Friday, June 7, 2013

Negara Hujan Batu


Saya akui suka sangat melancong. Setahun kalau tak travel, saya jadi macam kucing hilang anak. Resah gelisah, macam ada yang tak kena. Hidup rasa tak lengkap. Tak kira lah, dalam negara ke luar negara, janji aku keluar sekejap dari kepompong kerja dan hidup udara segar selain merasai pengalaman berada di tempat baru.

Sesiapa yang kenal saya, mesti sedia maklum, destinasi paling saya suka Korea lah..diam tak diam, dah tiga kali jugalah aku ke sana. Sampai ada kengkawan mengusik, "Hai balik kampung ke Ben?" Tapi serious beb, banyak tempat lagi yang belum dijelajah, yang belum saya hirup manis budayanya, yang belum saya kecap nikmat makanan halalnya, yang belum saya jengah jejaka dan perawan dengan wajah mulusnya.

Macau sudah dua kali dan sepanjang dua kali berpeluang, tak pernah saya jemu menghayati keindahan arkitekturnya. Macau, bekas jajahan Portugis ada serinya tersendiri. Ibarat perawan menunggu untuk disunting, Macau menawarkan seribu macam tarikan yang dijamin menjanjikan keseronokan.
Banyak juga la negara2 Asia saya jelajah dan saya ada cita-cita untuk ke Taiwan, Hong Kong lagi...Shanghai Insya Allah selepas Aidilfitri nanti. Backpack dua minggu bersama seorang teman. Semoga percutian ini dirahmati Allah dan menjadi percutian yang terindah.

Bumi Alhambra juga tersenarai sebagai destinasi ingin dikunjungi selain bercita-cita menjejak semula Jerman, Austria, Hungary, Czech Repulic, Bosnia, Serbia yang pernah tersemat sebagai kenangan pengembaraan paling indah dulu.

Jakarta, Bandung, Acheh, Medan memberi kesempatan mencipta persahabatan dan memori indah bersama teman-teman wartawan. Namun, entah mengapa benak ini asyik memikirkan Bali. Bagai memanggil2 untuk kesana. Atau ke Hatyaai dan Trang Thailand, bersantai memandang laut lepas sehijau zamrud sebelum pekena tomyam khum di persisiran pantai? oh, membeli-belah di Hatyaai juga syurga terindah sama seronok dengan bersuka-ria di Universal Studio Singapore...Terkenang pulak hotel di Sentosa yang bersambung ke dermaga dan hutan rekreasi. Lebih syahdu berbanding mengitari Orchard Road yang sentiasa tak kering pengunjung...

Hakikatnya, benarlah kata orang, makin banyak berjalan, makin luas pengalaman, makin kita mengenal manusia dan seperkara lagi, makin kita menghargai negara tercinta ini. Sayangilah tanah tumpah negara kita ini kerana hujan emas di negara orang, hujan batu negara sendiri, apapun berlaku, milik sendiri tetap yang terbaik! Percayalah!

Thursday, February 14, 2013

Sahabat dan kenangan, manis namun tidak mungkin berulang

Semalam dalam sejarah, berjumpa sahabat sekolah rendah yang dah berbelas tahun tak berjumpa. Sedang enak bersembang dengan seorang teman di salah sebuah restoran makanan segera di PJ, tiba-tiba ada satu suara menyapa.

Dia: Bennie!
Sepantas kilat aku menoleh, kuperhatikan lama. Berkerut2 dahiku mengingat, siapa lelaki ini? Seminit dua minit berlalu
Dia: Kau tak kenal aku lagi? Kawan sekolah rendah ni...
Sumpah, bukan aku sombong tapi memang aku benar2 tak cam dia...memang tiada langsung bayangan wajah sepertinya dalam kotak ingatanku
Dia: Aku la Hazrizal (beriya2 dia menekankan nama itu)
Aku: ooo budak nakal...(hah! Spontan keluar perkataan itu, tanpa niat melucur laju)

Aduh, betapa kecilnya dunia, kecil sangat. Memang dah bertahun2 tak bertemu dia tetapi kenapa berubah sangat? "Aku dah tua," jawabnya..habis aku? hahahaha...siapa sangka budak lelaki yang berkulit putih dan cute-mute kini sudah separuh botak dan muka dewasa amat...tapi, itu tak penting, yang paling penting dia kini sudah bergelar usahawan berjaya dan dalam kantungnya mmmm puluh ribu K sebulan ye...tak macam aku yang masih dok makan gaji, tiap bulan duit bagai angin lalu, tolak itu-ini tak berapa sen dalam genggaman.

Rupa2nya dia dibawa oleh seorang rakan bagi melorongkan jalan kepadaku. Terima Kasih ya Allah, ini aku ibaratkan pertemuan 2 in 1 !. Bertemu sahabat lama dan peluang mengubah nasib. Peluang yang Insya Allah, menjanjikan kebahagiaan yang aku cari2 selama ini.

Riuh kami bercerita perihal sekolah, membuka jalan kenangan yang sudah lama aku tanam. Sempat pula dia menunjukkan potret mulus dan muka suci kami zaman sekolah. Zaman kanak-kanak..

"Ini lah Bennie, dia memang lain dari yang lain.." giatnya.
"Macam mana kau boleh kenal lagi aku, tak berubah sangat ye?" tanyaku musykil. Tipu lah kalau kata muka kita tak terusik langsung dek perubahan usia. Zaman sekolah rendah hingga dewasa sekarang, tentu ada perubahannya.

"Aku kenal sangat dengan kau, cara bercakap pun masih sama," tekannya, mengundang hairan sahabat nan seorang lagi. Maklum, mungkin pada dia aku seorang yang serius kerana selalu menunjukkan riak muka tegas..

