Friday, September 18, 2009

Lihat dan rasa dengan hati, semoga rasa tidak kebah, mata tidak buta.

One more day to go...bertolak petang esok, alamat menjelang dinihari le sampai kampung...tak kisah le, janji sampai.

Macam tahun sudah, menjelang dua hari sebelum raya, Bilik Berita menjadi sunyi. Yang tinggal dua tiga kerat menyiapkan stok bahan (bagi meja rencana) tetapi news desk, macam biasalah, cuti terpaksa dibahagi2. Tahun lepas kau berseronok di kampung, kali ini giliran aku pula. Macam itulah kesahnya.

Apabila sunyi, faham2 sajalah. Di meja hujung berderai ketawa, gegarnya satu ruang. Waima bunyi mesin pencetak pun dah macam gempita jentera kilang. Menjelang 12 tengah hari, seorang demi seorang mengangkat punggung. Yang ke assignment, haruslah di sana tempatnya namun ada juga yang mengambil kesempatan membeli-belah di saat terakhir. Bertanggak di Masjid India mungkin dan yang memburu keselesaan, Mid Valley menjadi hala tuju.

Aku belum buat sebarang keputusan, tetap tercatuk di kerusi ini, memikir2 apa yang perlu dibuat. Hendak membeli persiapan raya, rasanya semua sudah kusedia (mana-mana perlu saja). Rasanya, tahun ini lebaran bukan lagi perkara terpenting dalam hidup. Seperti zaman kanak-kanak yang menganggap persalinan raya satu keperluan. Semakin matang usia (bukan berusia ye...hahahaha...), semakin kurang kemeriahan menyambut raya. Mungkin tidak ada apa yang menarik menantiku melainkan ritual tahunan. Menyiapkan hidangan raya, bersalaman dengan keluarga dan melayan budak2 yang datang beraya. Apabila tidak ada tetamu berkunjung, bersantai di depan tv menonton program yang dirasakan menarik walau hakikatnya, tidaklah memikat sangat.

Cuma di kesempatan ini (peluang berseorangan di meja, melayan blues) terpanggil juga untuk membicarakan topik yang sedang hangat sekarang. Yang menjadi isu hangat di akhbar selama lebih dua minggu. Mengenai kegawatan hubungan Malaysia-Indonesia. Yang kununnya dianggap 'kisah dalam kelambu', pergeseran dan pertelingkahan pendapat abang-adik tetapi melarat2 hingga adik dicemuh, dimaki malah ingin dihalau.

Bermula tarian pendet, kontroversi oleh media menyebabkan kediamaan kedutaan kita dibaling telur busuk hinggalah laungan 'Sweeping Malaysia' yang mengakibatkan rakyat kita di sana diancam dengan buluh runcing. Aku pun tidak faham, apa yang nak disapukan sedangkan berbillion2 duit kita yang lebih dulu 'disapu', diangkut ke sana.

Sebagai bangsa bertamadun dan beradab, macam biasalah kita lebih selesa menyelesaikan pertikaian melalui perundingan. Sepertimana juga kita memperoleh kemerdekaan menerusi perundingan, tanpa darah, tanpa mengeronyok penjajah sebagaimana dilakukan 'si abang' kita pada tahun 1948. Agaknya, sebab itu lah rakyat kita berbudi bahasa agaknya, selagi boleh diselesaikan melalui lidah, lebih baik berbincang secara berhemah. Tidak seperti jiran kita yang sangat agresif, sangat lantang malah sangat membabi buta dari segi tindak-tanduk.

Tahukah mereka tidak ada untungnya perbalahan bahkan tidak ada faedahya menimbulkan keributan yang menjanjikan konfrontasi seperti tahun 60 an dulu. Kerana sekarang ini bukan situasi menang-menang lagi sebaliknya sudah bertukar kepada kalah-menang. Siapa yang rugi sekitranya lebih 3 juta (termasuk PATI- pendatang tanpa izin) warga mereka dihantar pulang? Siapa yang susah sekiranya golongan ini tidak lagi upaya menghantar wang belanja untuk seisi rumah (dengarnya sampai boleh membeli banglo dan tanah). Belum lagi keputusan menghantar sebahagian besar banduan warga mereka yang kini makan-tidur percuma di penjara Malaysia.

