Sunday, June 6, 2010

Sparkling Korea Pic

Lepas mengabeskan duit, bergambo pulak..baik uni (kakak) ni..kat kedai dia ni syok borong, dia suka bagi free gift :)


Antara cenderamata selebriti yang dijual..pilih je mana berkenan dari sapu tangan, button, rantai kunci, rantai handphone, bekas tisu eh macam2 la..


trek kuda di belakang istana



balairung seri



Saling tak tumpah macam pengawal Buckingham Palace..usiklah apapun, seinci tak bergerak..ada ke patut member aku tarik janggut dan bendera dia..nampak tak pedang dia tu? hisss..tak berani teman..

laluan berbata menuju balairung seri..di dalam tu la penggambaran drama bersiri Hong Gil Dong dilakukan....saat pembesar sembah menghadap Maharaja Chang Wi.

Jelmaan hulubalang lama istana Kyongbok


Satu2nya masjid besar terletak di Itaewon...you all akan jemu tengok aku menge'pose' je la...maklum le bukan senang, selalu pegi sebab keje. Yang ni sendirinya hal, tu yang tetiba kemaruk bergambar tu hehehe


Pose tak berapa nak maut berlatar belakangkan tebuan bunga gergasi..dah ada yang nak ngambikkan gambo, kita pun hentam pose ler..


meriah bunga pelbagai warna dan spesis. Ada lak tikus comel di tengah jelapang


aku dan skandal naik choo choo train..cute betul belon arnab yang dia buat tuh :)


Untuk ke Safari World kena naik cable car..syoknya berjuntai2 kaki..macam kanak2 ribena :)


Inilah Everland, taman tema tercantik di Korea. Cuba tengok jalan bitumin tu..bersihkan?


tengok le kehijauan rumput di bawah sana..jangan tengok saya..pose memanjang...hahaha



Menyusuri kubu dan kota lama di Suwon. Syahdu cuaca dan pemandangan di sini.



Tak dapat jumpa pelakonnya, bergambar kat signboard ni pun kira ok lah :)


Tiga dara cuba pose ala2 Charlie's Angels tapi hampeh tak jadi..sebenonya teruja ngan photographer haha


Pose tak hengat di Nami Island


Pokun Bab (nasi goreng)...sedap gak, bila tengok kitaorang terkial2, si Dean datang mengacaunya...fuh lagi sedap jadinya hahaha

Syok bergambar ngan Ruby di perhentian menuju Nami Island...


Kat tengah jalan...kira cam divider la ni..ada hiasan cute gini

Deretan kedai di Itaewon..sini meriah barang dan foreigners


Demam bola beb..banyak kedai jual jersi



Di Itaewon ada pemilihan Mayor baru...merasalah tengok dorang berkempen...ingat nak join sekali tapi lain kulit la hahaha


Walaupun tak de sistem u-turn kat sana, dorang macam tau2 je bila nak belok, bila nak bagi laluan...kalau accident tak de lak jam..heran gak



Pemandangan Han River, seronok lepak2 di padang rumput tepi sungai tu. Sungai ni sangat terkenal dan selalu dorang shooting drama dan filem kat sini.

Biru air laut di Nami Island kan...sejuknya bila terpercik ke muka..
air pancut di Everland. Cuba berdiri di tepinya, sejuk macam percikan salji halus.

Amboi susah payah jugaklah baru dapat down load gambar2 ni. Berukband (broadband) problem, asyik sangkut je..hampir2 gak putus asa tapi mengenangkan janji dengan kawan2 diturutkan jugaklah..
Ini baru sebahagian gambar sedangkan dalam kamera ada beratus keping lagi..tapi mana2 yang patut tu biar aku simpan sendirilah, untuk diabadikan dalam memori. So, tengok2lah ye..kot2 nanti berhajat cuti-cuti Korea, adalah serba sedikit bayangannya. Enjoy! (untuk diri sendiri selebihnya hehehe...)

Friday, June 4, 2010

Sparkling Korea

Ehem..macam mana nak cakap ek...aduh, jenuh mikir ayat2 paling indah tapi tak leh lawan hati yang kembang berbunga ni :). Bercuti memang menyeronokkan tambah2 dapat ke seberang laut, beribu2 batu jauhnya. Ke negara orang, tengok budaya orang, rasai pengalaman hidup di tempat orang. Bukan sekali dua aku ke luar negara (mostly urusan kerja) tapi cuti kali ni lain rasanya, lain sangat. Indahnya bercuti di Korea. Indah sangat. Ingin aku menyebutnya seribu kali, tidak sejuta kali. Tapi setiap kali jugalah bibir ini menguntum senyum. Mengingat bait2 kenangan, momento2 indah yang telah ditinggalkan. Tapi, berazam untuk menjejak dan mengutipnya sekali.