Hahahaha aku gelak besar. Sempat lagi aku menyelongkar cerita lama dengan niat mengusik, "Ala dulu2 tu kau bagi kad raya, selit dalam buku maths aku kan? Bila nak buat homework dan buka buku teks, tiba2 jatuh sekeping kad. Yang aku tak tahan, siap tulis 'pecah kaca, pecah gelas, sudah baca harap balas," dan ketawa kami sabung menyabung.

"Ala, korang jahat, korang tolak aku sampai jatuh pokok dan patah tangan kan?" dia menyambung.

"Ko yang nakal, kau bergayut kat pokok tu..hayun punya hayun, jatuh berdebuk. Ingat, kami yang bawa ko jumpa cikgu ye sebab kau menangis tak renti2," gelak lagi.

"Ala, budak darjah dua, mestilah sakit kalau kena macam tu," sambungnya..

Aduh, banyak betul yang ingin dibicarakan. Tetiba kenangan segar di ingatan dan tiba2 aku terasa seperti kembali semula ke era itu. Kala aku bertocang dua dan seronok bermain dengan kawan-kawan tanpa mengira warna kulit, jantina dan latar belakang hidup (kenapa sekarang tidak boleh begitu ye..kadang2 hal politik bisa membuatkan perpaduan lebur dan perhubungan hancur)

Seronok memang seronok sampai tidak sedar waktu menganjak ke pukul 12 malam. Dan, hampir dinihari kami beransur pulang, senyum meleret membawa kenangan manis yang tidak mungkin berulang lagi. Sesungguhnya aku amat rindu dengan kenangan itu.

Wednesday, February 6, 2013

WRITER'S BLOCK!

Tanyalah mana-mana writer pun. Suku-sakatnya reporter, novelist, blogger dan sebagainya, mimpi ngeri dan ancaman paling menakutkan adalah WRITER'S BLOCK! Patutnya ada satu nama untuk penyakit ini.

Simptonnya; fikiran kosong atau ada juga kes berserabut hingga langsung tidak boleh menjelmakan ayat-ayat menjadi cerita. Andainya mata ini ada kuasa, pasti sudah berlubang skrin komputer ini ditenungnya. Puas bangun duduk meregangkan otot, puas berkisar duduk namun otak masih juga bejat, beku, kaku, kelam!

Puncanya: Buntu memikirkan skop, pening mengolah cerita, mana satu sesuai dijadikan intro, mana tengahnya dan mana pengakhirannya. Kekurangan bahan dan info namun berlaku juga kes, sulit menulis kerana dilonggokkan terlalu banyak info. Jadi, mana yang patut digunakan, mana pula patut dibuang. Sesetengah reporter menghadapi kesukaran menulis cerita di luar bidang dan kepakarannya; misalnya Meja General terpaksa menjadi bidang terjun menulis ekonomi, atau daripada Meja Wanita mendapat arahan bertukar ke Meja Sukan. Sekurang-kurangnya perlu mengambil masa enam bulan wooo untuk belajar balik. Untung enam bulan, ada juga yang setahun masih pening-pening lalat lagi.

Ada juga yang dihinggapi Virus M..M.A.L.A.S..hah yang ni tak boleh buat apa lah..macam situasi aku sekarang. Duduk berteleku di meja ini..setelah dua tiga kali melayari personal emel, facebook dan entah apa-apa lagi. Memandang ke luar jendela kaca menelah cuaca; hujan, tak hujan, hujan tak hujan? Empat lima kali selak, belek dan baca paper, tukar susun atur barang-barang yang entah apa-apa di atas meja ni. Namun, nampaknya tak boleh juga bantu, hah, mulalah rasa nak bertempik, biar bergema sampai ke langit ketujuh!!!

Aduh, seksa sangat seksa..betul lah kata seorang sasterawan, menulis adalah derita yang bahagia. Aku sedang dilanda derita, sedang menunggu saat bahagia menjelma. Huh, bagai berkurun rasanya..

 
Syokkan kalu saat2 'kritikal' begini dapat terbang ke Pulau Nami, duduk bersantai di pondok itu menikmati kesyahduan mulus salji...huhuhu


 
Atau ke Trang, Thailand menyelam ke dasar laut berwarna zamrud sambil bermain dengan ikan pelbagai warna.. 

Tuesday, February 5, 2013

Rumah Baru

Wow! Ingatkan termasuk rumah orang lain, rupa2nya 'rumah' aku sendiri. Thanks kepada adik saya Nua yang sangat kreatif membantu mencantikkan blog saya..hamboi, dik banyaknya Hongki..HONGKINSME katanya...
Apapun, thanks noona really appreciate it..ia buat noona lagi bersemangat untuk menulis (hahaha ye ke? entah2 hangat2 tahi ayam tak?) tapi, harap2nya tidak la...

Thursday, January 31, 2013

Just look at you



Saya tengah gila lagu ni, runut bunyi drama I Miss You lakonan Micky Yuchun, Yoon Eun Hye & Seong Ho. Saya kenal lagu ni dulu sebelum dramanya kerana jatuh cinta gila dengan vokal mantap vocalist Bohwaal, Jeong Dong Ha..Lepas tu baru cari dramanya, lagi lah jatuh cinta dengan plot cerita, skrip dan lakonan serba mantap tiga aktornya...I miss you so i look at you..perghh!!