Mengenal pasti keperluan Malaysia yang bergantung harap kepada pembantu rumah Indonesia, lekas saja mereka merancang menaikkan gaji pembantu rumah kepada RM800. Wah, kalah gaji kerani am dan operator kilang pemegang sijil SPM. Dan, kalaulah dipenuhi permintaan mereka, mampukah mereka memenuhi permintaan kami yang mengutamakan kualiti berbanding kuantiti. Sedangkan banyak kisah dan cerita2 tidak enak tentang mereka; mencuri wang, membawa lelaki pulang kala majikan keluar bekerja, menipu, ada yang tidak tahu masak, melarikan diri dari majikan sama ada mengikut teman lelaki mahupun ingin mencuba kerja di restoran, siapa mahu jawab ini?

Dan, kalaulah permintaan mereka kita penuhi, bolehkah kalau kita membuat usul mereka harus tinggal berasingan. Segala makan, pakai, sewa rumah, air, elektrik, pengangkutan mahupun keperluan diri ditanggung sendiri. Saya percaya akhirnya mereka sedar, RM800 tidak boleh dibawa ke mana. Silap2 keluarga di kampung berputih mata.

Itulah sebelum melakukan sesuatu berfikir dulu. Tidak rugi menjadi bangsa yang kuat berfikir. Fikir jangan untuk hari ini tapi 20 tahun akan datang kemudian muhasabah diri. Fikir sedalam2nya, mari saya ajar; negaraku selalu berlaku bencana alam, negaraku mengandungi majoriti rakyat miskin, negaraku sering berlaku kebakaran hutan, negaraku selalu berlaku demonstrasi, sesetengah bahagian negaraku masih belum habis berperang dan bunuh-membunuh. Apabila ini berlaku, mana negara yang mula2 menghantar bantuan? Siapa yang sibuk2 menyuarakan simpati dan menghulur bantuan kala Acheh dilanda tsunami? Malaysia yang kamu bilang 'malingsia' ini bukan? Walaupun, di sekitar Pantai Barat negara itu berlaku juga korban jiwa dan harta disapu (ini baru sapu) tsunami. Siapa yang menolong menghantar petugas meredakan kebakaran hutan di Sumatera? Jiran aku, adik aku itulah. Siapa yang bereya2 ingin membantu masalah Timor-timor, masih orang yang sama kan? Belum lagi gempa bumi dan sebagainya.

Tanya juga berapa kerat aku bantu mereka? Kejadian tanah runtuh di Bukit Antarabangsa bahkan Highland Towers dulu, ada aku menghantar bantuan? Balik2 pasukan penyelamat Perancis. Paling aku suka memburu dan mendapatkan hidup2 Noordin Mat Top. Oh, apabila tidak bernyawa, si Bambang senyum sampai ke telinga. Tidak sabar2 berurusan dengan kedutaan Malaysia, ingin menghantar pulang jenazahnya.

Kalau hendak diungkit, dikira tentu Parameswara melompat dari kuburnya. Bab jenayah rasanya yang ingin menganyang itu belum dapat kita tandingi. Cuma kita menang dari segi mengkayakan mereka apabila setiap tahun, termaktub dalam agenda, membeli jeans dan kebaya di Bandung, sifon dan fabrik bermanik serta telekung di Jakarta, menghirup udara Bali yang entah berapa kali (mengalahkan kunjungan ke Tanah Suci Mekah), berhibur di Tanah Medan, Padang dan etc2. Banyaknya duit mengalir ke sana hingga tidak nampak Kemboja, Manila, Bangkok dan sebagainya. Itu saya puji, memang kita numero uno.

Tak perlu rasanya buat kesimpulan. Ada mata jangan sekadar tengok, lihat dengan hati, rasai dan hayati lalu ke otak, berfikir dengan kritis. Saya doakan semoga kita terus menjadi bangsa bertamadun, beradab, dihormati dan disegani. Ini baru betul bangsa yang handal bukan?