Mengenang keindahan dan keseronokan pertama kali menjejak kaki ke Pulau Nami tak mampu diungkap dengan kata2. Tanah indah menyaksikan cinta sejati Junsang dan Yujin lewat filem epik cinta Winter Sonata. Biarpun ketika persinggahan ku musim bunga hampir ke penghujung membawa angin musim panas, namun sejuknya masih terasa. Seronoknya berjalan2 menyusuri pohon2 rimbun di bawah cuaca 17 selsius. Dan, sesekali angin bertiup membawa harum bunga sakura mengiringi perjalanan.

Pulau ini bersih dan mulus. Bayangkan sepanjang perjalanan usahkan nak berjumpa sampah, ludah orang pun tidak. Kagumnya aku. Bersihnya. Leka seketika menatap daun2 hijau bergabung dengan kuning, merah dan jingga maple. Rumputnya hijau dan terpelihara. Kebetulan rombongan kami datang, warga Korea bercuti hujung minggu. Maka ramailah pasangan muda-mudi ke sana. Yang bekeluarga membawa anak, isteri dan saudara-mara.

Anak2 muda Korea cantik2 dan handal berfesyen. Untungnya kulit mereka mulus, gebu dan putih. Di mana2 saja akan nampak kelibat Rain, Son Dambi, Lee Joon Ki dan sebagainya. Tak payah sibuk2 mencari artis, orang Korea memang lawa2. Ada yang sangat berani berfesyen, wah rambut bukan main blonde namun bila berjumpa nenek tua, hormat sangat, asyik menunduk. Ada juga army yang diberi cuti, berjalan bersama hamoni (nenek) dan oma (ibu). Suka tengok institusi keluarga mereka.

Mereka sangat hormatkan orang walaupun kami warga asing. Kadangkala naik segan nak bergambar apabila mereka berdiri di tepi memberi laluan kami pose di papan tanda atau mana2 tempat. Sebolehnya dia akan menepi. Dan selepas mengucapkan Kamshanida (terima kasih) mereka akan menunduk dan senyum. Senyumnya sangat ikhlas.

Apa ada di Pulau Nami? Setiap ceruk ada pemandangan indah2. Macam dalam postcard. Ada juga patung hero-heroin tu. Kereta kuda menyusuri jalan berbatu kerikil dan sesekali pasangan kekasih mencelah dengan basikal. Ada arca salji sebijik macam dibentuk Junsang dan Ujin. Sempat jugaklah aku snap gambar. Berjalan di mana2 ada saja pemandangan dan objek indah yang boleh dipandang. Ada galeri Winter Sonata. Ada yang menjual cenderamata permata, rantai kunci dan sebagainya. Wah, semua cute belaka. Bila kita mendekat mereka senyum sambil menunduk kepala.

Untuk ke Pulau Nami perlu menaiki ferry dalam 10 minit perjalanan. Seronok melihat tasik bertemu laut yang airnya biru dan sesekali apabila terpercik ke muka, sejuknya bagai salji. Ada juga pusat bermain ski tapi musim panas begini, sunyi sajalah. Bangunannya bata merah dengan seni bina cantik sekali. Oh, kagumnya aku dengan cara mereka menjaga kebersihan. Tertanya2 juga agaknya, sampah disimpan dalam saku kot.

Kalau diizinkan Tuhan, ingin sekali lagi ke Pulau Nami ini bermain salji pula. Tentu seronok lepak2 di kerusi taman sambil membentuk snowman kan? Terbayang di kepala ini babak2 romantik Jun Sang dan Ujin saling melempar salji. Jelas, ini pulau cinta, patutlah ramai pasangan muda-mudi singgah di sini.

EVERLAND
Taman tema tercantik di Korea, sama taraf dengan movie world di Gold Coast, Australia. Kata seorang teman, di sini pernah merakamkan babak Rain (Yong Tze) mencari Jien dalam siri tv Full house. Ye betul lah..cam betul aku dengan roller coasternya. Menurut sumber, roller coaster ini antara terpantas dan tertinggi di dunia. Ada teman ajak mencuba tapi aku gerun.

