Seorang pemuda baru turun dari keretapi, dengan beg selimpang, berjalan santai menyusuri lorong di kiri-kanan berhias pelita panjut. Seusai memberi salam, seorang ibu berwajah ria menyambut di muka pintu. Sebenarnya, si ibu sedang sibuk menyediakan biskut raya di dapur menggunakan planta. Shot seterusnya memfokuskan keriangan anak beranak menikmati kuih muih tersebut.
Ini iklan menjelang Aidilfitri yang saya akan kenang sampai bila2. Walaupun, ketika itu masih di umur tadika, saya masih terbayang2kan rupa kacak model iklannya itu namun apa yang lebih meresap ke hati ialah semangat lebaran disuntik di dalam iklan berkenaan. Terasa sangat rapat hubungan kekeluarga dan kemeriahan rmenyambut Raya. Namun, paling saya suka ialah pemandangan indah desa yang damai dan menyentuh kalbu.
Lagi satu iklan yang saya suka ialah Perodua yang mengangkat Raja Ema (aktres kegemaran saya waktu itu) dan Jamal Abdillah sebagai bintang utama. Lirik jingle ni tentulah sudah tidak melekat di ingatan namun melodynya masih saya ingat..Hari Raya, Hari Yang Gembira...lalalalala...hah, itu intro dia. Wah, melompat2 dalam hati menonton wajah manis Raja Ema bergandingan dengan artis bersuara buluh perindu, Jamal Abdillah. Punya la suka, sampai saya beritahu mak, Raya nanti saya nak potong rambut fridge macam Raja Ema..kebetulan, saya memiliki rambut panjang lurus separas punggung ketika itu.
Dan, usah diceritakanlah iklan menyentuh Kalbu arwah Yasmien. Iklannya sarat mesej, kalau tidak berkenaan perpaduan, pesanan tersiratnya, anak-anak harus berbuat baik dengan ibu bapa dan membalas jasa mereka.,. sangat terkesan dalam hati. Paling saya ingat, iklan merdeka raya lakonan Rozie Rashid...dua sahabat baik berlainan bangsa, biasalah dalam berkawan ada perselisihan faham hingga berpisah bertahun2...Namun, apabila si Rozie cuba mencari rakan baiknya itu, mendapat khabar buruk pula, rupa2nya kawannya sudah meninggal dunia..serasa ada seketul batu tersengkang di dada menontonya. Sebak!
Namun, tak kurang juga yang mengarut, antaranya, seekor (betul ke seekor?) hantu di dalam kereta, sampai di suatu tempat yang sunyi menjelmakan diri lalu mengejutkan penumpang di dalam kereta itu. Sangat sakit hatikan disuakan iklan sebegini.
Sekarang ini pulak, oleh kerana kesuntukan masa, masa untuk menonton tv pun menjadi terhad. Jadi, tidak dapat hendak berkongsi dengan semua iklan raya yang menarik. Namun, nampaknya majoriti miskin pengisian rohani dan ada yang langsung tidak membina minda. Tertanya jugak, adakah masyarakat kita semakin mudah diperkotak-katikkan? Entahlah, sebab sekarang ni pun banyak yang lebih bijak bercakap dan mendabik dada mengatakan hanya pendapatnya yang betul. Usah ditegur, usah diajar, kerohaniannya sudah tepu...hahaaha sebab itu lah kot, nak mencari iklan yang mampu menitikkan air mata amat payah, seperti mencari jarum dalam tepung layaknya...
ni le dia iklan Planta, maaf gambaran saya lari sket, maklum le bebudak sangat masa tu tapi ampun saya suka sangat pelita panjut tu...
http://www.youtube.com/watch?v=nI4KkrlVnrw