Wednesday, September 16, 2009

salam lebaran, buat handai taulan...maaf segala salah silap, moga Aidilfitri membawa berkat

Pejam celik, pejam celik dah nak beraya ye...cepat sungguh masa berlalu, ada kalanya tak terkejar. Ketika aku menulis entry ini, mungkin ada yang sudah pulang bercuti. Di desk aku ni pun, esok lusa, Fiza dan Suzan dah mula bercuti. Tinggal lah aku, Roha, Abang Azis, Abang Naim, Kak Nurul, Kak Hazirah dan bos 'bertempur' sehingga Sabtu. Petang sabtu le jawabnya aku pulang kampung, aduh harus le nak tercabut kepala lutut menekan pedal minyak dan brek ( sebab jam...). Harap2 tak sampai rumah menjelang 3 pagi macam tahun sudah. Tapi, masa tu seronok, ada Kapten Hasrul menemani, kali ini aku memandu solo. Masaklah aku...

Frust juga, cuma tinggal 5 hari lagi menyambut lebaran, terpaksa angkat 'bendera merah' pulak. Rupa2nya aku tak keseorangan, ada lima orang di desk aku ni mengalami nasib yang sama. Ha...mula lah merancang yang tidak2 (hahaha faham2 sajala ye). Kali ini si Rush Fiza menjadi 'port'. Thrill betul lah...sungguh la orang kata, sesuatu yang terlarang itu indah..but in our case is absolutely nature call tau...(wah nak sedapkan hati). Tapi ramai juga Melayu Islam yang tak tahu malu. Minggu lepas aku terserempak dengan tiga perempuan Melayu makan di KFC. Tempat terbuka tu beb. Siap berbaju kurung lagi. Tanpa segan-silu menikmati makan tengah hari di situ. Terjegil juga lah mata aku melihatnya. Mungkin kerana malu dan serba salah dengan pandangan umum, perlahan2 mereka mengangkat punggung, hiss apa nak jadi..

Lumrah menyambut lebaran, setiap orang kukira menjadi lebih sensitif, bernostalgik, sayu dan seribu satu macam perasaan lagi la. Yang menarik muncung 14 pun ada jugak (kes kalah undi balik beraya). Jiwa lebih lembut dan mulus dari biasa hingga mendengar lagu-lagu raya pun mahu meleleh air mata... bersahur seorang diri bertemankan air teh dan biskut empat segi (ada orang panggil biskut mayat...sebab makan dengan tak de perasaan kot hahaha) menitik air mata.

Tapi, walau macam mana pun kita beruntung sebab masih ada kampung yang boleh dituju. Masih ada orang tua yang boleh diraikan. Masih berkemampuan untuk menyediakan persiapan raya. Pengalaman menemuramah pelajar luar negara di Universiti Islam Antarabangsa (UIA) sedikit sebanyak membangkit keinsafan juga. Dapat juga menyelami perasaan sayu mayu, pilu sedu bagaimana beraya di perantauan. Bagaimana kesunyian menjadi teman meraikan lebaran tanpa dikelilingi orang tersayang.

Sewaktu menemubual salah seorang responden dari benua Afrika, matanya berkaca bercerita mengenai ibu. Jelas kerinduan melalui getar suara dan mimik wajah sedihnya. All i wish is to see my mother's smile...that's is eidul fitri for me..alahai, sebaknya rasa. Sebaknya terbawa-bawa ketika terbaca kisah seorang ibu tua berbekalkan bungkusan batik (dipenuhi kain bajunya) berlari mengejar kereta anak semata-mata ingin mengikut anaknya pulang di Aidilfitri. Apalah sangat kudrat seorang tua berusia 70 tahun, dia berhenti mengejar setelah 20 meter berlari. Sedangkan si anak tanpa perasaan memecut laju meninggalkan ibunya di bawah jagaan Rumah Orang-orang tua (Harian Metro, Rabu, 16 September 2009). Tergamaknya si anak...keras sungguh hatinya. Entah ke mana diletak akal fikiran ye...