Melangkah masuk, seronok betul tengok pengunjung memakai topi dan cekak rambut cute kucing, arnab, riben Minnie Mouse dan sebagainya. Aku pun beli le satu. Cekak rambut kucing dengan harga 12000 won (puluh ringgit gak la duit kita) untuk dipakai sepanjang tiga jamn di taman ini. Alahai, tak pernah dibuat tapi di sini semua orang selamba dan ceria. Aku pun dah macam kanak2 tadika dah mencuba itu-ini.

Ada bermacam pilihan permainan dan tempat. Selain roller coaster ada ferris wheel, kuda pusing dan sebagainya. Kalau sukakan binatang, boleh ke Safari World dan kalau sukakan bunga dan suasana romantik, ada taman Four Season. Sungguhpun di awal musim panas, landskap taman cantik amat. Bunga pelbagai warna dan spesis cukup membuat hati terpesona. Sudah lah begitu, ada yang dibentuk seperti kumbang, rama2, muzik dan lain2. Nak tengok keliling taman, naiklah choo choo train. Sesekali angin bertiup lembut, lepak pula di tepi air pancut, wah rasa macam berada di taman di pergunungan.

Taman Temanya pun sangat bersih. Kuperhatikan kru dan staffnya tak reti duduk diam. Sekejap2 menyapu, sekejap2 memangkas, menyiram bunga. Memang betul lah macam dalam movie dan series, mereka ini sangat pembersih. Kalau boleh setitik habuk pun tak nak tengok.

Di sini bermacam permainan boleh dicuba, tak perlu bayar tiket tambahan. Memadai sekadar membeli tiket di pintu masuk. Sempat juga aku tengok drama anjing laut dan mencuba permainan perang dengan hantu di Ghost Mansion. Kanak2 di sini pandai mencari hiburan. Ibu bapa beri kebebasan mencuba apa saja. Selamat. Tak perlu risau penculikan ke apa ke.

Kedai snek dan cenderamata bersepah. Semuanya menjual produk2 comel sesuai tema theme park. Maskotnya arnab dan harimau putih. Jadi, dua haiwan ini cukup banyak diabadikan sebagai patung, rantai kunci, pen, mug, topi, bantal dan sebagainya. Alang2 datang ke sini, rugilah kalau tak sambar satu hehehe

SUWON
Perjalanan balik sempat juga singgah di Suwon. Suwon bermakna kawasan pergunungan. Melawat kota lama dan lapangan memanah di situ. Di sini, pernah diadakan shooting Boys Over Flowers. Adegan Yijoeng dan Won Bin menembak burung.

Turun saja bas, terus terpaku dengan padang dan bukit melaut. Saujana mata memandang. Di sepanjang bukit, dipagari tembok konkrit dengan laluan berbatu. Seronok menyusuri jalan sambil bergambar di kubu lama. Bersandar di temboknya dan memerhati sayup2 jalan raya dan orang tengah memanah. Angin bertiup kencang membuat tubuh yang lesu segar semula.

Hendak lebih, teroka dungeon dan menara. Seram juga tapi bila sampai ke puncak, macam berada di pundak dunia.

Hah, tandasnya mengejutkan.Sudahlah air sejuk, maklum dialirkan dari gunung tapi ada mini landskap siap dengan pagoda mini, bunga matahari dan replika istana. Aduh, macam manalah mereka terfikir untuk menghias tandas ye. Wangi bunga memang membunuh busuk tandas walau hakikatnya tandas mereka bersih dan tidak berbau. Dalam dok lepak2 di situ, terlintas di fikiran. Kenapa tak R&R kita mencuba cara ini? Aku rasa kat Tapah tu boleh dibuat macam ni kot...surely, lagi best.

ITAEWON
Oh, ini kota muda-mudi. Ini bandar hiburan dan fesyen. Rumah fesyen tumbuh macam cendawan membawa jenama Prada, Nike, Adidas dan sebagainya. Di sini, foreigner lebih2 lagi mat saleh dah sama ramai dengan orang tempatan. Bahkan, ada yang kahwin dengan orang tempatan.

Paling senang mencari makanan halal di sini sebab ramai warga arab. Dua tiga restoran makanan halal termasuk kedai roti dan sebagainya. Di sini juga ada satu2nya masjid besar. Saiznya sama lah macam masjid Jamek.