Wednesday, January 30, 2013

Surat pamit dan butang save

Seorang demi seorang mengangkat kaki dari 'daerah' ini. Semuanya yang berjiwa mulus dan mulia meninggalkan saki-baki yang mmm entahlah pelbagai bentuk.
     Seorang teman akrab ketika aku mula bekerja hingga hari ini, juga mengucapkan selamat tinggal. Tindakan luar jangkaan. Aku ingatkan aku yang pamit dulu sebelum dia tapi yelah..kalau takdir boleh dibaca, pasti hidup seperti robot. Pasti hidup tiada misteri dan variasi.
     Kata teman itu, duduk di rumah pun ada cabarannya juga, dari matahari menjengah hingga malam melabuhkan tirai kerja rumah tidak berhenti. Tapi, aku lihat terpancar kebahagiaan di wajahnya. Serinya lain macam. Dia sihat dan berisi namun semakin cantik dan yang penting jiwanya penuh tinta bahagia.
      "Gastrik aku dah hilang. Dulu, masa keje selalu diserang gastrik, ni sudah berapa lama aku tak kena. Agaknya, sudah tidak ada stress kot.."katanya membuat aku yang mendengar berhati galau. Kacau-bilau. Oh, agaknya, badan aku semakin berisi dan terus naik macam baking powder ni sebab aku stress kot..boleh jadi, sebab setiap kali masalah singgah, aku akan makan macam tak jumpa makanan seminggu. Now, i have to confess that food is my passion. Ya, bahaya yang tidak dapat dihindar.
     Jika aku masih di daerah ini, sukar untuk aku mempertahankan usia yang panjang. Patutla...oh patutlah, ramai sangat reporter mati muda. Sudah menjadi trend pulak especialy lelaki..cecah 30 tahun lebih sikit..gone! Tengoklah notice board di lift dan dinding menuju office, akan ada belangsungkawa..pernah selang bulan je...hari ini kita mendoakan kesejahteraan roh mereka, membacakan Al Fatihan, esok lusa siapa tahu giliran kita.
     Jadi, perlukah aku mengorak langkah? Masalahnya, drastik atau ikut pertimbangan? Turutkan lubuk hati, suara hati yang paling dalam, hari ini juga mahu ku karang surat berhenti tetapi bila memikirkan kembali tanggungjawab, terus delete surat tanpa menekan butang save.
      Harap2 aku bersabar dan bersabar dan bersabar..hingga bila? Hingga aku bersedia mengetuk surat berhenti dan menekan butang Save..doakan aku!

Tuesday, September 18, 2012

Alahai budak!!!!

Sewaktu pulang dari rumah seorang teman, di kaki tangga seorng budak duduk berayun kaki. Berumur kira-kira 7 tahun. Comel dan mulus wajahnya. Dia senyum ke arah saya membuatkan saya menyungging senyum juga. Apa salahnya kan maklumlah senyum itu satu sedekah. Tak ada ruginya melemparkan senyum waima yang menerimanya cuma budak-budak.

Tiba-Tiba;
Budak: Mintak seringgit!
Mengurut dada saya. Mak oi daringnya budak ni. Dengan saya entah sapa-sapa ni berani dia meminta-minta.
Saya: Mak mana? (geram juga saya, kecik-kecik dah pandai nak kelepet orang, dah besar nanti haruslah duit perempuan dikapurnya lebih-lebih lagi girlfriend, nauzubillah!)
Budak: Mak kat dalam (tunjuknya unit rumah di depan)
Saya lihat pintu terbuka dan ibunya ada di dalam.
Saya: Lain kali mintak mak, jangan mintak pada orang lain. Tak elok perangai tu. Terbawak perangai tu sampai ke besar nanti.
Bebel saya dan kanak-kanak itu cuma memerhatikan saja.

Saya pun pelik bagaimana sikap dia begitu. Siapa yang harus dipersalahkan? Adakah dia mengikut resam ibu atau bapanya yang suka meminta-minta atau itu tabiatnya sendiri yang wujud dalam diri lalu diperkembangkan lagi melalui pergaulan atau program tv ditontonnya.

Apapun, saya berdoa sikapnya tidak melarat hingga dewasa. Khuatir merosakkan masyarakat!

Thursday, September 13, 2012

I WISH - FT ISLAND





yeah, my favourite group dah keluar lagi satu single..sangat aktif ye mereka. Kali ini sangat berlainan baik dari music arrangment, vocal malahan budak2 ni pun dah jadi matang. Mmmm sudah mahir adegan cintan-cintun nampaknya...

Saya suka iramanya yang ala2 Spanish tu, tambah 'sexy' dengan petikan gitar solo Song Seung Hyun dan ketukan drum bertenaga Choi Min Hwan. Lee Hong Ki juga makin berani berfesyen, dengan hairband funky di kepala, dia sudah merampas takhta 'Fashion Terrorist' dari pemain bass guitar, Lee Jae Jin. Manakala, si leader, Choi Jonghun kekal dengan imej flirtuous, romantik dan killer smilenya.,

To all the Prims out there, jom layan klip ni. Anneyong!

Thursday, September 6, 2012

Kisah Faridah

Dihitung, tolak, bahagi dan darab, rupa-rupanya sudah berbelas tahun saya meninggalkan kenangan itu. Kenangan manis bersama arwah kak Faridah yang meninggal dunia akibat kemalangan jalan raya di usia semuda 16 tahun.

Kenapa saya terkenangkannya semula? Kenangan lalu yang sudah lama luput di ingatan seiring peredaran masa dan usia. Saya mengingatinya semula kerana terlalu banyak disogokkan dengan berita kemalangan akhir-akhir ini. Korban nyawa yang semakin menjadi-jadi lebih2 lagi menjelang, ketika dan selepas musim perayaan.

Lalu, saya terkenang wajah lembut kak Faridah. Ya, sewaktu hayatnya masih ada, dia remaja 16 tahun yang cantik. Memang lawa. Berkulit putih dan bertubuh gebu. Rambut paras baru sehalus bulu jagung. Pipi penuh dan berlesung pipi di kiri dan kanan sentiasa mengalunkan senyum yang menggetar jiwa.