Menjelang musim perayaan ini juga, kuminta kiranya sama-samalah kita menjaga keselamatan. Bukan setakat pandu berhemah dan berhati2 tetapi hindari perbuatan yang mengundang penjenayah mendekati. Baru sebentar tadi, pecah khabar, seorang staff di sini dirompak di depan rumah. Habis kereta, telefon dan barang2 berharga dilarikan pencuri yang jahatnya tak mengenal bulan. Bulan mulia? Dia peduli apa yang penting poketku kembung berisi. Aku terus hidup senang, goyang kaki, duit masyhuk. Syurga neraka belakang kira...ahhhh aku bukan hendak mati esok...So, kepada kita yang berhempas pulas, membanting tulang mencari duit ni, berhati2 lah di musim perayaan ini kerana ada orang yang ingin senang dengan jalan mudah. Moga-moga dijauhkan Allah perkara itu semua. Amin.


Lagi satu sukaku berpesan (wah macam orang tua2 plak) kepada adik2, jangan lah sesekali menyentuh mercun. Jangan ingat seronok saja, keselamatan diketepikan. Kerana kelalaian kamu, kerana kamu terlampau seronok bersuka ria, malang tak berbau, terkurang pula jari dan kaki. Sedih mak ayah, elok2 lahirkan kamu secara normal, alih2 menjadi OKU pulak. Hancur hati mereka, macam jari-jemari kamu yang gugur satu persatu. Masa tu, menangis air mata darah sekalipun, jari kamu takkan tumbuh kembali. Ingat satu je, kamu bukan POKOK...yang boleh berakar, beranting disiram air, ditabur baja.

Kepada keluarga, sahabat handai dan sesiapa saja yang secara sengaja atau tidak sengaja membaca blog ini kuucapkan Selamat Aidilfitri & maafkan segala salah silap, keterlanjuran kata, perbuatan yang tidak menyenangkan, zahir dan batin...Semoga semuanya dirahmati Allah.

Wednesday, September 9, 2009

Buka Time

Sudah 19 hari berpuasa. Kali ini kuharungi seorang diri, mula2 sayu juga. Lama-kelamaan alah bisa tegal biasa. Tak perlu difikirkan sangat, bagiku sekarang, makan hanya sekadar mengisi perut dan memberi tenaga. Tak perlu bereya-eya sangat.

Baru semalam mula memenuhi jemputan; bersama kawan2 berbuka bersama TPM di PWTC. Selain rakan press, ada juga blogger dan ngo. Punyalah ramai umat hingga di luar dewan masih ditempatkan meja berbuka. Aku dan kawan2, biasalah memilih tempat duduk berhampiran dengan meja hidangan. Kena pulak berkumpul dengan geng satu kepala...mmm jadi cerita la...riuh rendah satu meja. Sakat menyakat, bergurau senda. Makan tak seberapa, ketawa je lebih. Maklum le, bukan senang nak bersua muka jika tidak ada assignment yang menemukan. Kali ini dapat makan bersama dan berkumpul dalam suasana santai (bukan kerana kerja), maka keluar lah perangai yang selama ini disembunyikan. Gila2 juga golongan wartawan ni. Kira tahap Raja Lawak lah...

Hari ini, bercadang berbuka di Mahbob, lama tak pekena nasi beriani. Sedang berkira-kira memula langkah, rupa2nya ada yang menderma nasi beriani. Syukur, bagai doa didengari Allah. Tak payah la bersusah-susah memikir masalah parking yang semakin kronik di ibu kota ini. Terima kasih le pada sebuah persatuan silat yang baik hati.

Hakikatnya, berbuka puasa di office bukan masalah besar. Kalau malas ke restoran berhampiran, turun saja ke surau (lebih glamer dengan gelaran Surau Inn) berbuka dengan kuih-muih dan nasi bungkus yang memang disediakan setiap hari. Dan, menjelang hari2 akhir ramadan, ada saja yang menaja majlis berbuka puasa, esok Scomi, nanti ada CIMB dan macam2 lagi. Belum lagi undangan kementerian, perbadanan, jabatan, ngo dan syarikat persendirian. Malah, bukan saja kenyang berbuka, silap2 dibekalkan dengan pelbagai door gift, hamper dan angpau raya. Aku tak berapa rajin sangat bab ni....malas nak bersesak-sesak di jalan raya. Tapi ada seorang member ni memang pantang menolak undangan. Bayangkan, sampai boleh mengumpul angpau raya hampir 3 ribu ringgit. Hissss...idak le teman hehehehe...