Aku dan kawan sempat memborong cd di sini. Ada imitation bag gred A dan baju musim dingin. Syok betul lah. Rambang mata dibuatnya. Selepas beli, cuci2 mata pulak tengok mamat2 yang macam boyband 2pm dan big bang. Dan, gelap mata juga tengok mamat2 Afrika yang dok sengih2 di bar-bar coffee..ceih...

INCHEON
Selain National Ginseng Outlet dan Amethyst Factory (permata ungu), aku sempat ke gedung kosmetik. Ada serba mak nenek jenama Etude, BB dan ntah apa lagi. Semuanya menggunakan selebriti sebagai jurucakap. Joon Ki, Bhu Hyun, Lee Min Hoo dan macam2 lagi. Rambang mata dibuatnya tambah2 salesgirlnya cantik2 belaka. Yiputa (lawa) kata orang sana. Packaging alahai menarik dan comel, tak sedar memborong dua tiga lip balm. Fikir2 balik, buat apa la aku beli banyak2 ni ye...sebab kagum punya hal...hisss

Petangnya ke Istana Kyongbok (dibina pada tahun 1394, tahun ketiga Dinasti Chusun). Dulu2 raja Korea tinggal kat sini. Sekarang jadi tempat tarikan pelancong dan penggambaran filem saja. Filem Princess Hours dan Hong Gil Dong menjalani penggambaran di sini.

Masuk ke balairung seri nya, kami disambut pahlawan Korea dulu. Dengan aksi fighting yang menarik dan costume serta dandanan sebijik zaman disnasti lama itu. Jangan tak tau, ada pengawal yang terpacak diam macam di Buckingham Palace. Cakap la apa pun, usiklah mana2 patut, dia takkan bergerak dan senyum. Kawan yang dajal sempat tarik janggut, pun seinci tak bergerak hahaha jahat. Sekali dia libas pedang dia tu putus dua.

Kawasan istana ini sungguh luas, dirimbuni pohon sakura, padang kuda dan dibina muzium bagi menyimpan khazanah lamanya. Aku kira sejam pun belum tentu habis pusing kawasan.

Balik singgah pula di kediaman Presiden Blue House.Lalu sajalah, ambil gambar. Lain lah menteri ke apa ke, buleh lah masuk makan kimchi.

Stay Seven, hotel kedua kami berdekatan dengan pusat penyiaran KBS, MBS dan SBS. Kata tour guide, Mr Hackey, kalau nasib baik berpeluang jumpa pelakon dan selebriti. Hahaha..tapi pelakon kat sini sangat menghargai privacy. Mana ada keluar dengan transport awam meskipun teksi. Betullah kata Roha, jumpa poster sajalah. Itu sebab kalau terserempak mereka di tempat awam, peminatnya histeria. Mereka tak akan menjejak kaki ke tempat umum.

Malamnya, aku dan teman sebilik tak duduk diam. Berpakat merayap dan mencari kopi. Tengok nite life dorang yang sebenarnya. Penat berjalan singgah sebentar di GS 25 (macam Seven eleven la) dan Seven Eleven mencari kopi botol Maxim. Enak betul. Berbotol jugaklah kami beli, maklum pelbagai flavour, ada esspresso, capuccino, black dan lain2. Sekarang ini, aku asyik teringat2 kopi tu. Kemudian berjalan2 menyusuri MRT. Sejuk sampai ke tulang hitam tapi tak terasa sebab seronok. Tak sedar jam dekat 12 malam tapi masih selamat. Tak de plak jumpa mat rempit, cuma terserempak mat saleh mabuk soju dengan kawan Koreanya. Haram depa tak kacau, just tukar2 senyum je la..

NAMDAEMUN MARKET
Wah, ini syurga beli-belah. I like. Di sini juga terkenal dengan kerongsang2, rantai dan sebagainya yang lawa2 belaka. Sempat aku menjenguk pusat membuatnya. Blink blink..mata aku pun dah naik silau. Tapi satu je lah yang disesalkan. Tutup awal sangat. Pukul 6 petang dah bungkus dan tutup kedai. Dia takkan berubah hati walaupun pelanggan berkerumun. Biarpun kita pujuk, dia akan  cakap 'biane' (maaf).

Pakaian up to date, sneakers, cenderamata dan serba mak nenek lagi tak usah cakap. Bersepah. Mak ayah je tak jual hahaha...harga boleh runding. Celebrities Merchandise pun banyak...mug, poster, sticker, freeze magnet, towel, cakap je semua ada. Lagi satu, aku tengok orang Korea ni tak berkira. Senang dapat diskaun. Dan, kalau kita pembeli yang tak banyak songeh dia akan hadiahkan sesuatu pada kita.