Suaranya lembut dan mersik dan apabila bercakap, pertuturanya sentiasa sedap di dengar. Sekali pandang, kak Faridah mirip gadis Cina namun yang paling asyik dipandang, pastinya kulitnya yang cantik bercahaya dari hujung rambut hingga hujung kaki.

Saya muda enam tahun darinya namun sudah pandai menilai kecantikan. Meskipun, dia sahabat baik sepupu saya, namun saya yang terlebih suka berkawan dengannya. Mendengar saja suara manja kak Faridah memanggil kakak sepupu, saya pula yang melonjak keriangan. Pantang kelapangan, saya suka megajaknya berjalan2 di pekan Kuala Kangsar. Kak Faridah yang tak banyak kerenah dan suka menurut langsung bersetuju.

Namun, suatu petang yang malang saya kehilangan sahabat yang saya anggap kakak itu. Pergi tak kembali lagi. Saya masih ingat lagi cuaca ketika itu hujan renyai-renyai. Selesai memberi salam akhir dan belum pun membuka telekung, saya diterpa kakak sepupu.

"Kak Faridah meninggal...accident!," beritahunya.
"Inalillah..bila?"
"Baru sekejap tadi, kena langgar lori di Perak Hanjoong (nama kilang simen). Dia dengan kakak dia, dua2 meninggal kat situ jugak,"
"Betul ke ni kak Shimah (kakak sepupu), macam mana boleh kena?" Aku masih tak percaya, betul ke Kak Faridah? Betul ke kakak yang baik itu. Air mata macam nak mengalir.
"Betul lah..petang nanti jenazah dibawa pulang dari hospital. Dia belajar motor tetapi terpulas lebih minyak, motor meluncur ke jalan besar, dilanggar lori yang kebetulan lalu.."
"Allah, ngerinya!"

Dan, kerana tidak sanggup menatap wajah akhirnya, saya tidak pergi ke majlis pengebumiannya. Lagipun, ketika itu baru berusia 9 tahun dan emakpun tak mengizinkan. Namun, kata kakak sepupu yang pergi untuk memberi penghormatan akhir berkata, "Faridah tetap Faridah. Wajahnya bersih dan seolah-olah sedang tidur, tapi dadanya hancur.."

Sehingga kini, saya masih mengingati kak Faridah dalam wajah suci gadis 16 tahun. Bersih dan cantik sangat. Lembut dan memahami dan apabila bercakap sentiasa merendahkan suara.

Kisah kak Faridah dan kakaknya yang turut meninggal diberi liputan meluas di dada akhbar keesokan harinya. Sedih membaca kakaknya yang berusia 18 tahun sudah bertunang dan lagi beberapa bulan melangsungkan perkahwinan. Yelah..bagi orang lain menganggapnya kisah yang perlu diberi simpati namun bagi saya, kanak-kanak berusia 9 tahun lebih besar maknanya. Malapetaka itu menyebabkan saya kehilangan kawan dan kakak sekali gus. Alfatihah untuk arwah!

Tuesday, July 31, 2012

Iklan Raya

Seorang pemuda baru turun dari keretapi, dengan beg selimpang, berjalan santai menyusuri lorong di kiri-kanan berhias pelita panjut. Seusai memberi salam, seorang ibu berwajah ria menyambut di muka pintu. Sebenarnya, si ibu sedang sibuk menyediakan biskut raya di dapur menggunakan planta. Shot seterusnya memfokuskan keriangan anak beranak menikmati kuih muih tersebut.

Ini iklan menjelang Aidilfitri yang saya akan kenang sampai bila2. Walaupun, ketika itu masih di umur tadika, saya masih terbayang2kan rupa kacak model iklannya itu namun apa yang lebih meresap ke hati ialah semangat lebaran disuntik di dalam iklan berkenaan. Terasa sangat rapat hubungan kekeluarga dan kemeriahan rmenyambut Raya. Namun, paling saya suka ialah pemandangan indah desa yang damai dan menyentuh kalbu.

Lagi satu iklan yang saya suka ialah Perodua yang mengangkat Raja Ema (aktres kegemaran saya waktu itu) dan Jamal Abdillah sebagai bintang utama. Lirik jingle ni tentulah sudah tidak melekat di ingatan namun melodynya masih saya ingat..Hari Raya, Hari Yang Gembira...lalalalala...hah, itu intro dia. Wah, melompat2 dalam hati menonton wajah manis Raja Ema bergandingan dengan artis bersuara buluh perindu, Jamal Abdillah. Punya la suka, sampai saya beritahu mak, Raya nanti saya nak potong rambut fridge macam Raja Ema..kebetulan, saya memiliki rambut panjang lurus separas punggung ketika itu.

Dan, usah diceritakanlah iklan menyentuh Kalbu arwah Yasmien. Iklannya sarat mesej, kalau tidak berkenaan perpaduan, pesanan tersiratnya, anak-anak harus berbuat baik dengan ibu bapa dan membalas jasa mereka.,. sangat terkesan dalam  hati. Paling saya ingat, iklan merdeka raya lakonan Rozie Rashid...dua sahabat baik berlainan bangsa, biasalah dalam berkawan ada perselisihan faham hingga berpisah bertahun2...Namun, apabila si Rozie cuba mencari rakan baiknya itu, mendapat khabar buruk pula, rupa2nya kawannya sudah meninggal dunia..serasa ada seketul batu tersengkang di dada menontonya. Sebak!

Namun, tak kurang juga yang mengarut, antaranya, seekor (betul ke seekor?) hantu di dalam kereta, sampai di suatu tempat yang sunyi menjelmakan diri lalu mengejutkan penumpang di dalam kereta itu. Sangat sakit hatikan disuakan iklan sebegini.