Begitu le kemeriahan ramadan selama bergelar penulis ini. Bagiku berbuka boleh hendak makan apapun dan di mana saja tapi jangan sampai hilang semangat ramadannya. Jangan kerana perut tepu dan sebu, terus ponteng solat magrib ye...hehehe renung2kan..

Thursday, September 3, 2009

Cerita Hisham

Akhir-akhir ini memang jarang aku update entry. Tak tau mengapa kurang selera menulis dan mungkin juga tak banyak aktiviti yang berlaku dalam hidup. Jadi, tidak ada perkara menarik untuk dikongsikan. Nampak sangat hidup aku stagnant dan tak berwarna-warni kan?

Tapi, semalam aku dikejutkan dengan berita kematian seorang teman sepermainan zaman kanak-kanak dulu. Umurnya masih muda, baru 27 tahun. Dikhabarkan, arwah meninggal kerana barah otak. Sudah sakit lama sebenarnya tapi dia menganggapnya sebagai pening-pening biasa. Sakitnya berkurangan sebaik menelan panadol.

Yang menyayukan aku arwah Hisham meninggalkan isteri dan anak yang masih bayi. Dan, di bahunya tergalas beban yang berat, menanggung ibu-bapa yang tiada sumber pendapatan lain.

"Macam mana Cik Esah In?" Tulisku dalam pesanan sms kepada Solehin. Apapun yang berlaku di kampung E'In memang menjadi sumber rujukanku. Maklum ler dia ni kawannya dari sekecik2 budak sampai le orang tua tak bergigi. Kalau berjalan dengan dia dah macam mengiringi YB. Sekejap-sekejap angkat tangan. Sekejap-sekejap membunyikan hon kereta. Heran juga aku, dari kutu lepak sampai orang tua tergigil-gigil senyum sampai ke telinga melihatkan dia.

"Cik Esah dan family masih bersedih dengan pemergian arwah yang tersayang" balas E'In. Ceh, siap ada perkataan 'tersayang' lagi tu. E'In kalau bab bersms macam2. Mungkin dia terbawak-bawak dengan kesedihannya kot.

Eh, eh kenapa plak si E'In yang terlebih interframe ni. Memang kalau berkisah pasal si E'In ni seribu satu malam pun tak abes. So, kita tinggalkan dulu si romeo kampung ni ye...

Mengenai arwah Hisham, aku terkenangkan kenakalannya sewaktu kecil-kecil dulu. Ada saja kerenahnya yang membuat mak ayah mengurut dada. Bukan apa, dia ni terlampau suka mengusik adiknya yang beza dua tahun dari dia. Pantang aku ke rumahnya, akan terdengarle jeritan si adik yang terusik dengan perbuatannya.

Namun, ketika main pondok-pondok, oleh kerana fizikal halusnya, dia sering ku'pinjam' menjadi 'anakku'. Yang dia pulak, tak tahu membangkang, lagi suka ada. Penat jugalah aku menyuruh itu-ini. Selaku 'anak' yang taat dia menurut saja.

Tapi itu semua kenangan lama, sirna bersama masa. Meniti kedewasaan, aku dan Hisham jarang bercakap macam dulu-dulu lagi. Ada tak ada dia ke rumah menjemput Solehin pekena teh tarik. Sepatah ditanya, sepatah dijawab selebihnya dia gemar tersenyum. Mungkin dia segan kot, lagipun orang dah beristeri lain pembawakan. Apapun, kenangan manis sewaktu zaman kanak-kanak dulu tetap teguh dalam ingatan. Masih terbayang lagi Hisyam yang berhingus, berseluar pendek dan tidak berbaju. Kurusnya sampai nampak tulang selangka. Kini, berakhir sudah episod hidup Hisham meninggalkan kami detik manis untuk dikenang. Alfatihah untuk arwah.