Peniaganya sangat peka. Ini aku alami sendiri tika mencari-cari merchandise Kim Hyun Joong (pelakon dan leader of SS501 boyband) untuk cousin aku. Dia tengok aku beli tanpa banyak songeh, dihulurnya aku sticker Kim Hyun Joong. Pelik gak aku pasal tak mintak pun.. "gift, gift" katanya. Rupa2nya dia bagi free jer hehehe...

Banyak gak lak berabes duit kat sini dan rasa nak tercabut plak kaki. Balik ke hotel dengan MRT jer. Tak usah risau, train ni datang ontime. Dah tu, orang Korea tak kisah nak berebut2 dan mereka lebih suka berdiri dalam MRT. Yang dok penuhkan tempat duduk, kami orang Malaysia jer heheheh

NAMJA
Jangan salah sangka ye, ini bukan nama tempat tapi mamat2 kat sana. Haruslah kena cerita sikit kan, baru le lengkap seisi cerita.

Dari segi fizikalnya, jejaka2 Korea ni tinggi dan tegap2 belaka maklum semuanya diwajibkan menjalani latihan ketenteraan selama dua tahun. Kulit tip top, bersih gejala jerawat. Fesyen? Tak usah cakap lah, apa yang mereka tidak cuba.

Tapi satu sikap yang aku peratikan lelaki kita tidak ada (bukan semua ye) ialah gentleman dan caring. Mereka tidak segan menunjukkan kasih sayang. Dalam MRT kiri-kanan couple berkepit. Aku tengok lelakinya punya hensem, perempuan alahai pendek pula. Tapi, si lelaki bangga amat. Cinta punya hal.

Aku sempat menonton reality show dorang tajuk Better Me, kisah perempuan spesis Halimah Jongang bercinta dengan Namja meletops. Yang perempuan sanggup buat plastic surgery agar nampak sepadan dengan kekasihnya. Sedangkan lelaki tu keberatan. Katanya, buruk ke hodoh ke kalau dia sayang semua jadi indah..aigu, aigu...

Jeng jeng, yang ni aku alami sendiri. Bersama Mr Dean, mamat yang menemankan rombongan kami. Huh, hensemnya macam pelakon So Ji Sub (bukan maggie sup ye) membuatkan kami anak2 dara cair dan teruja. Ini kisah di Pulau Nami, si klon So Ji Sub ni mengajak kami singgah di R&R makan buah berangan. Dalam dok leka bergambar, tak sedar sungguh sudah mengganggu trafik. Tetiba pulak ada kereta, entah dari mana, alamak macam mana ni kaki macam kena gam.

Nasib baik ada So Ji Sub, dia sudah buat aksi stunt tahan kereta tu. Ayo sangat ngeri. Rasanya, aku belum lagi apply jadi pelakon drama KBS ke SBS ke. Dah tu, dia bukan marah aku tapi marah driver kereta tu. Yang pemandu kereta tu pulak menunduk2 minta maaf. Then, siap tanya plak, aku ada luka apa2 ke..aku rasa tangan dia kot la yang luka. Langsung So Ji Sub memakai sarung tangan sampai ke lengan. Aduh, gila lah..hahaha bila cerita pada Shiqah..dah la kak, dah la kak..tak nak dengar...hehehe jeles la tu..

Bukan aku sorang ye..sepanjang bersama dia, dia jaga semua orang. Mak cik2 dipimpinnya. Dia siap masakkan pokun bap (nasi goreng) untuk kami dan siap suapkan kami nasi kimchi. Aduh lah, malu tapi mahu hahaha...

Di Nami Island banyak le kisahnya tapi biarla kita simpan sendiri aje lah...untuk skrip drama akan datang, Date With So Ji Sub Klon hahaha...tapi seriously, lelaki Korea memang gentleman. Susah nak cakap, korang kena pegi sendiri le, baru tau..

Frankly speaking, ini cuti2 paling indah seumur hidup. Berbaloi betul. Kawan sebilik Ruby,siap nak hilangkan passport lagi hahaha naik cuak aku. Dah satu kerja kena dok tanya "Beb, passport ko mana? Dah masuk beg dah?" hehehe... dapat gak kawan baru yang gilers cam Amat, Ida dan Syaz. Amat paling sempoi, rambut macam rangga, badan macam kerengga hahaha...