Sekarang ini pulak, oleh kerana kesuntukan masa, masa untuk menonton tv pun menjadi terhad. Jadi, tidak dapat hendak berkongsi dengan semua iklan raya yang menarik. Namun, nampaknya majoriti miskin pengisian rohani dan ada yang langsung tidak membina minda. Tertanya jugak, adakah masyarakat kita semakin mudah diperkotak-katikkan? Entahlah, sebab sekarang ni pun banyak yang lebih bijak bercakap dan mendabik dada mengatakan hanya pendapatnya yang betul. Usah ditegur, usah diajar, kerohaniannya sudah tepu...hahaaha sebab itu lah kot, nak mencari iklan yang mampu menitikkan air mata amat payah, seperti mencari jarum dalam tepung layaknya...

ni le dia iklan Planta, maaf gambaran saya lari sket, maklum le bebudak sangat masa tu tapi ampun saya suka sangat pelita panjut tu...
http://www.youtube.com/watch?v=nI4KkrlVnrw

Monday, June 4, 2012

Tolak post nyamuk

I must stop fb~ing thing for a while. Kalau masuk pun just for online buying then the rest, peeking, browsing. Bukan apa, dah mual dan muak tahap gaban (y'all mungkin tak tau tapi ini lah superhero Jepun popular setanding Ultraman) melihat spesis yang cuba menjadi penganalisis politik tak bergaji dalam tu. Macamlah dia tu calon ketua wanita partynya..

Dan, aku peratikan golongan ini senyap ketika di meja bulat tapi menyimpan dendam kesumat dalam hati sebelum dihamburkan di dalam facebook. Eh, come on la...tak reti2 nak bersemuka kalau ada yang menjengkelkan hati? Kenapa fb dijadikan medium buat ko orang menghasut dan menyindir orang lain? Hah, inilah masalah sekarang apabila fb dan twitter dijadikan medan membongkar aib, mencaci, melepaskan amarah yang sebu dalam dada. Cukup2lah seorang artis wanita tanah air yang porak peranda rumah tangganya gara2 menulis segala dalam kain di twitter, takkan korang pun nak ikut jejak dia. Korang selebriti ke? Masalahnya, korang nobody (jom nyanyi lagu Wonder Girls ramai2, nobody but you hahaha)

Jadi, bagi mereka yang masih berbuat demikian, henti2kan lah. Cubalah berkongsi rahsia sesuatu yang membina minda bukan menghasut sesama manusia membenci manusia yang lain. FYI, aku lebih rela membaca perihal resepi Chef Wan, in fact, menatap gambar member aku dengan muka boring menunggu keretanya dicuci di car wash dari melihat post2 mengarut yang tidak berfaedah sedemikian.

So, daripada aku menambah dosa kering memaki dan mencarut korang dalam hati, lebih baik lah aku shut the fb up dulu. Hanya masalahnya, aku gila online shopping dan disebabkan banyak contact aku kat situ, so kena bukak jugak le..namun nak menjengah post2 nyamuk korang tu sorry le...mujur ada unseeable setting. Nampaknya Allah masih sayangkan aku dan kerana DIA tidak mahu aku berhati busuk macam korang, maka diilhamkan la pada Mark Zuckerberg ni apps macam tu....Terima kasih, sesungguhnya aku ingin hidup dalam aman!

Wednesday, May 16, 2012

Cuci Sawang

Lama betul nak menjengah blog. Malas sebab hari2 kerja menulis saja. Tapi aku cukup kagum dengan orang yang jerih menulis, tak pernah jelak menulis. Memang tabik!

Punya la lama...sehingga tak tau lay outnya dah bertukar..mmm nampak makin complicated, macam suasana politik Malaysia pulak. Semakin berkecamuk hehehe...wohooo tak mau sentuh soal politik la..biarlah orang lain dok bercakap sebab dorang lagi bijak pandai barangkali.

Baru le terbaca blog si sahabat baik, Puan Norlaili, pasal 'skandal' lama si Micheal Ballack, kapten Jerman dulu tu..hahaha Li, terbayang2 kegilaan dulu sampai ada orang tu letak cutting paper Ballack dalam wallet dia...tetttttt!!! Hahaha, apapun muka dia memang unik, karisma dia luar biasa, tengok Ballack lincah di padang, kita turut teruja. Tengok Ballack membantu menjaringkan gol, habes kerusi kena tendang, bantal melambung ke udara...hahaha gila!

Li, aku tetap admire Ballack walaupun sekarang declare peminat tegar FT Island dan Jang Keun Suk. Wohooo berapa banyak jejaka daaaa tapi semua orang punya. Biasalah, hidup tak sah tanpa angan-angan kan? Dan, cita-cita tak mungkin kesampaian tanpa didorong angan-angan. Adoi, lain macam bunyinya.

Okey, stop merapu, kang ada yang muntah hijau membacanya. Dan, sesungguhnya aku tidak mahu bertanggung jawab kalau ada yang terkeluar isi perut. So, chow dulu! Tengoklah, kalau rajin, aku jengah lagi blog ni, sekadar cuci sawang. Sian dia dah macam rumah tinggal dah....

Tuesday, January 31, 2012

FT Island- Severely


F.T. Island is back with “Severely“, the title track to their new mini-album, ‘Grown-Up‘.

Member Lee Hongki plays the leading role as a lover who’s been given the precious gift of time. We’re introduced to Lee Hongki’s character at a funeral parlour, where he grieves over his girlfriend. He rushes out, only to bump into a girl who looks exactly like her…

FT Island Severely English Translation Lyrics

Letting you go without any expression, as if it's nothing -
I practiced doing that every day but it's still awkward

I also practiced how to secretly cry while smiling but
I feel like my trembling voice will give it away quickly

Loving is probably hundreds and thousands of times more difficult than breaking up
But I'm a fool that can't live without you - what do you want me to do?

