjerumus dengan dosa besar apatah lagi dosa itu disebabkan maksiat. Sejarah hidup saya, saya kenal pelbagai lapisan orang lebih-lebih lelaki. Pergaulan saya bebas namun saya tahu meletakkan batas. Saya bersyukur kerana menjadi insan yang tahu berfikir panjang. Saya akui sangat sosial dulu tetapi dalam pada itu Alhamdulillah, saya tidak pernah terbabas. Mungkin kerana sejak awal2 saya sudah meletakkan garis sempadan mengenai yang baik dan yang mana pula boleh merosakkan diri. Buktinya, meskipun dulu, saya pernah mengunjungi kelab malam dan suka menikmati live music di pub, tapi tertib tetap saya jaga. Namun, saya belum boleh lagi membuang perangai suka ke konsert hehehe tak apa lah, itu saja passion saya yang tinggal.
Tetapi, saya berani jamin, saya tetap menjaga tertib dan memelihara diri dari terjebak ke kancah maksiat. Itu sebab saya sedih bila ada kawan yang kukuh asas agamanya, sudah menjadi seperti orang lain. Hai, serba salah dibuatnya. Hendak ditegur, siapalah saya, sudahlah cetek pengalaman, apa hujah yang boleh saya beri untuk mengalahkannya yang lebih arif hukum-hakam.
Hanya saya berharap dan berdoa agar segalanya baik belaka. Saya akui sangat takut akan balasanNYA. Orang kata, semuanya dibayar tunai sekarang, tak payah tunggu alam kekal di sana. Kalau saya tersilap, saya minta ampun dari hujung rambut hingga ke hujung kaki. Maklum saya manusia, tidak lepas dari kesilapan dan cenderung membuat persepsi sendiri. Kalau apa yang saya fikir betul, saya pohon sangat2 kembalilah semula ke diri yang asal. Kerana apa? Kerana kita hidup tidak lama. Kerana kita hidup demi mencari keredhaanNYA...marilah sama2 kita doa agar tidak tersasar ye...bukan saja untuk diri sendiri tetapi buat mereka yang kita sayang. Yang mewarnai sebahagian kehidupan kita yang singkat ini. Amin.

jom layan lagu ni...aduh sayunya...
Saturday, October 15, 2011
Beli Buku Lagi....
Kelmarin, ketika mengikut Hafizah Iszahanid ke salah sebuah toko buku murah, tanpa sengaja terbeli dua buah buku. Melihat harganya yang bukan main murah, laju saja tangan menyambar dua novel berkulit keras karya Lisa See itu.
Berlatarkan kehidupan masyarakat cina zaman feudalisme, perkara pertama yang membuatkan aku tertarik memilikinya disebabkan persembahan plot cerita tersusun cantik, bahasa yang ringkas serta mudah faham selain aku memang penggila novel bertemakan budaya berlatar belakangkan zaman lampau.
Maklum, kita tidak hidup zaman itu menyebabkan perasaan ingin tahu membuak-buak. Dan, yang paling mengujakan, penulisnya sendiri bukan berbangsa cina tulin tetapi seorang wanita Inggeris yang kukira mungkin sudah lama terdedah serta menetap di negara yang sudah tua peradabannya itu.
Ketika membelek2 dan sempat membaca sepintas lalu dua tiga baris ayat serta bab, jalan ceritanya memang memukau selain dihurai secara terperinci. So, aku harap tidak kecewalah nanti. Bukannya aku berkira sangat tetapi di saat masa benar2 terhad dan sentiasa sibuk, aku kini lebih mengutamakan bahan bacaan berkualiti.
Jujur aku katakan, kalau dulu sebuah novel sederhana tebal boleh kukhatamkan dalam masa dua hari, sekarang disebabkan kesibukan dan masa yang tinggal serpih terpaksa dibahagikan untuk menonton televisyen, bersiar-siar, 'house cleaning' etc, kadang2 sebuah novel memakan masa sebulan untuk ditamatkan. Itupun, kalau aku mengambil masa kira2 15 minit sebelum tidur membacanya. Kalau tidak eheh wasalam la jawabnya.
Di rak buku, berlambak novel yang belum dibaca termasuk sebahagiannya kuborong pada Pesta Buku tahun lalu (hahahaha memang dasar pemalaskan?). Itu belum campur koleksi komik yang dibeli namun sehingga hari ini hanya menatap kulitnya saja, belum berkira-kira dan ada hati untuk mula membaca.