Aku tentu rindukan sangat Seoul lepas ni. Rindukan Maxim coffeenya, rindu nak lepak2 di GS25 then, tengok orang2 sana lepaskan tekanan perasaan main baseball jam 12 malam. Huh, rindu kimchi dan So Ji Sub jugak hahaha agak2 la.. Angneyo.

Nota: Nanti aku masukkan gambar2nya plak ek...penat le menulis..hahaha sapa suruh

Wednesday, May 26, 2010

Haiya, beli kamera ka?

Lain dirancang, lain yang jadi. Lain dicari, lain pula yang dibeli. Rasanya bukan aku saja yang terkena macam ni kot, you all pun mesti ada pengalaman yang sama.

Kununnya, semalam mahu menukar mata wang di Midvalley, tup2 terbeli pula kamera digital yang memang tidak ada langsung dalam perancangan. Ewah, ewah macam 'berwang' sangat. Paling kelakar, Kak Hazirah pun teruja sama. Dia sambar kaler hitam, aku angkut balik kaler merah. Sungguh la kuat kuasa memujuk si amoi penjual kamera itu. Daripada satu ke satu spesifikasi ditunjukkan. Sampaikan kami yang pada mulanya hendak beli yang tertulis dalam belanjawan pun mengangguk2 kencang tatkala dia bertanya, "So, jadi ambil ka?" Haiya, ini kepala banyak jahat la. Kepala otak terlebih geliga, mahu kasi tuan dia muflis la huhuhu...

Hai, dengan kamera baru ni dapatlah aku ambil gambar dekat 600 keping nanti. 12 Megapix, mak oi size billboard tu. Harus le serba mak nenek gambar dirakamkan nanti. Tak cukup pose sendiri, habis segala macam driver bas, keretapi, pili bomba, ranting mati, batu sungai aku rakamkan nanti.

Itulah dia Bennie, sebelum keluar shopping merancang dulu. Duit dalam dompet biar cukup2, jangan terlebih. Huh, dia memang pantang tengok dompet penuh, habis semua nak disambar. Itupun kira nasib baik aku tak bagi Korean Won dengan Vietnam Dong pada amoi tu. Nyaris2 jugalah nak kasi.

"Kasi ini boleh ka?" kataku sambil mengunjuk wang asing itu.
"Boleh, boleh, boleh tukar..itu money changer dekat saja ma..." Wah, bergeliga sungguh otak amoi ni. Yang tak bijaknya aku...terbang duit dekat 5 rat...huhuhuhu (nanges tak berlagu).

Saturday, May 22, 2010

Sembang2 Juara AF

Satu2nya bunga...rose among the thorns...suara sedap. Tapi entah le, kalu ramai voter pompuan, payah nak celah dia ni...


Maulana...genre dia lebih kepada Jazz...


Ramai remaja bawah umur admire dia nih..aku tengok dia cam Aril dan Adam la...lincah!


Ni dia, favourite dara dan mak dara

Macam kartun...jangan salah anggap, aku bukan kutuk dia, maksud aku dia ni menghiburkan..
sesak2 boleh masuk Raja Lawak dia ni


Sabtu. Keje petang. Story dah submit. Apa lagi yang nak dibuat ye? La ni, dok melepak je kat meja ni sambil jeling2 tv di depan, konsert akhir AF bakal berlangsung 15 minit lagi. Bukan ler ghairah sangat cuma teruja jugak nak tau siapa bakal juara.

Last week, budak2 AF tu ada mari kat opis aku ni, ditemani pengetua dorang yang berkarisma. Siapa lagi kalau bukan Norman Abdul Halim. Ingat lagi masa zaman2 gila rap dulu, memang tak sah bergelar rapper kalu tak gilakan KRU. Norman masa tu muda remaja lagi. Comel je. Sekarang? Hemmm...tetap ada aura glam dia tu, cuma dah berusia la sikit nampaknya. Apabila Norman dan studentnya mendekati meja kami, aku dok jeling2 gak.

"Kak, saya tak minat budak2 AF tapi minat pengetuanya.." kataku kepada kak Hazirah di depan.
"Hahahaha.." Kak Hazirah gelak besar sambil menyambung mengetuk story.

Masa diperkenalkan dengan budak2 tu, bos ku Kak Nurul senyum malu2. Muka akak sampai memerah. Bila grup tu menjauh sikit, aku menyendeng2 di tepi mejanya.