* Severely, I guess I loved you too severely
I don't even breath and I look around for you
I don't know when I'll be able to stop
Severely, I guess I loved you too severely
I think letting you go is more severe than dying

No matter how much it hurts, every day I practiced
Trying to get used to spending a day as if it's nothing

I don't think I can forget you anyway
Even if I'm sick with an incurable disease
I'm a fool that can't live without you - what do you want me to do?

* repeat

If this was how it's going to be, I shouldn't have loved
When will I forget you?

Foolishly, I guess I loved you so foolishly
Because of you, I can't even dream of another love
I'm a fool that only knows you - what do you want me to do?

Severely, I guess we broke up so severely
What's so hard about saying goodbye that I can't even open my lips and am hesitating?
Severely, I guess we broke up so severely
You remain deeper than a scar in my heart so I can't erase you

Read more: FT Island Severely English Translation Lyrics | InfoTaip
via infotaip.blogspot.com

Aku: MV dia menyentuh hati, lirik dia pun sama..aduh, kenapa lah cinta tak semestinya bersatu?? (wah2 kisah sendiri ke wahai hati???)
Apapun, to FT Island's fan out there, enjoy the song!

Wednesday, January 25, 2012

Konsert, konsert, konsert

Malas nak cerita sebab kehabisan kata-kata. Malas nak berkesah sebab takot bertukar cerita menjadi Hikayat Merong Mahawangsa pulak. Baca je lah ulasan sepupu saya ni, sebab hakikatnya, sama juga lah macam yang saya rasa (kes malas lah ni).

Bukan apa, mood dah terbang melayang dibuat dek RAIN (Myvi) saya yang selalu sangat buat ragam. Then, ada kesulitan2 lain yang menyusul, sampai kadangkala rasa macam nak berhenti jadi orang je hahaha...apa nak buat, hidup hanya sekali. Suka tak suka ke, hidup yang satu ini perlu dihadap juga.

Apapun, jom dengan Aydajihu ke Pulau lima budak comel (aigoooo)
http://rumputsabor.blogspot.com/2012/01/play-with-ft-island-is-awesome.html

Thursday, January 12, 2012

PULAU dan PRIMADONA

Saya tak sabar menunggu lusa, saya dah nantikan begitu lama. Jangan mencemik kerana ini kebahagian saya. This is my passion. Biar apa orang nak kata, saya tak peduli. Biar apa orang nak kritik, saya hanya menyungging senyum...

Selamat datang FT ISLAND! Bawa saya kembara ke pulau indahmu, dunia milik lima budak-budak comel bersama PRIMADONA teman setia...

Jom layan!

Tuesday, January 3, 2012

2012

Semua orang bercakap pasal azam menjelang tahun baru. Azam yang lama dan bersawang namun belum tertunai mungkin boleh dipungut semula untuk direalisasikan. Dan, bagi yang telah tertunai hasratnya, mungkin ingin merencana azam baru untuk digapai.

Terus-terang, aku akui sudah lama tidak menanam azam, sudah lama berhenti membaja impian. Maaflah, mungkin kasar bunyinya tapi aku tidak ada masa berangan-angan itu-ini namun kesudahannya, hanya tinggal habuk dan debu.

Aku lebih sukakan spontanious, hidup ikut flow dan yang ditakdirkan. Aku jenis yang sukakan surprises, tidak suka merancang tapi suka menggariskan apa yang aku mahu (macam mana tu?). Sebabnya, aku tidak sukakan harapan dan memang tidak mahu langsung menaruh harapan.

Bagi aku kejutan itu menarik. Bagi aku spontan itu menguji minda dan jiwa. Dan, bagi aku, hidup akan lebih berwarna-warni kalau kita tidak terlalu mengikut peraturan dan terkongkong dengan hasrat.

Namun, bagi yang percaya dengan azamnya, Selamat Menyambut 2012 tetapi bagi individu seperti aku, tidak kira 2012 atau 2020 atau 3000 sekali pun, selamat menempuh dunia penuh warna dan cerita!!!! Think positive, be wise, if god willing, you'll find ur treasure!!!

Friday, December 23, 2011

Betrayer

We have to distrust eac other. It is our only defense againts betrayal ~Tennessee Williams

Tertarik betul aku dengan quotes ni. Memang sangat tepat dengan fenomena dunia sekarang ini. Segera terlintas dengan situasi dihadapi seorang teman, yang dikhianati rakan kerjanya berkali-kali namun kerana hatinya masih putih dia tetap berlagak biasa. Tetap melayan temannya itu. Yang si apa nak kata ye...kalau dalam bahasa Melayunya pengkhianat, amboi kasar sungguh bunyinya...okeylah, baik guna bahasa penjajah ni...betrayer. Walaupun, berbunyi sama tapi kerana bahasa asing, tidaklah sangat dengan jiwa. Tidaklah sangat menikam jantung.

Sungguh aku simpati. Seorang berperawakan kasar namun cakapnya masih berlapik. Seorang berwajah ayu, bersuara manja dan gemar mengeluarkan kata-kata yang muluk2. Siapa si betrayer? Pastinya orang akan menunding jari kepada yang berpewatakan ala tomboy ni kan? Hakikatnya, tidak...yang bermulut manis itulah yang lebih berbahaya seperti makanan manis yang membawa penyakit.

Aku sekadar pemerhati dan aku suka mengambil jalan tengah. Menimbang baik-buruk. Namun, semakin diperhati, semakin sesak jiwaku. Bagusnya yang dikhianati ini sentiasa bersabar dan melayan dia dengan baik. Besar pahalanya hanya Allah yang tahu.