Aduh, apa nak jadi la...makin lama makin kronik...dan, kuharap sesangat Lisa See ini tidak menerima nasib seperti novel-novel lain. Yang akhirnya menjadi pekasam dan mengumpul debu serta habuk di rak buku hahahaha.....moga2 lah tidak ye...so, Bennie...aza aza hwaiting (dalam bahasa Korea, berusaha, berjuang! hahaha tetap juga nak Korea ye...)...selamat membaca untuk diriku dan semua peminat buku tegar di luar sana...
![]() |
Kulit tebal, harga murah, karya menarik...kualiti dicari2 bagi sebuah buku..yang tak sedapnya, si pembeli...bila mau baca daaa... hahahaha |
Wednesday, October 12, 2011
Getik Dengan Fanatik!
Pernah tak korang merasa bosan yang teramat sangat? Bosan dan jelak sehingga tiada apa pun di dalam seisi dunia ini mampu menggembirakan anda?
Seorang teman sepejabat yang dikenali selalu mengalah dan bertimbang rasa mengadu sejak akhir2 ini dia sering ingin marah dan bencikan orang tanpa sebab. Dia yang sebelum ini tidak pandai memberontak sudah pandai 'buat muka' kalau ada sesuatu yang tidak menyenangkan hatinya.
"Perubahan hormon kot..." kataku demi menyedapkan hati dia..."Maklumlah di kala usia hujung 20 an ni macam2 perkara yang menyenakkan fikiran, selalunya yang tidak menyenangkan berbanding menggembirakan," tokokku.
Itu kisah dia. Aku pula sejak akhir2 ni meluat sesangat dengan golongan yang fanatik dan suka menghamburkan kemarahan beserta maki hamun dalam facebook mereka. Lebih mengaibkan, kadangkala ada komen mereka menyentuh fizikal orang lain. Bicara sedap mulut seolah-olah hilang pertimbangan. Seolah-olah takkan berhadapan lagi dengan individu yang menjadi mangsa kritikannya.
Alah, kadang2 sebabnya terlalu remeh, pasal idol??? Ya, mungkin anda tidak percaya tetapi percayalah ada orang yang terlalu fanatik dengan selebriti pujaan mereka. Meminati baik, petanda sihat kerana dibekalkan dengan sifat kasih dan mahu menyanyangi sesama insan. Tapi, apa halnya kalau terlebih dos hingga pantang disentuh langsung lalu melenting dan mengeluarkan kata-kata yang tidak enak langsung dibaca apatah lagi didengar.
Minat boleh tapi jangan sampai memuja, itu sudah salah dan menyimpang dari agama. Lain halnya, kalau idol itu kekasih kamu, haruslah kamu membentak dan melenting. Tetapi si polan tu haram langsung tak kenal siapa kamu. Lalu, apa yang kamu dapat selain mengumpul dosa kerana melukakan hati orang lain.
Entahlah, benarlah agaknya dunia sudah akhir zaman. Di saat ini, artis didewa2kan dan dipuja berlebihan. Sesungguhnya fenomena ini amat menakutkan kerana membabitkan kita yang kununnya sudah matang berfikiran walhal hakikatnya mengalahkan bebudak berumur 6 tahun.
Ini tidak bermakna aku tidak mempunyai idola. Aku mengaku ada selebriti yang aku suka tetapi tidaklah sampai berangan-angan hendak memeluk gunung. Tidaklah sampai sanggup memusuhi orang yang mencela selebriti kuminati itu. Bagiku, masing2 punya hak untuk bercakap dan menyuarakan padangan. Dia tidak suka, dia punya pasal, aku tidak rugi apa-apapun...malah, aku selalu bertegas dengan diri jangan sampai mengumpul musuh hanya kerana ingin menegakkan sesuatu yang kita suka. Ingat, kepala sama hitam, hati lain-lain. So, agak2 lah ye...
Semoga aku dijauhi daripada perangai fanatik yang bukan2 ni..amin

FT ISLAND..aku memang minat habes ngan grup ni tapi kalau korang nak kutuk lantak lah, tak jadi kudis langsung...bukan aku dapat royalti pun bela dorang ni
Subscribe to:
Posts (Atom)