"Minat sape kak?" tanyaku.
"Akak suka Shahir dik,"katanya dengan senyum malu2.
"Kak, tidak ke muka dia macam Basir (Meja Pendidikan)?"
"Ha ah, Basir tu encem sebenarnya.." Akak membuat pengakuan macam dalam sessi TERJAH bersama Nas Ahmad, abang rambut kerinting.
"Entah la kak, ye kot. Tapi kak, saya tak berapa dengan wajah2 ala Arab gitu, saya sepet sukalah. Muka Korea sukalah..."hehehe ampunkan aku Basir, lain orang lain seleranya. Ko sebenornya kategori good looking gak lah, tapi dah selera aku jatuh di benua lain, nak wat cam ner?

Amboi jauhnya melencong. Dalam dok main teka2 siapa bakal juara AF, terkeluar pulak cerita pengetuanya sebelum tersasul sampai ke Basir Zaharom pulak..Hah, siapa menang ye. Kata kak Raja Timah (B-POP) Syahir berpeluang cerah juara. Orang la ni cari wajah2 suci gitu lebih2 lagi women voter.

Betul la tu kot, rasanya ye dah...maklum budak dari Perak tu pun tak banyak kerenahnya. Muka innocent dia tu pun memang favourite makcik2, sure ramai nak buat menantu ni...hahaha korang plak cam ner? Agak2nya sape ye? Sama2 lah kita tunggu.

Tuesday, May 18, 2010

Cuti vs Kerja

Menuggu hujung bulan ini, semangat datang meluap-luap. Tidak sabar untuk bercuti, teruja untuk ke destinasi yang selama ini menjadi impian. Tak sangka setelah bertahun memendam rasa, kali ini mampu menunaikan mimpi. Alhamdulillah, di tempat baru, semua serba lebih, rezeki dan hidup pun tak macam tunggul mati. Macam2 yang dirancang dan hendak dibuat sehinggakan rasa macam tak cukup je 24 jam sehari.

Hari ini ada dua tiga tugasan perlu diselesaikan tetapi sebelum tenggelam dengan kerja ingin bermanja2 dengan blog dulu. Teruja dengan Siti Zarinah yang meng'update' blognya hampir setiap hari, begitu juga Kak Shidah. Aton pun dah aktif semula, bagus la Ton..mungkin demam Facebook dah reda ye Ton?

Berbalik kisah bercuti. Mmm...macam2 hendak disediakan. Maklum bukan selalu dapat berjalan jauh macam ni, ditaja diri sendiri pulak tu. Selalunya berpeluang ada assignment luar negara. Tapi faham2 lah, kalau pergi kerana kerja memanglah kaki tangan macam terikat je. Kena fikirkan skop kerja dulu, enjoy-menjoy dah jatuh nombor dua. Biasanya, aku akan bagi komitmen 100 persen sampai pernah suatu ketika, gambar tuan punya diri ada la tk sampai sepuluh keping, gambar lain; view, building hatta pili air, railway station, kereta segala dekat 300 keping...aduh tepuk dahi aku.

La ni, nak sambung kerja. Nak settlekan Pertandingan Rumah Idaman yang dah nak klimaksnya (aiyakkk...manyak susah mau atur temu janji sama clients maa...masing2 ada komitmen), articles for this week hutang dua tiga, fix photo shooting, tolong boss handle corporate shirt, gits and etc etc, layan phone calls yang non stop dari tadi, thinks for the potential rencana aiyak, aiyak, 18 kali...langsung membunuh seketika angan2ku tentang Jang Geun Suk...sabar je la :P

Tuesday, May 11, 2010

Kenangan di Cameron Highlands

Ini cerita zaman purba. Kalau masa tu seorang perempuan tengah mengandung dua bulan, la ni baby dia mungkin dah umur dua tiga bulan kot. Raya tahun lepas. Tapi, disebabkan dalam proses tengah meng'clear'kan (kalu DBP baca, sah2 dia sue aku ni...perosak bahasa katanya) gambar2 di kamera, maka aku terpanggil untuk menge'post'nya (sekali lagi ye..) di sini..

Ini dia gambo2 nya...
Aku dan Ayda Jihu di Strawberry Park (SP). Dua2 baju pink sesuai benar dengan cuaca syahdu kat sini.


korum dah tambah ramai; mak dan mak mun tumpang sekaki bergambar. Kalu batu buleh berkata2, tentu dia menjerit tidak rela dijamah punggung2 kami hahaha


Di air terjun, landskap buatan SP. Tengok mamat tinggi di belakang sekali tu, itulah Solehin yang suka buat lawak pecah perut.