Aku masih menjadi pemerhati, aku orang luar dari krisis mereka. Aku hanya mampu meluahkan simpati dan menasihati "Tuhan itu Maha Kaya..Allah itu maha mengetahui. Sabarlah, dunia ini bulat, sudah enak di atas, dia akan ke bawah juga..." aku kasihan tetapi lama-kelamaan apabila aku dapati keadaan semakin memualkan, sedikit tidak tercermin juga riak tidak selesa di wajahku.

Aku akan tetap menjadi pemerhati sampai bila-bila. Dan, aku sedang membina dinding, mana tau esok2 kota kesabaranku diroboh pula. Kepada temanku itu, akan terus kubisikkan, bersabarlah..kerana kesabaran itu sifat terpuji, pakaian kepada orang-orang beriman.

Kepada dia yang tidak habis-habis menyesakkan dada kawannya itu, bawa2 lah beringat, hargailah persahabatan, hidup di dunia hanya sementara, pangkat dicari, datangnya dengan usaha. Kasih dicari, hanya jika dia pandai memberi sayang. Penipuan hanya membuat hati sendiri resah dan berkecamuk. Sampai bila ingin jadi pretentious? Tak penatkah sedangkan hati di dalam berselirat agenda. Sebelum melakukan sebarang onar, tempatkan diri kamu di tempatnya, adakah kamu suka diperlakukan begitu? Ya, dosa pahala tanggung sendiri tapi tidak takutkan nyawa ditarik kala dosa tidak terampun. Fikirkan itu sajalah, pasti kamu berfikir berbelas2 kali hendak bermain dengan nasib orang lain...

Wednesday, December 21, 2011

Pembelit perosak masyarakat

Saya dah lama tak 'hangin' dan begitu marah, namun kali ini kesabaran saya menipis sangat. Macam angin semilir. Macam taufan. Macam tsunami pun ye...

Ceritanya....ceritanya...mana harus saya mula. Seorang taxi driver yang terlebih bijak namun tersangat kurang ajar ingin mengelak lampu merah, tetap juga ingin bergerak walau lampu isyarat kuning sudah bertukar merah. Memotong di sebelah kiri saya dan hasilnya, bumper kereta saya 'gugur' dihentamnya. habis 13 click, 1 braket, lampu pun terbakar. Melampau betul.

Walaupun belanja membaiki kerosakan hanya RM168 (saya rasa ticket FT Island lagi mahal, untuk 3 tiket saya membelanjakan RM800) tapi kerana sikap putar belitnya itu, membuatkan saya ingin mendapatkan juga ganti rugi, tak kira apa berlaku.

OMG (eh, bolehkah saya gunakan ayat ini?), nak menulis di sini pun, hati saya terasa bagai dilanyak2, tersangat geram, tersangat marah. Sudahlah sms tak dibalas tapi peliknya apabila telefon berani pula mengangkat. Kala ditanya, "prepaid saya habis"... laaa...kalu dah sengkek sangat, boleh tak jangan pandu kereta macam pelesit?(arghhhhh).

Dan, paling saya naik hantu, dia boleh kata "Kereta saya pun kemek..", lalu saya balas, "itu bukan masalah saya, saya langgar awak ke, awak langgar saya?". Dan, paling cerdik, boleh dia kata "bukan saya yang bawak kereta", lalu saya jawab, "habis tu, negro empat ekor dalam kereta awak tu la yang bawak?" (penumpang dia). Dan, paling saya nak elakkan tentunya ingin menghina orang sebab saya tahu, takdir Allah yang tentukan tetapi disebabkan banyak sangat dalihnya, terkeluar perkataan, "awak ni cerdik ke tidak? Patutlah Allah SWT jadikan awak pemandu teksi je..." Ye, saya tahu, perkataan saya sangat keras, sangat menghina tapi saya tak  boleh bersabar dengan putar alam.

Saya bukan nak perlekehkan dia mintak bayar dua kali, tapi instinct saya cepat mengatakan, dia cuba belit saya. Huh! Dah tau tak berduit, sengkek, tak sedar diri, tak ukur baju di badan sendiri, bawak kereta macam pelesit.

Geramnya...geramnya, siapa yang senasib dengan saya taulah bagaimana sakitnya hati berhadapan dengan kaki putar. Habis semua nak dikelentongnya. Tapi, saya tau, dia masih cuak sebab  saya ada bukti gambar. Tak dapat tidak, saya boleh fikirkan cara untuk memerangkap penipu ni.

Lagi cerita, lagi sakit hati, lagi banyak perkataan2 yang tidak enak akan keluar nanti. Saya paling tak suka marah2 sebab karektor saya akan berubah nanti. Arghhhh lebih baik saya senyap dulu, tunggu dia tunaikan janji sehingga hujung bulan ini. Saya harap dunia ini takkan ada orang putar pelit, pembohong kerana merosakkan masyarakat tapi bolehkah? Mungkin tinggi sangat harapan saya ni kot...wallahuallam

Thursday, December 15, 2011

49 Days

Apa agaknya reaksi manusia kalau diberitahu hanya mempunya 49 hari sebelum ajal menjemput? Gelisah? Sudah pasti. Takut? Pasti menggeletar hingga tidak boleh tidur malam, menggigil seram sejuk macam terkena wabak demam kepialu.

Selama 49 hari, apa lagi yang dapat dilakukan selain memperbanyakkan ibadah, bertemu semua orang memohon ampun dan maaf lebih-lebih lagi jika banyak melukakan hatinya. Selama tempoh itu, siang malam memikirkan apa balasan bakal diterima kelak. Alangkah beruntung bagi yang tahu, alangkah rugi yang tidak mendapat petunjuk.

Aik, kenapa topik ini lain macam kan? Apakah penulisnya sudah buang tebiat? Oh tidakkkkk, Insya Allah tidak, saya masih belum bersedia dipanggilNYA. Banyak sangat dosa belum terhapus. Ini Sebenarnya secebis kisah drama Korea yang saya tonton.

Mungkin kerana kita berbeza agama dan budaya, maka penanggapan mereka tentang kematian berbeza. Selama koma, roh dikatakan bergentayangan dan ada juga yang merasuk tubuh individu bagi melunaskan segala janji belum dikotakan. Bagi menyelesaikan episod hidup yang masih bersisa.

Bermatlamat mendapatkan tiga titis air mata ditangiskan insan yang menanam rasa cinta sejati, Ji-Hyun (heroin) terpaksa menelan pelbagai kesengsaraan termasuk paling perit dikhianati tunang yang bermain kayu tiga dengan kawan baik sendiri.

Han Kang (majikan juga kawan baik masa sekolah dulu) rupa-rupanya sekian lama menaruh perasaan dengannya. Rupa-rupanya dia lebih prihatin dan sangat memahami jiwa periang Ji Hyun, sebaliknya, yang disangka setia, mahu membela dan mengerti, itulah yang membelot.

Dari segi plot cerita, memang ku akui menarik. Lumrah drama Korea menjentik perasaan serta kaya jiwa. Babak sedih, gembira, resah, marah dan lucu diadun dengan baik dan tidak mengecewakan. Lakonan Lee Yo-Won yang memegang Song Lee-Kyung (wanita dirasuk roh Ji Hyun) sangat mengesankan. Mimik mukanya boleh berubah dari wanita sayu, murung, memendam perasaan kepada periang dan keanak-anakan begitu mempesonakan. Saya sendiri hairan bagaimana Yo-Won yang sedia memiliki raut wajah sayu dan sepertinya wanita teraniaya boleh membawakan watak gadis manja dan keletah. Inilah kehebatan pelakon ini.

Ehem, suka juga melihat kenakalan Scheduler (Jung Il-Woo) yang nakal, baran namun kuat mengusik Ji Hyun. Dia kununnya reaper yang menjalani probation tetapi bab dia mendapat kembali semula ingatannya memang tak boleh bla hahaha....berendam air mata je kerjanya...tapi, saya tetap tergelak2 melihatkan ragamnya.

Okey, bagi yang baru hendak menonton ini sipnosisnya. 20 episod memang jenuh hendak menghabiskan sekali gus, saya sendiripun mengambil masa dua minggu. Tapi tak apakan jika sudah tahu sangat menghiburkan selain termasuk dalam kategori berbaloi ditonton. Semoga terhibur!

Ji-Hyun's (Nam Gyu-Ri) life seems to be storybook perfect. Her parents adore her and her friends all seem to admire her. Ji-Hyun is also engaged and set to marry her fiance Min-Ho (Bae Soo-Bin) in just a few days. Meanwhile, Lee-Kyung (Lee Yo-Won) is a woman who is completely distraught over her life and frequently contemplates suicide. She works the night shift at a convenient store, while sleeping in the afternoons.
On a fateful day, Lee-Kyung gets off a bus and wanders around. She then stands in front of a busy street and attempts to kill herself by walking into oncoming traffic. At that time, somebody saves her life by pulling her back. At this moment, Ji-Hyun, who is driving nearby, hits her breaks, but can't avoid the semi-trailer truck that has stopped in the middle of the road.
Moments later, Ji-Hyun walks out of her car in a daze. She is shocked to see herself being carted into an ambulance. The only person who seems to notice her standing in the road is a man on a motorcycle. The man on the motorcycle is the Scheduler (Jung Il-Woo) - an angel of sorts who awaits to take souls to their final destinations.
Ji-Hyun follows her body into the ambulance and watches as the paramedics attempt to revive her body. At the hospital, Ji-Hyun meets the Scheduler again. The Scheduler tells Ji-Hyun that if three people (besides her family) genuinely sheds tears over her condition within the next 49 days, her body will awake from its coma and she can live again. Ji-Hyun instantly thinks of her fiance and two best friends and is certain she will live again. For the next the 49 days, Ji-Hyun then takes over the body of the suicidal Lee-Kyung in her quest to find three such persons. Ji-Hyun gets a job at a restaurant owned by her friend (Jo Hyeon-Jae).
At this time, Ji-Hyun's memory starts to return to her. Before the accident, Ji-Hyun remembers going to see her best friend In-Jung (Seo Ji-Hye) to show off her bridal gown. When she arrived, Ji-Hyun saw her best friend and her fiance sitting together in a car.
 They looked so intimate sitting together. She was then driving to confront them when the accident occurred. Ji-Hyun now realizes that it won't be so easy to find three people who truly loves her ...

Poster


Ji Hyun (kiri) dan wanita yang dirasuknya Lee-Kyung. Rupanya ada misteri antara keduanya tapi kena tunggu penghujung cerita baru tau


Lee-kyung wanita murung yang masih meratapi kematian kekasihnya, walau 5 tahun sudah berlalu


barisan pelakon 49 Days



tiga titis air mata dalam loket


Si Scheduler yang nakal tapi sensitif hehehe menjadi betul watak dia

Saturday, December 10, 2011

Change!



Bukan aku menentang perubahan, bukan aku menidakkan bahawa dalam hidup bukan ada dua tiga kali pertukaran tapi alangkah sedihnya kalau benda sedia elok diubah. Sepatutnya dari duka menjadi bahagia bukan dari gembira bertukar menjadi sendu.


Aku akur malah maklum ini risiko yang aku sanggupi dulu ketika mula2 mendaftar ke sini namun bila tiba ketikanya, kenapa hati payah hendak menerima?

What can we take on trust
in this uncertain life? Happiness, greatness,
pride - nothing is secure, nothing keeps.
~Euripides, Hecuba


Cuba bersikap positif. Cuba jadi kuat. Ini sebahagian dugaan dan cabaran hidup. Moga diberikan kekuatan. Insya Allah!