E'in menunjuk kepakaran menari breakdance. Nota: untuk bergambar saja ye..lepas itu dia jatuh tersepuk dan kami gelak guling2

Pokok2 kaktus yang cute belaka ni dijual di kedai2 cenderamata letaknya berceratuk di kiri-kanan jalan. Geramnya...macam nak angkut balik semua. Nasib baik tak bawak lori ari tu..kalu tak, harus tinggal cina penjual kedai saja di situ hahaha


Pemandangan syahdu ladang teh di waktu petang. Melepak di sini, rasa macam berada dalam pembikinan iklan teh yang tersohor itu. Ceh, berangan, berangan...


Ini dia model iklan teh untuk tayangan 2020..pak cu dan culie. Dua2 berspek hitam dan seperti sedang berbulan madu lagaknya. Kemeja T kuning pak cu tu blend sungguh le dengan daun teh...good choice.


"Jemput minum teh, tapi jangan ambik teh saya, order lain..." kata Solehin dengan jelingan tak berapa nak mautnya tu. Lepas syok berhuha-huha di ladang teh, nikmat sungguh pekena teh panas pelbagai perisa. Lemon ada, cinnamon ada semua ada la..pendek kata, mak ayah je tak de :)

K.I.T.A

'Jon, tolonglah aku...darurat ni..please...please..please," aku buat muka kucing parsi yang cuba menggeleser kaki tuannya. Kucing yang punya dua maksud, selain hendak bermanja, juga kecur liur melihat plastik Frieskies di para terbuka.

"Eiiii..malaslah aku, tak kuasa..nanti apa orang kata,"memerah muka abang sepupuku yang berkulit cerah tu. Merah menahan malu.

"Hiss, tolonglah..aku tak leh nak pi mana ni. Sat gi satu kampung tau, 'tongkang' aku pecah," aku tak berputus asa memujuk. Berbelit2 di kepala tangga. Hiss, keras kepala betul lah budak Zulfakar (nama penuh dia) ni. Mintak tolong sikit pun tak boleh. Apa susahnya, kayuh basikal ke kedai Tandir di estet tu. Mintak aci (isteri Tandir) bungkuskan dengan surat khabar. Selesai cerita. Apalah payah benar..

Jon buat muka seposen. Lepak rock di muka tangga. Senangnya jadi lelaki, tak payah pening2 kepala memikir 'saat ini'. Tak payah bazir duit beli benda itu tiap bulan. Kalau tak merokok, confirm boleh simpan duit pusing benua Afrika.

"Ala, boleh lah Jon, aku upah air coke na..." Mendengarkan upah minuman bergas tu, muka Jon berubah cerah. Ada riak2 setuju la tu. Mata duitan betul. Tak pernah le nak berbudi saja2 dengan adik sepupu.

"Mintak sini duit, aku belikan..." duit bertukar tangan, sepuluh minit kemudian, dapatlah benda yang dihajati tu...jeng jeng jeng, apa dia? hahaha tuala wanita!!! Apalah teruk benar nak membelinya.

Aku teringat semula babak setiap bulan ni kala menonton drama K.I.T.A Carefree di Astro Ria semalam. Ada satu adegan abang Scha (entah apa nama watak dia dalam tu..Kiera ke Ika ke..baru sekali nonton..wah, best rupanya series ni) bereya2 nakkan barang berbungkus surat khabar di tangan Scha ni.

Mula2nya Scha enggan bagi, lama-kelamaan fed up dengan abangnya yang tak jemu memintak. "Nah, amik ni, pakai, pakai...ambik la...nak sangat," dikeluarkan tuala wanita dari bungkusan surat khabar lalu disua ke riba abangnya.

"hey, tak nak aku," kata abang Scha...hahahaha memang lawak series ni. Dialog selamba, pelakon talented dan suasana kampungnya dekat sangat dengan kita. Dah tu, kisah empat sahabat pulak tu. Nakal, ria, bijak, cerdas, berani...dekat sangat dengan jiwaku yang tak pernah berenggang dengan tiga lagi kawan akrab dulu.

Inilah kisah menghibur hati. Sepatutnya begitu, setiap karya harus mencermin realiti dan digarap penuh tanggungjawab. Maka lahirlah K.I.T.A yang dekat di jiwa kita semua.

K.I.T.A

Geng2 kita suka berbasikal keliling kampung